Friday, November 18, 2011
Jerung dan Bilis
Penyalah gunaan kuasa sering berlaku dalam pentadbiran negara.Istilah "jerung dan bilis" biasa kita dengar dalam mentafsirkan jumlah penyelewengan wang rakyat dan pangkat yang dipegang.Jika besar jumlah dan pangkatnya itu bermakna Jerung dan jika kecil itu adalah bilis.Baru-baru ini AkudanAkal mendapat maklumat seorang "Datuk" yang mempunyai pangkat dalam sebuah badan ekonomi telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan hadiah perkahwinan anak kepada 2 orang Datuk.Apa yang menghairankan ialah permohonan itu dalam bentuk tunai.Walaupun jumlahnya tak banyak tetapi pemberian itu merupakan satu penyalahgunaan wang rakyat.Adakah ini untuk tujaun peribadi untuk menunjukkan bahawa beliau mampu hadiahkan wang sebanyak itu?Tetapi wang itu sepatutnya dari kocek sendiri bukan dari kantung sebuah syarikat NGO.Inilah satu penipuan yang menunjukkan pemberi itu tidak ikhlas.Menghadiahkan harta orang lain kepada orang lain merupakan satu penipuan dalam bersahabat.Insaflah sebelum segalanya akan dibongkar.Ini mungkin bilis berkepala jerung barangkali..heheheheh
Labels:
Isu Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment