Sunday, November 20, 2011

Media di tuntut lebih adil untuk semua parti bertanding..

Dum dam dum dam..paluan gendang PRU13 semakin berkumandang.Mana tidaknya parti-parti politik sebuk dengan gerak kerja masing-masing.Namun apa yang ingin dilihat oleh rakyat ialah tentang keadilan PRU13 dalam setiap aspek.Ini termasuk dari segi medium untuk berkempen yang selalunya hanya digunakan parti pemerintah.Apakah kaitan diantara pemerintah dengan syarikat telekumunikasi yang dilihat begitu condong kepada satu pihak sahaja.Ianya seolah-olah menjadi media rasmi kerajaan dalam melancarkan propaganda.Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand keadaan ini tidak berlaku.Media mereka menyediakan medan berkempen kepada wakil-wakil parti politik untuk berkempen.Begitu juga media dinegara maju yang rata-ratanya tidak berpihak dalam hal ini.Keadaan ini memperlihatkan mutu pilihan raya negara yang rendah pada mata dunia.Ini membuktikan bahawa terdapat konco-konco ditempatkan di dalam syarikat media negara yang tanpa segan silu menggunakan kuasa demi kepentingan kerajaan yang memerintah.Mereka juga dilihat cuba melobi dengan memberi ruang yang luas kepada pihak pemerintah melancarkan perang kempen melalui media massa terutama televisyen dan radio.Sampaikan ramai yang meluat dengan cara kempen yang dilancarkan mereka.Jika cara ini berterusan pada PRU13 nanti tidak mustahil lebih ramai yang akan berasa meluat lantas melancarkan protes melalui peti undi.Hakikatnya media massa sperti RTM dan TV3 telah mula melobi dengan menyiarkan isu-isu yang memperlihatkan keburukan pembangkang sahaja selain tidak menyiarkan isu yang melibatkan kerajaan.

No comments:

Post a Comment