Kehidupan diperumahan bertingkat dikota menjadi perkara biasa.Kebangayakan mereka datang dari keluarga yang sederhana.Namun semua itu tidak menjadi banyak masalah jika setiap penduduk menpunyai sikap toleransi dan tanggung jawab masing-masing terharap jiran dan persekitaran.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila wujud segelintir mereka yang tidak bertangung jawab malah sikap mereka membuatkan penduduk lain berasa kurang selesa malah kadang kala wujud ancaman keselamatan.
Antara kejadian yang sering berlaku ialah balingan objek dari tingkat atas.Objek-okjek seperti batu,botol kaca,sampah sarap,kasut,selipar dan lain-lain membuatkan penduduk pangsapuri bersara terancam terutama kanak-kanak.
Inilah mangsanya bila ada yang tidak bertanggung jawab.Sebuah kereta rosak cermin hadapat akibat balingan batu dari tingkat atas pangsapuri di Lembah Jaya Utara baru-baru ini.Kejadian ini berlaku pada sebelah petang ketika ramai kanak-kanak keluar untuk bermain di laman bawah pangsapuri tersebut.
Inilah batu (Dalam bulatan) yang dibaling dari tingkat atas pangsapuri.Nasib baik kereta yang jadi mangsa kalaulah terkena kanak-kanak atau sapa yang kebetulan berada di tempat kejadian kemungkinan maut yang menimpa mereka.
Beginilah kerosakan sebuah kenderaan yang dibaling batu dari tingkat atas.Dentuman kuat mengejutkan kanak-kanak yang sedang bermain dijauh dari tempat kejadian.
Beberapa orang kanak-kanak melihat kerosakan sebuah kereta.Menurut mereka sebelum batu itu dibaling,kasut dan selipar sudah dibaling.Tidak lama selepas itu batu pula mereka baling.Namun penduduk gagal untuk mengesan mereka yang bertanggung jawab kerana tiada siapa yang menyedarinya.Mengikut maklumaman penduduk sampah juga pernah di baling sebelum ini kerana mereka yang tidak bertanggug jawab mengambil jalan mudah untuk membuang sampah dengan mencampaknya ke bawak tanpa perlu turun untuk membuangnya.Inilah permasalahan timbul keran tiada sikap bertanggung jawab.Budaya kehidupan kediaman bertingkat ini mungkin menyebabkan penghuninya hilang sifat bertanggung jawab.





No comments:
Post a Comment