Monday, November 28, 2011

Promosi sex

Menggairahkan!!promosi tarik penonton ke pawagam.Itulah satu trend dalam mempromosi filem.Inilah cara pihak pembikin filem dan media dalam promosi mereka.hari ini akhbar Kosmo mengajak penonton menonton "aksi ranjang" Maya Karin dan Aaron Aziz menerusi filem Ombak rindu arahan Osman Ali yang bakal di tayangkan pada 1 Desember ini diterbitkan oleh Tarantella Pictures Sdn. Bhd.Bagaikan satu tarikan setiap filem yang dihasilkan oleh pengarah tempatan telah cuba menggoda nafsu penonton baik lelaki dan wanita sebagaimana filem Hollywood dan Bollywood yang menonjolkan unsur sex dalam promosi.Riaksi penonton kebanyakanya kecewa dengan filem tempatan yang bagaikan indah khabar dari rupa.Akibat kekecewaan ini penonton kurang gemar menonton filem tempatan di pawagam dan memilih untuk menontonya melalui saluran percuma seperti internet atau cetak rompak.Mungkin dengan penggunaan unsur sex dalam mempromosikan filem dapat menarik minat penonton menonton di pawagam.Namun yang demikian,tujuan yang boleh ditakrifkan sebagai "tujuan menghalalkan cara" bakal merosakan anak muda kita yang terpengaruh dengan aksi sex yang di tonton.Walaupun pengisian cerita yang dihasilkan mempunyai tauladan yang baik namun niat sebenar penonton hanya untuk memenuhi nafsu untuk melihat "aksi panas" seperti yang di gambarkan melalui promosikan.lelaki mana yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat liuk lintuk artis pujaan begitu juga bagi wanita yang mahu melihat aksi romantis artis lelaki kacak idaman mereka beraksi di ranjang.Segolongan ustaz dan ustazah yang mengajar tentang halal dan haram tidak mampu untuk mengajar kerana promosi unsur sex dalam filem di media lebih melebar dan luas daripada ceramah yang di ajar oleh ustaz dan ustazah.Kekerapan mempromosi babak sex dalam filem melebihi ceramah agama.Kedudukan ini menyebabkan masalah sosial kian meningkat.Pemakaian seksi dalam sesebuah filem juga kadang-kadang disengajakan bagi menarik perhatian penonton.Adakah tanpa unsur lucah dalam sebuah filem akan menggagalkan kutipan sebuah filem?Selingan aksi lucah dalam filem kadang-kala hanya tujuan menarik penonton dan tidak kena mengena dengan jalan cerita."Perencah" inilah yang ditonjolkan dalam promosi sebuah filem tempatan yang kualitinya entah ke mana.

No comments:

Post a Comment