Thursday, November 24, 2011

Awas propaganda!!!

Ketegangan pertikaman lidah antara parti pembangkang dan kerajaan kian rancak ketika mereka merasakan PRU13 hampir tiba.Setiap isu yang dibangkitkan selalunya berlaku perdebatan hangat.Semertinya lumrah bagi mereka apabila menyedari Dewan Negara bakal dibubarkan pada bila-bila masa sahaja.Antara isu-isu hanyat adalah berkenaan kes liwat dan isu sek Dato' Seri Anwar Ibrahim,isu belanjawan negara,isu laporan Ketua Audit Negara yang memperlihatkan berlaku banyak kelemahan dan perbelanjaan yang melampau dan terbaru isu projek lembu NFC melibatkan Datin Paduka Shahrizat Abdul Jalil.Namun dicelah-celah isu-isu panas akan muncul propaganda-propaganda untuk tujuan melaga-lagakan diantara pihak kerajaan dan pembangkang.Situasi ini boleh kita lihat apabila muncul blog-blog "hantu" seperti Papagomo yang tidak diketahui pemiliknya.Pemproropaganda ini juga wujud didalam laman sosial seperti facebook dan Twitter.Dengan bersembunyi disebalik nama samaran mereka melancarkan propaganda sama ada menyokong kerajaan atau pembangkang.Apa yang kita musykilkan ialah apabila setiap ulasan mereka begitu keji dengan menggunakan kata-kata kesat yang sepatutnya akan mencerminkan parti yang mereka sokong.Ini akan mendatangkan tanggapan yang kurang enak dari kalangan pembaca dalam media internet.Keadaan ini seolah-olah satu perancangan rapi bertujuan memburukan parti tertentu.Ada juga mereka ini dikalangan mereka yang memberi ulasan dalam isu-isu panas melalui laman blog atau web site akhbar sperti malaysiakini.Sebagai contoh,

Koboi Kucing · Pengulas Tertinggi · UMS
Dulu saya dah kata jangan percaya dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya Najib. Sejak pemansuhan ISA diumumkan, saya tidak teruja dan menyatakan bahawa PM 1 Malaysia ini adalah seorang yang berani, saya dah kata dia ni tak ada telur, kalau ada pun kecik je. Saya setuju jika kita seluruh rakyat berusaha menjatuhkan regim UMNO dan BN ini "melalui kekerasan demi anak cucu kita. Marilah kita cipta sejarah untuk menentang kerajaan yang zalim dan penipu ini". ulasan pembaca ini boleh di baca melalui link ini http://www.malaysiakini.com/news/182305

Ajakan melakukan kekerasan ini menunjukkan unsur propaganda yang terancang dan perlu disiasat oleh pihak yang bertanggung jawab dan parti yang terlibat agar dapat dikenal pasti segera.Namun jika ianya benar satu luahan oleh penyokong parti tertentu yang yakin hanya cara itu sahaja yang ada maka mereka perlu menstabilkan penyokong-penyokong mereka agar tidak melakukan provokasi sebegitu.Tindakan penyokong juga boleh menjejaskan populariti parti di saat akhir.Jadi setiap parti bertanding perlu mengawasi propaganda ini kerana dalam teknologi dunia tanpa sempadan ini segalanya mudah dan senang untuk direncanakan.

Parti-parti yang bertanding perlulah berhati-hati dengan gerak geri para propaganda upahan ini agar tidak mudah masuk perangkap.Begitu juga para pembaca terutama mereka yang tegar dengan parti tertentu agar jangan mudah terbangkit dengan setiap propaganda menyemarakkan semangat anda untuk melakukan sesuatu yang akan memusnahkan agama,bangsa dan tanah air.Biarlah hanya setakat percangahan pendapat sahaja tanpa ada pertumpahan darah.Propaganda ini mungkin dari anasir luar yang mahu memusnahkan negara Islam yang dilihat aman dan membangun serta dilimpahi sumber-sumber semula jadi.Ingat!! Iraq,Mesir,Afganistan,Libya dan terbaru Syria musnah hanya kerana cetusan propaganda.Siapa disebalik propaganda itu jika bukan YAHUDI?Buktinya sangat jelas dengan kononnya Tentera Amerika bertindak sebagai pihak pengaman sebaliknya mereka melancarkan perang terhadap pihak yang susah untuk mereka bekerjasama dalam pelbagai aspek terutama melibatkan pentadbiran negara.Selepas ini mungkin Iran juga bakal menghadapi situasi yang sama kerana propaganda tidak putus-putus diwujudkan bagi memperlihatkan kesalahan yang perlu ditangani segera oleh Amerika.Oleh itu,kita perlu berhati-hati dengan permainan propaganda ini dengan teliti agar tidak mudah percaya jika ada keraguan.

No comments:

Post a Comment