Saturday, September 20, 2014

Uptown Kota Bharu@PadangBank

Panorama sekitar Padang Bank berdekatan Tambatan DiRaja yang terletak di pusat bandar Kota Bharu Kelantan.

Mengikut sejarah,di sinilah pejuang kemerdekaan iaitu Tok Janggut di bunuh.

Kini berkibar megah bendera negeri ditapak warisan sejarah tanah air yang masih kekal hingga kini.
Terdapat sebuah restoran dibahagian atas manakala dibahgian bawah merupakan Basikal Station.

Jika dahulu kawasan ini sunyi sepi tapi kini kawsan ini menjadi tumpuan warga Kelantan khususnya warga Kota Bharu.

Ini kerana terdapat aktiviti jualan & persembahan kugiran pada waktu malam oleh anak muda Kelantan yang dikenali sebagai KB Buskers.
Walaupun airnya keruh tetapi tetap dilihat indah apabila terdapat perahu kayu menyusuli sungai ini.

aktiviti air antaranya jet sky,memancing dan sebagainya.

Tuesday, November 19, 2013

Konsert & Graduasi Taska Sri Bistari Ceria

 NILAI-Pada 16 November 2013 telah berlansungnya satu majlis yang dianjurkan oleh Taska Sri Bistari Ceria di Universiti Sains Islam Malaysia.

Penganjuran konsert dan majlis graduasi ini adalah bertujuan meraikan kanak-kanak di samping dapat meningkatkan tahap motivasi diri kanak-kanak yang bakal melangkah ke alam persekolahan. Acara gilang-gemilang ini diadakan setiap tahun oleh pengurusan taska.
 Kehadiran ibu bapa memeriahkan lagi majlis ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim ibu bapa dengan guru-guru dan pihak pengurusan taska.

Para ibu bapa dijemput untuk bersama-sama anak mereka bagi memberi peransang kepada anak-anak mereka yang kesemuanya terlibat dalam persembahan pada hari tersebut.
 AkudanAkal sangat tertarik dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli keluarga pihak pengurusan taska demi menjayakan acara tahunan taska pada setiap tahun.

Sifat kerjasama antara ahli keluarga yang saling bantu-membantu menjadi perencah utama kejayaan dan kegemilangan Taska Sri Bistari Ceria yang cukup dikenali oleh warga Bangi.
 Selain pada itu,silaturrahim antara pihak pengurusan dengan guru-guru mereka juga bagaikan sebuah keluarga.Pihak pengurusan meraikan guru-guru mereka dengan menyediakan pelbagai inisiatif  antaranya mengadakan percutian pada setiap tahun dan sebagainya.




 Dengan adanya guru-guru yang bermotivasi tinggi membolehkan sistem pembelajaran di taska ini berjalan dengan lancar.

Mereka berjaya mengajar kanak-kanak erti kehidupan dan menterjemahkan dalam bentuk persembahan.Ini bukanlah satu kerja yang mudah namun,kecekapan pihak pengurusan taska yang dibimbing oleh Puan Mona Liza Binti Fauzi telah meletakan nama Taska Sri Bistari Ceria dikalangan taska pilihan di Bangi.
 Acara seperti persembahan oleh kanak-kanak Taska Sri Bistari Ceria cukup mencuit hati para ibu bapa yang hadir.

Keletah mereka yang berlakon,menari, berpuisi,bernasyid dan sebagainya mengundang gelak ketawa ibu bapa mereka.
 Ruang dewan dipenuhi para ibu bapa yang hadir dari pukul 9 pagi membawa bersama anak-anak mereka yang lain.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Mona Kartini Binti Fauzi yang merupakan adik kepada pengurus taska.

Bijak bermain kata-kata menghidupkan suasana dalam dewan yang dihiasi indah pada hari tersebut.
 Salah seorang ibu menerima hadiah cabutan anak bertuah.Cabutan anak bertuah ini diadakan untuk meraikan ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.

Pengurus taska menyampaikan hadiah kepada penerima cabutan anak bertuah pada majlis sesi 2013.
 Ibu bapa seolah-olah tidak mahu berganjak dari tempat duduk bagi memberi tumpuan kepada setiap persembahan oleh anak-anak Taska Sri Bistari Ceria.
 Terdapat juga gerai-gerai jualan disediakan untuk kemudahan ibu bapa membeli makanan dan buku bacaan.


 Persembahan zapin
Segak berkaca mata dalam persembahan lakonan.
 Berinteraksi antara mereka dalam lakonan
 Para graduasi yang bakal menerima sijil graduasi masing-masing.
 Majlis penyampaian sijil graduasi
Semoga anak-anak didikan Taska Sri Bistari Ceria akan terus maju di masa hadapan.Mereka telah dicorakan dengan asas pendidikan awal kanak-kanak secara jitu oleh guru-guru taska ini.

Pesanan AkudanAkal agar mereka akan mengenang kembali tempat pembelajaran awal mereka setelah masing-masing berjaya kelak.

"Tanpa asas tidak kukuh rumah yang dibina"

Tuesday, November 5, 2013

Musnahnya Pantai Irama Bachok

 Pantai Irama yang terletak di daerah Bachok Kelantan suatu ketika dahulu sungguh indah.Disinilah salah satu tempat bagi warga Kelantan bersantai bersama keluarga.

Walaubagaimanapun keindahanya kini jauh berbeza sama sekali akibat dari kelewatan pihak berwajib mengambil tindak sewajarnya 10 tahun yang lepas.Kini pantainya sudah musnah sama sekali akibat berlaku hakisan yang sangat teruk.
Setelah melihat papan tanda ini terasa sedih sekali kerana tindakan yang sepatutnya di ambil 10 tahun yang lepas baru kini dijalankan.

Batu-batu bukit dijadikan benteng menahan ombak bagi mengelakan hakisan yang lebih teruk.Akibat perangai "tunggu rosak baru nak baiki" inilah menjadi punca kemusnahan pantai ini.
 Kelihatan hakisan pantai yang memusnahkan keindahan pantai Irama.Sebagaimana musnahnya pantai Cahaya Bulan begitulah nasib pantai Irama ini.

Jika dahulu nama pantai ini cukup indah dan berirama tetapi kini tiada lagi keindahan dan iramanya.
 Kerja-kerja membuat benteng sedang giat dijalankan oleh kontraktor.Namun,usaha ini hanyalah untuk merosakan keindahanya semata-mata tiada lagi keindahan semulajadi pantai ini.




Akudanakal pernah mengunjungi pantai di Narathiwat Thailand suatu ketika dahulu.Kelihatan benteng telah lama di bina bagi menahan ombak besar pada musin tengkujuh.

Ternyata mereka lebih berfikiran kreatif dan berpandangan jauh dari "jabatan" kita.Mereka buat sebelum kemusnahan berlaku.Ini adalah cara terbaik jika mahu mengekalkan keindahan pantai yang berisiko ombak besar.

Monday, October 28, 2013

Kelantan negeri yang menjaga maruah artis

 Kelantan merupakan sebuah negeri yang mewajibkan kaum hawanya berpakaian menutup aurat.Dalam akta kerajaan negeri dibawak enakmen kawalan hiburan artis perlu bertudung jika ingin tampil di majlis yang dianjurkan di seluruh Kelantan.Kelihatan artis wanita popular tanah air yang berasal dari negeri Kelantan mengenakan tudung dan berpakaian menutup aurat di satu majlis yang diadakan yg diperkarangan stadium Muhammad Ke IV baru-baru ini.
 Kejelitaan artis ini ternyata tidak terhakis walaupun tidak tampil seksi seperti kebiasaanya.Malah maruahnya juga turut terpelihara dari anasir kemaksiatan baik kepada diri sendiri atau kepada  para peminatnya.Kenapa Nelofa tampil berpakaian seksi ketika berada di Kuala Lumpur tetapi semasa menghadiri majlis di Kelantan beliau tampil dengan busana muslimah?Dimanakah kekuatan dalam dua keadaan dan tempat yang berbeza ini kalau tak lain dan tak bukan adalah perlaksanaan perintah kewajipan yang diwartakan oleh DUN Kelantan dibawah kepimpinan kerajaan PAS yang telah mengetatkan syarat undang2 Islam dalam akta hiburan negeri.Inilah hasilnya.Syukur Alhamdulillah.

 Tetapi....di negeri Kelantan sahajalah perkara sebegini terpaksa mereka turuti.Kadang kala perkataan "HIPOKRIT" ditujukan bagi menunjuk mereka mahu jadi diri sendiri.Jika ingin seksi tidak perlu berlakon dengan memakai tudung.Inilah ungkapan yang selalu kita dengar dari mereka yg berfikiran "urban".Mereka lupa "HIPOKRIT" itu satu perkataan yang boleh merosakan maruah mereka di mata manusia dan di sisi Allah s.w.t.

Nelofa berseksi di luar Kelantan yang bersalah adalah kerajaan negeri pimpinan PAS sebagaimana dalam posting pencacai umno/bn dalam media sosial.Ini adalah satu tuduhan yang mencerminkan seseorang itu buta hatinya dan tiada sedikit pun iman didalam jasad mereka..semoga mereka diberi peluang keinsafan sebelum mereka mati!

Oleh itu, janganlah anda salah guna perkataan "HIPOKRIT" selepas ini.Jangan beranggapan dosa pahala anda dengan Allah s.w.t.Ingat!Masa hidup sahaja anda boleh berkata-kata dengan mulut anda tapi bila di sana nanti setiap anggota anda akan menjadi saksi.Tahniah Kelantan kerana membantu artis mengurangkan beban dosa serta melindungi maruah mereka..

Monday, September 2, 2013

Bagaimana kerajaan menjana untung dengan kenaikan 20sen minyak seliter?

Jom congak:
BR1M:RM500/Ketuia Keluarga/60Bln (5thnX12Bln=60Bln)

RM500/60Bln=RM8.33/bulan

RM8.33/30Hari=RM0.27/hari

27sen adalah bantuan sehari kepada penerima BR1M untuk jangka masa 5 tahun.

Kenaikan harga minyak RM0.20/litter akan membolehkan kerajaan mendapat semula wang bantuan  rakyat  1 Malaysia (BR1M) dengan hanya mengisi 2litter minyak sehari & jika rakyat mengisi lbh banyak keuntungan yg mendadak di perolehi kerajaan.

Jika secara purata rakyat memerlukan 5 litter minyak sehari untuk ulang-alik ke tempat kerja pendapatan kerajaan sebanyak RM1/hari.Nilai ini ternyata lebih besar berbanding bantuan yang diberikan kepada rakyat.

RM1-0.27sen=RM0.73

Jom congat lagi:

RM0.73X30hari=RM21.9/Bulan
RM21.9/BulanX60Bulan=RM1314/5Tahun/Ketua Keluarga

RM1314-RM500(Batuan BR1M)=RM814 (untung yang di jana dari kenaikan minyak sebanyak 20sen selitter per ketua isi rumah).

P/s:Pengiraan ini di kira bagi tempoh bantuan BR1M 5 tahun sekali.Jika BR1M di beri setiap 6 bulan sekali atau Setahun sekali congakan ini tidak terpakai sama sekali...Jika ada kesilapan pengiraan sila perbetulkan..admin hanya membuat pengiraan mudah...untuk pengiraan yang lebih tepat sila rujuk pakar matematik la hihihihiihihi


Friday, August 23, 2013

Teguran Dato' Nik Ammar kepada rakyat Kelantan

 Kota Bharu-Timbalan Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi menempelak kritikan yang di buat oleh penganalisis politik Prof. Muhammad Agus Yusoff dalam majlis ceramahnya di Dataran Ilmu pagi tadi.

Menurut Dato' Nik Ammar kritikan Prof. Agus keterlaluan sambil menyifatkan penganalisis itu tidak adil dalam membuat kritikan kerana tidak menyatakan 2 perkara diumumkan oleh Menteri Besar berkenaan untuk kebaikan rakyat.
 Walaubagaimanapun, Dato' Nik Ammar tetap berpendirian bahawa kerajaan negeri terbuka terhadap kritikan mana-mana pihak.

Dalam pada itu juga Dato' Nik Ammar menegaskan bahawa Pas menolak sebarang unsur Syiah dan menyifatkan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi bukan
bermaksud Pas sudah dipengaruhi ajaran syiah.
 Dalam pada itu juga sebuah NGO berkaitan Lynas mengumpul tanda-tangan sokongan dari orang ramai bagi menyatakan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia demi menyatakan bantahan terhadap operasi Lynas.

Semua golongan tidak mahu melepaskan peluang menandatangani bantahan tersebut.Mereka juga mahu menyatakan bantahan demi keselamatan dan kesihatan khususnya penduduk- penduduk Gebem dan Malaysia amnya di masa akan datang.
Di akhir ceramah beliau mengingatkan kepada rakyat negeri Kelantan agar menjaga kebersihan kerana kerajaan negeri melihat pelancongan merupakan bidang yang menambahkan pendapatan rakyat secara terus tanpa melalui kerajaan.

Selain itu,beliau juga mengingatkan para peniaga agar tidak meninggikan harga kepada pelancong luar agar kedatangan mereka berterusan dan sentiasa memilih Kelantan sebagai tempat untuk melancong.

Monday, August 19, 2013

Longkang diperkarangan stadium Muhammad IV sangat menjijikan

 Siapakah yang bertanggung jawab terhadap kebersihan longkang di stadium Muhammad Ke IV? Inilah yang saya fikirkan sama ada ia terletak di bawah tanggung jawab MPKB-BRI atau pihak pengurusan stadium.

Kekotoran ini amat menyakitkan mata apatah lagi kedudukanya berdekatan dengan Hospital Perempuan Zainab II.
 Sistem longkang ini kelihatan baik tetapi aliran airnya tersumbat.Keadaan ini sudah lama cuma tidak diatasi oleh pihak yang bertanggung jawab membersihkan atau memperbaikinya.

Jika ada program kerajaan atau swasta yang diadakan diperkarangan stadium keadaanya bertambah teruk dengan sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung dan penjaja.
Jika di kedai makan pihak MPKB-BRI meletakan penanda tahap kebersihan kebersihan bagaimana pula dengan tahap kebersihan longkang di sini?

Adakah ini menunjukan tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang rendah terhadap kebersihan?Bersempena dengan pengiktirafan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam perlulah perkara ini diatasi segera kerana Islam itu menyeru umatnya menjaga kebersihan.Semoga mereka yang bertanggung jawab melakukan tanggung jawab dengan segera.