Showing posts with label Isu Politik. Show all posts
Showing posts with label Isu Politik. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Teguran Dato' Nik Ammar kepada rakyat Kelantan

 Kota Bharu-Timbalan Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi menempelak kritikan yang di buat oleh penganalisis politik Prof. Muhammad Agus Yusoff dalam majlis ceramahnya di Dataran Ilmu pagi tadi.

Menurut Dato' Nik Ammar kritikan Prof. Agus keterlaluan sambil menyifatkan penganalisis itu tidak adil dalam membuat kritikan kerana tidak menyatakan 2 perkara diumumkan oleh Menteri Besar berkenaan untuk kebaikan rakyat.
 Walaubagaimanapun, Dato' Nik Ammar tetap berpendirian bahawa kerajaan negeri terbuka terhadap kritikan mana-mana pihak.

Dalam pada itu juga Dato' Nik Ammar menegaskan bahawa Pas menolak sebarang unsur Syiah dan menyifatkan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi bukan
bermaksud Pas sudah dipengaruhi ajaran syiah.
 Dalam pada itu juga sebuah NGO berkaitan Lynas mengumpul tanda-tangan sokongan dari orang ramai bagi menyatakan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia demi menyatakan bantahan terhadap operasi Lynas.

Semua golongan tidak mahu melepaskan peluang menandatangani bantahan tersebut.Mereka juga mahu menyatakan bantahan demi keselamatan dan kesihatan khususnya penduduk- penduduk Gebem dan Malaysia amnya di masa akan datang.
Di akhir ceramah beliau mengingatkan kepada rakyat negeri Kelantan agar menjaga kebersihan kerana kerajaan negeri melihat pelancongan merupakan bidang yang menambahkan pendapatan rakyat secara terus tanpa melalui kerajaan.

Selain itu,beliau juga mengingatkan para peniaga agar tidak meninggikan harga kepada pelancong luar agar kedatangan mereka berterusan dan sentiasa memilih Kelantan sebagai tempat untuk melancong.

Sunday, April 21, 2013

Kelantan Dalam Bahaya!

 Taktik kotor akan tetap berlaku dalam PRU13 ini.Kelantan juga tidak terkecuali menghadapi tipu muslihat yang terancang dari pihak yang tidak bertanggung jawab.

Ini kerana kedudukan negeri Kelantan yang berhampiran dengan Thailand memungkinkan segalanya boleh berlaku.

Sebahagian penduduk Selatan Thai memiliki 2 kad pengenalan.Mereka menggunakan nama yang berlainan bagi mengelak dari di kesan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

Kemungkinan besar taktik memungah mereka ini oleh pihak tertentu akan memberi kelebihan kepada parti tertentu.

Namun,habuan tetap menjadi tarikan untuk mereka berbuat demikian.Mereka akan pilih bukan berdasarkan kepada kecintaan kepada negera tetapi berapakah nilai habuan yang mereka akan dapat.

Untuk mengenali mereka agak mudah
1)Logahat percakapan
2)Pakaian

Semoga melindungi dari tipu muslihat ini...

Saturday, April 20, 2013

UMNOBN Pengkalan Chepa kalah sokongan

 Penyokongan BN di Pengkalan Chepa agak kurang berbanding dengan penyokong PR.
 Keadaan ini memberi sokongan moral kepada penyokong PR terutama Pas.
Hanya segelintir anak muda yang memihak kepada UMNOBN berbanding PasPR.



Penyokong yang UMNOBN ada yang tidak menutup aurat berbanding dengan penyokong PasPR yang cukup menjaga aurat mereka.


Sekitar hari penamaan calon Parlimen & DUN Pengkalan Chepa