Friday, November 25, 2011

Menuntut MB Pahang pindah berdekatan tapak projek Lynas

Projek menghasilkan nadir bumi oleh syarikay Lynas telah mencetuskan kebimbangan terhadap bahan radio aktifnya.Rata-rata penduduk mulai bimbang tahap kesihatan akan terjejas akibat dari tindakan bahan radio aktif dalam pemprosesan nadir bumi.Baru-baru ini Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yakub dengan nada tegasnya menyeru penduduk sekitar agar tidak bimbang dengan ancaman radio aktif itu kerana ianya terkawal dan berada di tahap selamat.Selain itu beliau juga menyarankan agar penduduk yang tidak yakin dinasihatkan menjual rumah kepada kerajaan negeri tetapi dengan syarat harganya murah.Akudanakal merasakan satu penindasan kepada rakyat kerana sudahlah akan berdepan dengan risiko bahan radio aktif rumah pula mahu dibeli dengan harga yang murah.Adakah ini adil kepada rakyat apabila tempat mereka yang sebelum ini selamat bakal berdepan dengan satu risiko yang sangat dasyat jika berlaku musibah seperti apa yang berlaku di Jepon akibat tsunami.Jawapan Menteri Besar Pahang dilihat sebagai memaksa penduduk terjejas agar tidak lagi membangkitkan isu itu lagi demi sebuah pembangunan.Apapun yang dikata AkudanAkal ingin menyarankan agar Menteri Besar Pahang berpindah segera berhampiran tapak projek untuk membuktikan kawasan itu selmat dan terjamin.

1 comment:

  1. AkudanAkal,
    1. Adakah terdapat kenyataan bertulis atau ungkapan lisan yang menyatakan bahawa kerajaan negeri hanya membeli dengan syarat harganya murah?
    2. Adakah setakat ini terdapat hasil kajian dan pengesahan bahawa penduduk terjejas dari segi kesihatan (mental, fizikal, rohani, jasmani)?
    3. Adakah semua kenyataan yang diterbitkan oleh agensi kerajaan (MINT atau AELB) tidak boleh dipercayai?

    ReplyDelete