Thursday, July 26, 2012

Wanita:Maruah murah pendapatan lebih tinggi

Ihya Ramadhan kepada semua pembaca blog AkuDanAkal..Kali ini AkuDanAkal hendak mengupas isu berkenaan wanita.Sebelum ni pernah menulis tentang wanita mengenai ekploitasi terhadap wanita.Ini mungkin juga sambungan kupatasan terdahulu.

Rata-rata kita sudah biasa dengan isu wanita dalam konteks "ekpoitasi" baik media atau sesama manusia.Keadaan ini berlaku dalam kita sedar atau tanpa sedar atau buat-buat tidak sedar terhadap isu wanita diekploitasi.Dalam media wanita sering digunakan bagi tujuan pengiklanan produk perniagaan oleh kebanyakan syarikat.Walaupun barangan tersebut tidak ada kena mengena dengan wanita.Namun,empunya diri iaitu wanita tidak sedar berlakunya ekploitasi ini atau mungkin juga mereka mengizinkan diekploitasi kerana wang.

Apa yang mendukacitakan ialah wanita Islam lebih jahil tentang ekpoitasi yang berlaku terhadap mereka sehingga ada yang ditelanjang bulat oleh media.Bagi sesetengah wanita Islam mereka mempunyai alasan "selagi masih laku" mereka tidak ambil kesah tentang hal ini walaupun tahu perbuatanya melibatkan harga diri sendiri.Pendapatan mereka lebih besar apabila "maruah mereka murah" ini adalah hakikat wanita yang tiada harga diri.

Penjual kereta memperagakan wanita seksi,penerbit buku memdedahkan tubuh badan artis yang montok,penyanyi wanita seksi sudah biasa bagi masyarakat tetapi adakah seorang lelaki akan bercakap jika wanita seksi tidak dijadikan model kereta?atau membaca majalah hiburan yang tanpa menonjolkan artis-artis  wanita yang seksi?Pendapat AkuDanAkal sebagai lelaki ialah lelaki tidak sesekali akan merungut jika tiada unsur porno dalam perkara tersebut.

Jika ada barulah mereka akan kata wow "seksi giler".."peh!! besar giler beb".."emmph putih siot peha"..dan banyak lagi perkataan yang lelaki akan sebut.Jadi wanita seharusnya menyedari diri mereka diekpolitasi untuk menjadi daya tarikan semata-mata malah syarikat terlibat telah menjadikan maruah anda lebih murah berbanding seekor binatang.Ingat lelaki tidak ramai pun dijadikan bahan tarikan dengan berpakain seksi untuk menarik wanita terhadap barangan wanita.Oleh itu, kenapa anda sanggup berbuat demikian untuk barangan lelaki?fikirlah dengan akal fikiran anda.

No comments:

Post a Comment