Monday, October 28, 2013

Kelantan negeri yang menjaga maruah artis

 Kelantan merupakan sebuah negeri yang mewajibkan kaum hawanya berpakaian menutup aurat.Dalam akta kerajaan negeri dibawak enakmen kawalan hiburan artis perlu bertudung jika ingin tampil di majlis yang dianjurkan di seluruh Kelantan.Kelihatan artis wanita popular tanah air yang berasal dari negeri Kelantan mengenakan tudung dan berpakaian menutup aurat di satu majlis yang diadakan yg diperkarangan stadium Muhammad Ke IV baru-baru ini.
 Kejelitaan artis ini ternyata tidak terhakis walaupun tidak tampil seksi seperti kebiasaanya.Malah maruahnya juga turut terpelihara dari anasir kemaksiatan baik kepada diri sendiri atau kepada  para peminatnya.Kenapa Nelofa tampil berpakaian seksi ketika berada di Kuala Lumpur tetapi semasa menghadiri majlis di Kelantan beliau tampil dengan busana muslimah?Dimanakah kekuatan dalam dua keadaan dan tempat yang berbeza ini kalau tak lain dan tak bukan adalah perlaksanaan perintah kewajipan yang diwartakan oleh DUN Kelantan dibawah kepimpinan kerajaan PAS yang telah mengetatkan syarat undang2 Islam dalam akta hiburan negeri.Inilah hasilnya.Syukur Alhamdulillah.

 Tetapi....di negeri Kelantan sahajalah perkara sebegini terpaksa mereka turuti.Kadang kala perkataan "HIPOKRIT" ditujukan bagi menunjuk mereka mahu jadi diri sendiri.Jika ingin seksi tidak perlu berlakon dengan memakai tudung.Inilah ungkapan yang selalu kita dengar dari mereka yg berfikiran "urban".Mereka lupa "HIPOKRIT" itu satu perkataan yang boleh merosakan maruah mereka di mata manusia dan di sisi Allah s.w.t.

Nelofa berseksi di luar Kelantan yang bersalah adalah kerajaan negeri pimpinan PAS sebagaimana dalam posting pencacai umno/bn dalam media sosial.Ini adalah satu tuduhan yang mencerminkan seseorang itu buta hatinya dan tiada sedikit pun iman didalam jasad mereka..semoga mereka diberi peluang keinsafan sebelum mereka mati!

Oleh itu, janganlah anda salah guna perkataan "HIPOKRIT" selepas ini.Jangan beranggapan dosa pahala anda dengan Allah s.w.t.Ingat!Masa hidup sahaja anda boleh berkata-kata dengan mulut anda tapi bila di sana nanti setiap anggota anda akan menjadi saksi.Tahniah Kelantan kerana membantu artis mengurangkan beban dosa serta melindungi maruah mereka..

No comments:

Post a Comment