Friday, December 10, 2010
Rakyat terbeban bila keperluan awam diniagakan..
Kenaikan harga 4 dalam 1 amat memeranjatkan rakyat.Antaranya kenaikan harga petrol,gas,gula dan yang terbaru tarif elekrik bakal dinaikkan kelak kerana kerajaan secara rasmi meluluskan harga elektrik di semak semula.Antara alasan yang diberi adalah berkenaan pengurangan subsidi dan peningkatan kos yang ditanggung pengeluar telah meningkat.Adakah alasan ini "relevance" dengan peniagaan sistem monopoli ini?Ini kerana syarikat pengeluar tidak sedikit pun menghadapi pesaingan dalam perniagaan mereka.Mereka telah menguasai "market share" sepenuhnya tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan bagi menghadapi pesaing.Ternya kos mereka tidak akan meningkat secara total.Syarikat Tenaga Nasional Berhad(TNB) adalah sebuah badan yang telah diswastakan namun mereka tetap 1 (Monopoli) dalam negara ini.Jika bahan api yang digunakan yang bagi tujuan menjana tenaga elektrik dikatakan telah meningkat haruskah rakyat dilemparkan bebanan itu?Ini kerana negara mempunyi bahan api yang mana harga bahan api tersebut boleh dipertimbangkan untuk keperluan TNB jika mahu seterusnya kenaikan dapat di kawal.Jika sifir perniagaan diguna pakai ke atas keperluan awam yang mana setiap perniagaan perlu memaksimumkan keuntungan maka perniagaan itu perlu mempunyai pesaing bagi mengawal mereka.Di sini kita dapat melihat sesuatu keperluan awam dipergunakan bagi mengaut keuntungan kerana jumlah penggunaanya besar.Sebagai contoh jalan "highway" dikenakan TOL malah harganya boleh meningkat dalam tempoh konsesi.Jika dalam perniagaan risiko rugi tidak dapat dielakan tapi berlainan pula dalam perniagaan ini.Kerugian mereka seolah-olah tiada.Apakah ini merupakan perniagaan?Jika dilihat kepada penggunaan jalan "highway" yang terus meningkat kerana kadar pemilikan kereta individu sentiasa meningkat.Apakah mereka akan rugi?Begitu juga dalam perniagaan elektrik yang mana peningkatan perumahan dan lot perniagaan akan menambah hasil setiap tahun bagi TNB.Apakah peningkatan ini tidak di ambil kira bagi menjangkakan keuntungan syarikat?Jika tidak perniagaan ini hanya akan menindas orang awam dan mereka yang terlibat tidak boleh di katakan orang yang hebat dalam menerajui perniagaan dan kepimpinan negara...
Sunday, November 7, 2010
Badan-badan yang tidak bergerak...
Negara kita Merdeka pada 31 Ogos 1957 sehingga tarikh tulisan ini di tulis iaitu pada 8 November 2010 kira-kira 53 tahun.Dalam waktu ini negara kita menubuhkan pelbagai badan tidak kira samada ianya berada dalam kerajaan persekutuan,kerajaan negeri,swasta dan NGO.Setiap unit atau badan yang ditubukan mempunyai objektif masing-masing untuk di capai.Sebagai contoh kerajaan perseketuan menubuhkan JAKIM yang bertuajuan memantau Hal Ehwal Agama Islam manakala Jabatan Pelajaran memantau hal-hal pendidikan negara,Jabatan Kebajikan Masyarakat malah banyak lagi badan-badan lain yang wujud untuk pengkhususan tertentu.Namum siapakah yang memantau badan-badan yang ada ini bagi memastikan objektifnya berjaya di capai dan adakah mereka buat kerja seperti yang di rancang?Sampaikah program mereka kepada kumpulan sasar?Inilah yang menghairankan kita sejak 53 tahun kemerdekaan negara.Ini kerana isu-isu yang melibatkan setiap pengkhususan badan yang di bentuk sentiasa wujud malah menjadi lebih parah sehingga sukar di kawal.Sebagai contoh,masalah kefahaman Islam terhadap orang Islam dan Muallaf yang tidak bernoktah.Dimana badan-badan Islam yang telah lama ditubuhkan itu dan apakah gerak kerja mereka bagi mengatasi masalah yang kian meruncing?Dalam isu seperti pengagihan zakat kepada mereka yang berhak menerima bantuan tidak seimbang dengan jumlah kutipan yang kian meningkat.Mereka yang memerlukan sentiasa menagih simpati walhal negara mempunyi badan khusus bagi menyampaikan bantuan.Masih ada rakyat kita yang merempat tanpa rumah malah ada yang terpaksa berlapar dalam negara sendiri.Apakah masalah yang wujud bagi membantu golongan yang teramat memerlukan ini?Bagi isu Muallaf kembali kepada agama asal sudah cukup memperlihatkan bahawa tiada usaha yang berterusan dari badan-badan ini untuk mengukuhkan pengetahuan tentang Islam kepada Muallaf.Kritikan ini bukan bermaksud tiada lansung usaha mereka tapi Aku dan Akal hanya ingin mengatakan ianya tidak cukup dan tidak berterusan.Apa yang Aku dan Akal ingin sarankan adalah mereka perlu terus rapat dengan Muallaf ini dengan cara memdekatkan diri agar mereka berasa dekat dan sentiasa mendapat didikan yang berterusan sehingga mereka betul-betul faham tentang agama.Aku dan Akan pernah mengunjungi satu perkampungan Orang Asal di Daerah Gua Musang pada satu ketika dulu.Bila dilihat kefahaman Muallaf Orang Asal terhadap Islam terlalu rendah.Ini membuktikan kegagalan Badan yang dipertanggungjawabkan gagal.Adakah kita hanya berpuashati bila berjaya menarik mereka memeluk Islam tapi meninggalkan mereka selepas itu.Apa gunanya kita hanya berjaya menarik mereka jika tiada pengisian untuk membantu mereka faham dan beriman dengan agama Allah s.w.t.Kesimpulanya,kita perlukan usaha yang berterusan untuk memastikan badan-badan yang ditubuhkan menjadi sebuah badan yang berjaya seterusnya meluputkan isu-isu melibatkan tugas mereka disamping perlunya satu badan khas memantau gerak kerja badan-badan yang ditubuhkan agar sentiasa bergerak.
Friday, November 5, 2010
Majoriti besar.....PAS PKR tewas...
Keputusan PRK DUN Galas dan Batu Sapi telah di ketahui.Kedua-dua DUN tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO.BN telah memenangi pertandingan dengan penuh bermaruah kerana menang dengan majoriti yang besar manakala PAS dan PKR kalah dengan penuh aib.BN berjaya mengekalkan DUN Batu Sapi malah mendapat kemenanngan berganda apabila berjaya merampas kembali DUN Galas.Apakah kedua-dua makna yang ingin ditunjukan rakyat kepada parti politik ini?Apakah faktor PAS tewas di Galas dan PKR tidak berjaya di Batu Sapi?Ini akan memeningkan kedua-dua belah pihak namum yang pasti kedua-duanya ada jawapannya tersendiri.Penganalisis politik baik yang pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang mereka akan lebih pening untuk menganalisis perubahan ini.BN berjaya mungkin disebab pengaruh Ku Li yang dikatankan sentiasa di hati pengundi di Galas.Bagi PAS pengaruh Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin mereka tidak cukup mempengaruhi pengundi di Galas.Faktor lain pula adalah disebabkan pengundi Orang Asal yang tidak terdedah kepada maklumat sepenuhnya.Namun begitu pengundi Cina dan Melayu juga mengatakan pendirian menolak PAS.Situasi 50-50 adalah meleset sama skali apabila jumlah majoriti kemenangan BN amat selesa sekali.Jika beginilah keputusannya jalan ke Putra Jaya masih belum terbuka untuk PR.Apa pun kawasan luar bandar begini masih belum layak di ukur secara total.Sebaliknya boleh berlaku dalam PRU nanti sebagaimana yang telah kita lihat kerana suasananya pasti berubah.Apa pun Tahniah BN cuba lagi PR.......
Wednesday, November 3, 2010
Media tidak pernah berterima kasih kepada penyokong Kelantan
Salam kepada pasukan Kelantan yang terkenal sebagai "The Red Warrior" kerana berjaya mencipta rekod setelah 89 tahun menanti.Ini merupakan satu detik yang mungkin membuka semangat baru kepada penyokong Kelantan yang begitu bersemangat menjadi pemain ke 12 bagi menguatkan semangat pasukan yang bermain di atas padang.Namun sebelum dan selepas mencapai kemenangan,media massa sentiasa "menegatifkan"penyokong Kelantan.Keadaan ini tidak begitu adil kerana setiap negeri mempunyaiindividu yang tidak bertanggungjawab dan sering melakukan perkara yang merosakkan harta benda awam.Oleh yang demiakian tidak semua penyokong Kelantan "pembakar kerusi" stadium.Seperti laporan Harian Metro yang memburukan penyokong Kelantan yang membaling kerusi walhal gambar yang dipaparkan ternyata penyokong lawan yang sedang memegang kerusi.Ini adalah satu provokasi yang jelas ingin menjatuhkan maruah sebelah pihak.Tidak dinafikan ada segelintir penyokong Kelantan yang berbuat demikian tapi biarlah adil dalam setiap tindakan buruk penyokong kerana penyokong negeri lain juga ada yang tidak bertamadun.Media perlu bijak dalam setiap laporan agar tidak menguris hati mereka yang tidak terlibat dalam perbuatan buruk tersebut malah jumlah mereka yang menonton dengan penuh semangat kesukanan adalah jauh lebih ramai.Walaupun pepatah ada menyatakan "nila setitik rosak susu sebelanga" tapi sebagai manusia yang berpendidikan dan berpengetauan kita perlu lebih peka dengan maruah dan perasaan mereka yang tidak terlibat.
Saturday, October 23, 2010
Pilihan Raya Umum Ke 13:BN @ PR?
Kali ini Aku dan Akal ingin mengupas tentang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menyusul.Apakah perubahan kepimpinan negara kita akan berlaku atau mengekalkan kuasa pada pemimpin sedia ada?Persoalan ini selalunya akan diutarakan oleh setiap individu dalam setiap golongan.Malah golongan yang lebih gusar adalah dari kalangan para pelabur baik dari dalam dan luar negara.Ada yang suka jika perubahan berlaku dan ada juga yang tidak mahu pertukaran pemerintah bertukar tangan.Apa pun di kalangan rakyat yang setia dengan parti pemerintah mereka tetap yakin mereka tidak akan tumbang namun bagi golongan yang menentang dan ingin melihat perubahan berlaku mereka juga berkeyakinan tinggi parti mereka akan menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Begitu juga para penganalisis mempunyai dua pandangan yang sama seperti mana dua golongan tersebut.Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat andaian.Antaranya dengan mengambil keputusan dalam setiap pilihan raya terdahulu.Rekod yang tercatat boleh diambil kira untuk dianalisa dan seterusnya dibuat andaian oleh setiap golongan termasuk parti-parti yang bertanding.Selain itu,setiap isu-isu yang berlaku juga boleh dijadikan bahan analisa.Ini kerana terdapat beberapa isu yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi baik isu dari pihak pemerintah mahupun pembangkang dan bagi pengundi atas pagar isu-isu besar akan menjadi penentu mereka pilih siapa.Seterusnya faktor bakal calon juga boleh diambil kira kerana dengan perkembangan pendidikan negara rakyat lebih cerdik memilih pemimpin mereka.Sesetengah mereka menilai dari sudut kualiti kepimpinan seseorang calon.Jika parti mengekalkan pemimpin bermasalah sudah pasti mereka akan di tolak rakyat dalam pilihan raya kali ini.Ini terbukti dalam beberapa pilihan raya lepas di mana Dato S. Samy Vellu,Dato Koh Su Koon tumbang di kubu kuat beliau sendiri.Apakah mereka tidak berjasa selama ini?Jasa memeka mungkin banyak tapi mungkin rakyat tidak merasai nikmat tersebut kerana jasa tersebut hanya berlegar pada kroni dan "anak buah" sahaja.Ini lah dikatakan kualiti yang akan dinilai rakyat dalam pilihan raya nanti.Rakyat dahagakan seorang pemimpin yang telus dan sentiasa dekat dengan mereka.Walauapapun keputusanya nanti perubahan mesti berlaku baik daripada parti pemerintah sedia ada jika mereka masih mengekalkan kuasa manakala jika rakyat memilih pembangkang,perubahan yang di"gahkan" perlu di kotakan.Apapun, pilihlah dengan bijak melalui kemudahan akal yang dianugerahkan Allah s.w.t untuk berfikir.
Friday, October 22, 2010
Pemuda UMNO dan 40 ulamak Muda bisu...
Astargfirullahalazim!!!Nama Nabi Muhammad s.a.w dipermainkan?Ya itulah satu hakikat umat Islam akhir zaman.Ketika umat Islam bangkit bagi membantah orang kafir yang mengaibkan Islam dalam pelbagai cara,ternyata perkara yang lebih aib adalah apabila umat Islam sendiri yang melakukannya.Datin Seri Rosmah adalah dalangnya yang tanpa segan silu dan rasa bersalah telah mencemarkan nama Islam.Ianya berlaku sempena Islamic Fashion Festival yang berlansung di luar negara.Apa yang lebih menduka-citakan umat Islam di Malaysia khasnya adalah festival itu turut dihadiri Perdana Menteri sendiri dalam majlis tersebut.Pertunjukan fasyen juga tidak menepati garis panduan yang ditetapkan Islam malah salah satu fasyen di ukir nama Nabi Muhammad s.a.w dlam keadaan terbalik dan bajunya memdedahkan sebahagian aurat wanita. Apa yang menghairankan kita kenapa pemuda UMNO tidak membantah dalam isu yang berkaitan maruah agama Islam dan dimanakah 40 ulamak muda yang menyertai UMNO baru-baru ini? Merka berhasratmenjalankan dakwah dalam UMNO bagi membetulkan kesilapan yang bertentangan dengan syariat Islam.Dalam setiap penentangan terhadap isu berkenaan Islam pemuda UMNO dilihat bersemangat mengadakan demontrasi jalanan.Namum kali ini apabila melibatkan pemimpim mereka senyap membisu seolah-olah tiada apa yang salah dalam isu tersebut.Inikah yang dikatakan sebagai pejuang Islam yang ingin memastikan kesujian agama Islam di bela?Mereka perlu berani untuk menegur kesalahan yang dilakukan oleh pemimpim mereka jika ingin melihat kesungguhan mereka dihargai rakyat.Malah penentangan juga boleh menjadikan mereka bukan "pak turut" semata-mata.Tidak guna sekiranya mereka sahaja yang bersungguh-sungguh untuk membela agama tetapi pemimpin mereka hanya sebagai "pemberak" merata-rata.Kesanya akan merosakkan kepercayaan rakyat dan rakyat terus menghukum mereka akibat dari "tahi" yang di buang oleh para pemimpin peringkat atasan mereka "ibarat bapak berak anak basuh".
Friday, October 8, 2010
UMNO perlu buktikan perpaduan dan PAS perlu hadiahkan kemenangan kepada Ku Li sebagai tanda terima Kasih atas sokongan Ku Li ......
Pilihan raya kecil DUN Galas bakal berlansung pada 4 November ini melibatkan PAS dan UMNO.Kedua-dua parti Melayu ini mempunyai peluang sama rata.Calon bagi mewakili parti masing-masing masih dirahsiakan.Namun kepimpinan Pemuda UMNO telah sebulat suara menyokong Tengku Razaligh Hamzah yang dikenali sebagai Ku Li manakala PAS masih lagi menyembunyikan calon ang bakal diumumkan.Jika Ku Li menerima sahutan dari Pemuda UMNO Kelantan ini akan menjejaskan peluang PAS mempertahankan kerusi tersebut.Dengan reputasi dan kredibili Ku Li sebagai Ahli Parlimen Gua Musang peluang untuk merampas kerusi tersebut agak cerah.Sesiapa pun calon PAS nanti tidak akan menjejaskan sokongan terhadap Ku Li.Walau apapun, kenyataan Tok Guru Nik Aziz terhadap saranan dari Pemuda UMNO Kelantan yang mahukan KU Li sebagai calon yang menyatakan bahawa kalangan UMNO hanya mahu menjatuhkan maruah Ku Li semata-mata kerana seorang bekas menteri ditakrifkan sebagai "turun pangkat" dan ini amat mengaibkan kredibiliti Ku Li sebagai seorang yang dihormati kawan dan lawan.Sebaliknya,kita juga dapat mentafsirkan bahawa PAS berasa tergugat jika Ku Li dilantik sebagai calon BN nanti.Kemungkinan peluang akan menjadi 60% UMNO manakala PAS 50% di atas kerta akibat pengaruh Ku Li di kawasan Gua Musang.Sungguh pun begitu,pertandingan tetap akan sengit.Disini juga kita dapat melihat isu perpaduan parti UMNO dan PAS dihidupkan kembali.PAS menuntuk UMNO membuktikan hasrat untuk mengukuhkan perpaduan dengan tidak bertanding dan memberi kerusi tersebut kepada PAS kerana kedua-dua parti tersebut adalah Melayu.Ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO membuktikan bahawasanya mereka bersungguh-sungguh untuk bersatu dengan PAS dan seterusnya mengelak pembaziran wang rakyat.Sebaliknya jika UMNO tetap mahu bertanding rakyat akan berkata perpaduan yang dihulurkan kepada PAS hanya satu retorik malah UMNO hanya mahu memerangkap PAS semata-mata seterusnya dapat menyelamatkan UMNO untuk terus memerintah.PAS mungkin juga boleh membatalkan hasrat untuk bertanding jika Ku Li dicalonkan nanti.Ianya boleh di anggap sebagai hadiah dari PAS di atas sokongan Ku Li terhadap isu tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan.Dengan ini,reputasi PAS akan lebih dihormati.Jika ini berlaku,UMNO akan melihat keakraban di antara Ku Li dan Kerajaan Negeri sangat rapat dan sedikit sebanyak akan menarik perhatian rakyat di Gua Musang seterusnya akan menarik sokongan kepada PAS dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.Penyokong setia Ku Li akan melihat PAS adalah rakan baru kepada Ku Li dan mereka mungkin akan membalas jasa PAS di pilihan raya ke 13 nanti.Apapun kita perlu menanti siapakah calon bagi kedua-dua parti tersebut.Yang pasti majoriti sebanyak 646 tidak boleh dijadikan kayu pengukur PAS akan berjaya mengekalkan kerusi tersebut.Ini adalah pilihan raya kecil yang mempunyi halangan yang tidak sama jika dibandingkan dengan pilihan raya umum.Justeru itu,sukar untuk di buat andaian siapakah akan memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Tuesday, September 28, 2010
Jika tidak mungkin kini Malaysia adalah EROPAH......
Terang lagi bersuluh itulah ungkapan yang paling sesuai untuk akau dan akal gambarkan.Ini bukanlah terhadap isu-isu negatif yang dilakukan oleh sesiapa pun.Ternyata Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang pemimpin Islam yang berjaya pada abad ini terutama di negara kita.Ini kerana beliau telah berjaya menyerap sinar dan jalan kepada budaya Islam dalam masyarakat dan para pemimpin negeri.Setelah lebih 20 tahun berjuang menegakkan Islam ternyata hari demi hari hasilnya terus bertunas.Pada awal pemerintahannya beliau menyarankan kaum hawa di Kelantan agar memakai tudung.Beliau pernah berkata"seawal pemerintahan saya untuk melihat orang bertudung agak susah malah 'trend' ketika itu adalah berambut kerinting namun selepas itu kedai mengerinting rambut akhirnya terpaksa di tutup oleh kerana kaum hawa mula memakai tudung".Ini adalah kejayaan awal beliau dalam menghakis kesan budaya penjajah sebelum itu.Adalah satu kesan pengaruh beliau yang begitu bersungguh-sungguh membersihkan minda masyarakat yang telah lama berada dalam budaya penjajah.Ianya satu usaha murni beliau untuk memastikan syariat Islam tertegak dengan teguh di bumi Kelantan khasnya dan amnya di Malaysia.Bukan mudah untuk dilaksanakan tanggung jawab ini jika di ukur pada kekakangan yang datang dari pelbagai cabang terutama dari Kerajaan Pusat dan keadaan budaya Melayu pada masa itu.Namun kini hasilnya dapat kita lihat bagaimana usaha beliau telah membuahkan hasilnya.Ketegasan dan tawadduknya dalam perjuangan beliau adalah kunci kejayaan ini.Terbaru apa yang kita dapt saksikan adalah seorang Sultan menitahkan media dan rakyat jelata tidak menggunakan istilah "Daulat Tuanku" sebagaimana Sultan terdahulu malah seluruh negeri yang di perintah oleh Sultan.Sultan Kelantan yang ke 5 juga pernah mengimamkan solat sunat di stadium Muhammad ke 4 yang pasti belum ada sejarahnya sebelum ini.Inilah kejayaan pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz dalam menyebarkan kebenaran kepada setiap umat manusia di negerinya tanpa mengira pangkat ataupun darjat seseorang.Aku dan akal bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mula menunjukkan keredhaan untuk pemerintah Islam.Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru dan Sultan Kelantan ke 5 atas ketaqwaan anda dalam merialisasikan perintah Allah s.w.t.Ianya akan menjadi nadi baru kepada pejuang Islam di Malaysia yang ingin melihat syariat Islam tertegak.Terdapat banyak lagi contoh-contoh kejayaan seperti penggunaan dinar dalam urus niaga jual beli serta pembinaan rumah 3 bilik sebagaimana yang di ajar oleh Islam.Mungkin sesetengah orang akan memperlekehkan kejayaan ini.Apapun, bukan mudah untuk merialisikanya jika tanpa iman dan ketaqwaan.Hanya mereka yang kuat mindanya sahaja yang dapat melaksanakan tugas ini jika tidak mungkin kini Malaysia adalah Eropah.Sumbangan Tuan Guru amat berharga untuk masa depan Islam di Malaysia.Semoga ianya terus menyubur hingga ke anak cucu....amin...
Wednesday, September 22, 2010
Berfikir secara terbalik......
Aku terfikir tentang suatu perkara yang membuat aku dan akal mula ingin mencari idea menulis.Kali ni aku terfikir tentang perkara yang barang kali menjadi lumrah masyarakat kita dari dulu hingga sekarang ini.Apakah perkara tersebut?Ini berkenaan dengan budaya "berfikir terbalik".Bukan bahasa mahupun longat yang dimaksudkan tapi sebenarnya adalah dari segi pemikiran yang selalu diterbalikan.Mungkin anda masih kurang faham apa yang aku dan akal nak maksudkan.Secara mudahnya aku dan akal akan memberi contoh untuk membantu para pembaca memahaminya.Contoh pertama adalah melibatkan isu bahasa dalam pendidikan yang hangat diperdebatkan suatu ketika dulu.Apabila pemikiran mereka terbalik Bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang tiada nilai untuk tujuan pembelajaran.Mereka mengatakan untuk menjadi lebih global dan maju mata pelajaran Matematik dan Sains mesti di ajar dalam bahasa English.Kenapa kita perlu berfikir begitu?Adakah betul?Apakah buktinya Bahasa English akan memajukan kita?Aku dan akal amat sukar mempercayainya kerana secara teorinya pun mata pelajaran tersebut bukannya banyak menggunakan bahasa.Jika kita tidak memahami mata pelajaran tersebut kita akan lebih sukar untuk mengaplikasinya secara sendiri.Apapun aku dan akal bersyukur segalanya kembali normal.Tahniah kepada para pejuang bahasa yang berjaya mengembalikan Bahasa Melayu dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.Inilah apa yang aku dan akal berfikir tentang pemikiran sesetengah pemimpin kita yang berfikiran terbalik.Seterusnya kita lihat dalam isu Royalti minyak Kelantan yang dinafikan mentah-mentah oleh mereka yang berfikir terbalik.Apa tidaknya,mereka seolah-olah cuba untuk tidak mahu membayar royalti itu mengikut apa yang tergandung dalam akta petroleum negara di antara Petronas dan negeri yang terlibat. Jika mereka tidak berfikir terbalik mereka akan lebih menghormati hak rakyat lebih dari segala-galanya.Selain isu minyak,yang lebih "baghal" bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramali adalah bila mana ISA menjadi tohmahan di atas penggunaanya yang di anggap zalim kerana penahanan tahanan tanpa bicara dan sukar untuk memastikan keadilan tertegak.Bila hukum Islam di anggap zalim bagaimana pula akta ISA boleh di laksankan?Adakah ianya tidak zalim?Jadi inilah yang cuba aku dan akal cuba rungkai pemikiran yang dikatakan terbalik.Banyak lagi contoh-contoh yang yang boleh anda lihat di sekeliling kita.Adakah kita akan biarkan mereka terus berfikir terbalik?Mereka sanggup berfikir songsang kerana ingin menjaga kuasa mereka dan ideologi sahaja.Oleh itu kita harus bersedia mengubah pemikiran mereka agar generasi akan datang tidak terus berfikiran terbalik demi agama,bangsa dan negara.Justeru itu,nilailah betul-betul pemikiran mereka sebelum anda mempercayainya.Kita dianugerahkan akal fikiran yang membantu kita berfikir dengan rasional sebelum buat keputusan.Ambillah masa memahami setiap ucapan dan pelaksanaan sesuatu perkara dari mereka yang selalu berfikir terbalik.
Monday, September 20, 2010
Takbir...... laungan ganti Daulat Tuanku utk Sultan Kelantan yang baru?
Selamat berjumpa kembali...apa-apa pun sy ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada pembaca blog saya dan kepada semua muslimin mdan muslimat..Tak lupa juga aku mengucapkan tahniah atas pelantankan Tuanku Fares Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan Ayandanya Sultan Ismail Petra yang gering.Takbir...itu adalah saranan kebawah Duli yang Mulia bagi menggantikan Daulat Tuanku yang menjadi laungan rakyat bila mengaggungkan Sultan.Betul ke tidak Wallahualaam aku pun dapat tahu dari mulut orang, jadi kesahihannya belum 100%.Diharap ada pihak dapat membantu memperakui@menidakkan maklumat tersebut.Tapi apa pun syukurlah pada yang Esa jika Sultan baru dapat mengubahnya.Ada kewajaran juga apa yang di sarankan tu, tp harap jangan ada pihak yang akan mempolitikkannya bagi mengeruhkan keadaan.Maklum saja lah "Takbir" tu biasanya digunakan oleh orang PAS.Takbir... Tuanku yang berani mencipta sejarah baru untuk memperbetulkan yang salah.Semoga Tuanku akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t...aminnn
Saturday, August 28, 2010
Bendera bangsat......!!!!!!!

Saya tinggalkan sementara pengkisahan nasib cinta ku...Sekali lagi kita dimalukan Indonesia di mata dunia.Segelintir rakyatnye berang terhadap negara kita.Ini rintitan dari penangkapan oleh kedua-dua ratyat negara yabg di dakwa menceroboh perairan negara masing-masing.Kali ini mereka bertindak lebih dasyat lagi apabila melemparkan najis manusia ke kedutan negara kita di Indonesia.Ini menampakan bahasanya ketamadunan mereka jauh terkebelakang dari negara kita.Mereka sering ingin menunjukkan amarah mereka sehingga najis digunakan.Najis siapakah yang di ambil itu?Mereka hanya menunjukkan mereka adalah masyarakat pengotor apabila najis pun mereka sanggup pegang.hehehhe sungguh geli demgan segelintir mereka ini kerana entah najis siapa yang digukan itu.adakah najis mereka sendiri atau najis dari takungan pembentongan?Tapi saya yakin hanya segelintir sahaja berpelakuan begitu.Mereka bakar bendera kita sudah banyak kali..Dia bendera tak sedar bahawasanya mereka bendera bangsat....rakyat mereka miskin datang mencari kerja di Malaysia..tapi mereka tetap bangsat...Allah menurunkan bala mereka masih tetap bangsat...Bangsat kau BENDERA!!!!!
Nasib cinta ku...2
Sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita berniat baik orang tak menghargai kita dan begitu jugalah sebaliknya.Aku benar-benar mencintai dia sepenuh hati ku.Masih lagi saya inagt lagi Peterpen yang bertajuk Dan mungkin bila nanti menjadi lagu iringan permulaan kisah cinta ku.Bila ku dengar lagu tu mesti terbayang saat si dia membuang barang pemberian ku.Hehehehhe sedih sebenarnya kalau di ingat kembali.Aku selalu bersolat istikharah meminta peyunjuk akan keputusan ku untuk tidak mengalah malah akan terus berusaha untuk memilikinya.Mungkin kekuatan ku sentiasa berusaha untuk memilikinya berkat dari solat tersebut.Tapi aku pasti Allah pun memberi petunjuk agar aku terus berusaha mendapat dia kerana Allah lebih tahu tentang hati budinya.Pada masa itu juga aku sentiasa gigih berusaha memikat hatinya.Akhirnya aku berjaya setelah ku berikan kata dua padanya.Tepat tarikh hari lahir ku dia memberi ku hadiah yang paling istimewa pada ku.Dia bersetuju untuk memberi peluang pada ku mencintainya.Setelah itu aku sentiasa berusaha memikat hatinya tanpa rasa penat kerana dalam diri ku tetap berkata dia masih tidak menerimaku sepenuhnya.Aku tahu dan aku sedar penerimaanya hanya kerana terpaksa.Yang pasti sudah 4 kali permohonan putus darinya ku dengar.Tetapi pujuk rayu ku berjaya membuatkan si dia berfikir kembali akan permintaannya.Dayuskah aku?Sebenarnya aku tidak ingin kehilangan dia dalam hidupku.Aku juga tidak suka menggunakan keegoan seorang lelaki sewenang-wenangnya.Aku mengalah bukan kerana aku takut atau tiada harga diri.Tetapi aku bertolak ansur kerana ku lihat kecetikan pemikiranya yang membuatkan dia tidak memikirkan tentang diriku.bagiku percintaan bukan sekadar kasih sayang malah percintaan adalah masa untuk melatih diri kita menangani masalah antara pasangan kita dengan rasional bukan membuta tuli.Itulah harapan ku bila mula bercinta.Sepanjang percintaan kami tidak pernah berlaku pergaduhan yang boleh memburukakan keadaan.Tetapi apa ynag aku harapan dia dapat membalas pertanyaan ku dan berani buka mulut untuk memberitahu ku sesuatu yang dia tidak selesa.Aku sentiasa membuka ruang untuk dia menyatakan pandanganya tanpa perlu takut kerana aku mengerti perasaan seorang wanita.Aku juga tidak gemar menggunakan sifat ego seornag lelaki secara membuta tuli.(Bersambung)
Tuesday, August 24, 2010
Nasib cinta ku...
Assalamualaikum kepada pembaca semua.Hari ini saya ingin menulis sebuah kisah peribadi saya yang tidak pernah saya kongsikan.Ini adalah merupakan sebuah kisah cinta yang pernah saya alami.Kisah pertama saya bermula di alam universiti.Saya mengenali si dia semasa kami sama-sama belajar di sebuah cawangan Uitm.Saya agak tertarik pada peribadi si dia yang sungguh memikat hati saya.Walaubagaimana pun saya menghadapi masalah untuk memikat hati si dia selain perlu menghadapi pesaing yang jauh lebih baik dari saya dalam semua perkara.Pertama kali saya meluahkan isi hati pada si dia telah membuatkan keadaan menjadi lebih rumit kerana sejak dari itu si dia berusaha untuk mengelak berjumpa saya.Pernah sekali si dia membuang hadiah yang saya beri di depan rakan-rakan saya.Dengan kesabaran dan pemikiran yang positif saya tidak berdemdam terhadap apa yang dia lakukan itu.Detik hitam itu saya jadikan sebagai kekuatan untuk saya terus berusaha mengambil hati si dia walaupun dia sukar menerima saya.Terukan saya ni tapi itulah dugaan yang saya pernah alami.Kalau nak fikirkan maruah sudah semestinya saya akan menyimpan dendam tetapi saya berjaya kawal pemikiran saya untuk tidak bertindak balas dari apa yang dia lakukan.Untuk pengetahuan,saya dan si dia tidak pernah ada pengalaman bercinta sebelum ini.Sejak dari itu si dia lebih rapat dengan rakan sekelas kami dan lelaki itu juga mempunyai perasaan cinta terhadap si dia.Saya juga pernah mengajak si dia untuk keluar makan namum si dia menolak dengan mengatakan tidak mahu keluar tetapi selepas itu saya terserempak dengan si dia yang keluar dengan lelaki itu serta kawan perempuan yang rapat dengan dia dan lelaki itu.Perasaan saya pada ketika itu amat sedih sekali.Apapun saya tetap sabar dan kuat menghadapinya.Walaubagaimanapun saya tetap mahu berusaha memilikinya.Itulah impian saya dan saya sentiasa berusaha sejak dari itu.(Bersambung)
Thursday, August 19, 2010
Bergemanya mercun perkauman..
Dom dam dom dam...bukan bunyi mercun ketupat mahupun mercun bola tp mercun perkauman yang dimainkan oleh para pemimpim UMNO dan BN.Nampaknya mereka sedar tiada cara lain untuk membangkitkan semangat terutama kaum Melayu yang tidak lain tidak bukan adalah bertujuan Melayu akan bangkit membenci parti pembangkang.Semangat yang hendak di bangkitkan adalah semangat amarah yang boleh mencetuskan keadaan kucar kacir di antara kaum.Mereka tidak akan berenti selagi mereka tidak berjaya membuat kaum Melayu bangun menentang.Apa pun setakat ini belum ada kejayaan ke atas usaha keji mereka.Buat masa ini mereka akan terus membakar "mercun perkauman" sampai mereka boleh menyambut perayaan.Insyallah atas kematangan rakyat mereka bijak memilih mana betul dan mana yang salah dan mana yang tipu mana yang benar.Mereka gelisah dalam usaha untuk mengekalkan kuasa agar tiada siapa dapat membongkar kisah di sebalik dalam tempoh 50 tahun pemerintahan mereka malah hasil kekayaan kroni akan terus di nikmati.
Friday, August 13, 2010
Shahrizat mula geram dengan penjenayah....
Semenjak dua menjak ini jenayah menghantui rakyat kita.Apakah senario ini menandakan kita dalam bahaya?apakah yang kita fikir bila keadaan ini mengganggu kita?saban hari kita di beritakan dengan jenayah rogol,rompak,bunuh,buang bayi,bunuh diri,rasuah dan sebagainya yg sebelum ini amat jarang kita dengar.Apa puncanya kejadian ini berlaku?Sedangkan kita telah berada di zaman yang serba canggih?Malah kita di lengkapi dengan segala sistem yang berteknologi tinggi dalam segala bidang.Apa yang masih kurang dan apa yang tidak kena?Hari ini seorang menteri menyatakan langkah terbaru untuk menangani gejala buang bayi.Kementeriannya bercadang pesalah buang bayi yang meninggal dunia di hukum mati mandatori jika sabit kesalahan.Sebagaimana ucapan beliau "kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah itu."(Kosmo online)Apa makna semua ini ye?Kenapa kita selalu jadi orang yang lambat?Islam telah lama menawarkan undang-undang yang berupaya untuk mengajar orang yang melakukan kesalahan jenayah malah bakal-bakal jenayah.Kenapa Dato Shahrizat baru nak melaksakan hukuman berat kepada penjenayah?Hukum hudud adalah satu hukuman yang bukan zalim @ tidak berperikemanusiaan wahai Dato Shahrizat.Jika berasa zalim hukum hudud bagaimana pula hukuman renjatan elektrik terhadap pesalah jenayah boleh dilakukan di negara europah?Kenapa anda minta hukuman lebih berat kepada pembuang bayi?Anda degil wahai Dato Shahrizat,anda tetap tidak mahu mengakui hudud adalah terbaik untuk menbendong kejala jenayah.Anda perlu sedar bahawa orang kafir tetap tidak akan mengatakan hukum hudud adalah terbaik malah mereka akan melabelkan hudud adalah hukuman zalim dan tidak berperikemanusiaan.Tetapi jangan lah anda juga mengiakan apa yang mereka kata.Anda perlu berfikir kerana anda adalah makhluk Allah yang seluruh anggota badan anda hanya dipnjamkan buat semantara waktu.Masih ada peluang unuk anda berubah kejalan Allah s.w.t.
Monday, August 2, 2010
Siapa boleh berjaya?
Semua orang inginkan kejayaan dalam hidup. Untuk berjaya kita perlu belajar sebanyak mungkin.Tetapi ada sesetengah orang yang akan pasrah bila dia sering gagal dalam pendidikan.Apakah puncanya kegagalan mereka ini?Jawapanya adalah mereka hanya percaya bahawa orang cerdik sahaja akan berjaya.Oleh itu,mereka perlu tahu bahawa mereka juga boleh berjaya walaupun tiada kecerdikan kerana hanya ada 2 golangan yang akan berjaya.
1)Orang cerdik
-Orang yang memiliki kecerdikan semulajadi yang dianugerakkan oleh Allah s.w.t. Mereka ini lebih mudah berjaya berbanding orang lain dan mudah menerima apa yang di ajar.Tetapi awas mereka juga boleh gagal jika tdak pandai menggunakan apa yang telah dianugerahkan dengan betul.
2)Orang berusaha
-Mereka ini adalah mereka yang tidak dianugerahkan kecerdikan.Walaupun tanpa kecerdikan mereka masih berpeluang menjadi seorang yang berjaya jika mereka berusaha.Mereka juga perlu berusaha lebih sedikit dari mereka yang cerdik.Ini kerana dengan usaha yang tekun mereka pasti akan juga berjaya.
Oleh itu,kepada mereka yang cerdik gunakanlah kecerdikan yang dianugerahkan itu dengan betul manakala bagi mereka yang kurang cerdik jangan mudah mengalah untuk berjaya.Berusahalah untuk kejayaan anda.
1)Orang cerdik
-Orang yang memiliki kecerdikan semulajadi yang dianugerakkan oleh Allah s.w.t. Mereka ini lebih mudah berjaya berbanding orang lain dan mudah menerima apa yang di ajar.Tetapi awas mereka juga boleh gagal jika tdak pandai menggunakan apa yang telah dianugerahkan dengan betul.
2)Orang berusaha
-Mereka ini adalah mereka yang tidak dianugerahkan kecerdikan.Walaupun tanpa kecerdikan mereka masih berpeluang menjadi seorang yang berjaya jika mereka berusaha.Mereka juga perlu berusaha lebih sedikit dari mereka yang cerdik.Ini kerana dengan usaha yang tekun mereka pasti akan juga berjaya.
Oleh itu,kepada mereka yang cerdik gunakanlah kecerdikan yang dianugerahkan itu dengan betul manakala bagi mereka yang kurang cerdik jangan mudah mengalah untuk berjaya.Berusahalah untuk kejayaan anda.
Dr Pasir
Peh! Mungkin itulah perkataan keluhan dari rakyat sekarang ini terhadap apa yang dibongkarkan oleh wakil PR.Sejak isu pasir yang dibangkitkan oleh Dato Dr Mohd Khir Toyo menjadi isu tergempar media perdana.Akibat dari pendedahan dari Dr Khir yang bertujuan membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Selanggor berkenaan pasir.Di zaman pemerintahan Dr Khir tidah pernah kedengaran tentang isu pasir.Tetapi ternyata rakyat tidak percaya dengan laporan dari "Dr Pasir" selepas kerajaan negeri telah menunjukkan faktar yang cukup jelas.Apa yang dapat disimpulkan adalah kawah yang cukup besar berlaku di zaman Dr Pasir lagi namun semasa berkuasanya Dr Pasir, segalanya di simpan rapi.Tetapi langit tidak selalunya cerah dan bila datangnya hujan secara lebat kain di ampaian akan basah sebelum sempat di angkat.Begitu jugalah halnya bila isu pasir dibongkarkan.Jika mereka msh berkuasa kemungkinan besar bumi Selangor akan lebih berlubang.Tahniah diucapkan kepada rakyat Selangor kerana berani menukar Kerajaan dan tahniah juga kepada PR kerana berjaya membongkar siapa sebenarnya Dr Pasir di Selangor.
Friday, July 23, 2010
Harus kah sani sebagai MUFTI?
Bilamana Harussani bercadang menjadi orang tengah untuk perpaduan UMNO dan PAS atas dasar MELAYU dan ISLAM.Beliau lebih mengutamakan MELAYU dari ISLAM untuk perpaduan kedua-dua parti.Jika di lihat Harussani hanya mementingkan bangsa semata-mata walaupun beliau ada menyatakan perpaduan untuk kepentingan Islam.Tetapi kenapa MELAYU didahulukan?Kenapa tidak ISLAM dahulu?ISLAM adalah agama tetapi MELAYU hanyalah satu kaum yang lebih kecil skopnya dari agama.Adakah menjadi seorang MELAYU itu seseorang akan melaksanakan perintah Allah?Walhal bila menjadi seorang ISLAM yang beriman akan lebih berjaya dunia dan akhirat.Kenapakah fikiran seorang MUFTI lebih memikirkan kekukuhan MELAYU mendahului kekukuhan agama ISLAM?Jika Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz melihat ISLAM lebih penting malah sanggup membubarkan PAS jika UMNO menukarkan dasarnya kepada dasar ISLAM.Adakah Harussani tahu pelawaan Tuan Guru itu adalah sebagai ajakan perpaduan sesama ISLAM?Butakah mata dan hati harussani tentang niat murni Tuan Guru?Layakah Harussani sebagai seorang MUFTI jika mata dan hatinya buta malah telinganya juga dipekakkan?Jika niatnya untuk melihat orang-orang UMNO menjadi lebih baik bila berkawan dengan PAS adalah lebih baik beliau menyarankan semua ahli-ahli UMNO masuk PAS.Itu akan lebih selamat baik bagi umat ISLAM mahupun orang MELAYU.
Sunday, July 18, 2010
5 barang naik 5 bintang singgah sana
Kenaikan harga 5 barang keperluan asas akan memberi kesan secara lansung kepada kenaikkan pelbagai barang.Ini akan menyebabkan golongan miskin dan berpendapatan rendah akan lebih tertekan.Adakah dengan mengurangkan subsidi merupakan langkah yang paling berkesan?Mereka dilantik menjadi kerajaan adalah ditugaskan untuk menyenangkan rakyat dan bukanya menyusahkan rakyat dengan cara begini. Seperti kata Dr Asri dalam blog beliau "di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," Adakah negara sudah tiada dana untuk terus menampung subsidi untuk rakyat?Akan tetapi kenapa masih membelanjakan berjuta-juta wang rakyat untuk tujuan kemewahan?Mahligai 5 hingga 10 bintang dibina untuk mereka yang telah pun selesa di singgah sana.Sedarlah ramai lagi rakyat kita yang tiada tempat berteduh malah ada yang tidak dapat makan dengan sempurna.
Wednesday, July 14, 2010
Bila BN dan UMNO tumbang apa akan jadi......
Rata-rata dalam fikiran rakyat pada masa ini berfikir jika BN dan UMNO tumbang dalam pilihan raya 13 nati apa akan jadi pada negara ini.Terdapat sesetengah golongan yang merasa kesan positif dan sesetengah lagi percaya akan menyebabkan kesan negatif.Peratusan kedua-dua kesan tersebut belum lagi di ukur secara spesifik.Jika di lihat dari sudut sejarah kekalahan BN dan UMNO sebelum ini akan berlaku perkara yang dapat menggugatkan kestabilan dan keselamatan negara.Namun secara peribadinya saya melihat perkara negatif itu sengaja diwujudkan untuk merosakkan imej parti pembangkang.Tujuan sebenar adalah bagi memperlihatkan ketidakupayaan pembangkang untuk memerintah atau memimpin negara.Peristiwa 13 Mey tercetus apabila Perikatan kalah terus dalam pilihan raya umum.Saya percaya ada dalang yang menyebarkan kabar angin bertujuan mencetuskan keadaan huru-hara.Dengan hanya mengandaikan simbul "penyapu besar" membawa maksud kaum Melayu di sapu bersih serta beberapa isu lain telah menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum.Demi memastikan fikiran rakyat berjaya di rasuk BN dan UMNO akan menjadikan rakyat sebagai korban.Begitu juga selepas pilihan raya ke 12 apabila BN dan UMNO hilang 4 negeri malah tidak berjaya merampas Kelantan.Secara jelasnya BN dan UMNO telah mengulangi taktik yang sama.Kali ini rakyat Perak dijadikan kambing hitam bagi mencetuskan keadaan huru-hara walaupun tidak seperti 13 Mey yang lalu.Perkara negatif inilah yang akan berlaku sekiranya BN dan UMNO tumbang nanti.Mereka akan berusaha untuk menenggelamkan perkara positif yang akan dilakukan oleh pembangkang apabila berjaya menjadi kerajaan. Yang pasti BN dan UMNO tidak bersedia menghadapi pilihan raya 13 tetapi telah bersedia untuk melancarkan strategi jijiknya jika kalah pada pilihan raya itu nanti.Sama-sama kita nantikanya.
AWAS!!!UMNO dan strateginya...
Pilihan raya ke 13 semakin hampir.Ada yang tidak sabar menanti dan ada yang tidak sanggup untuk menghadapi.Bagi parti pembangkang mereka di lihat amat yakin dapat menguasai rakyat jika di lihat "trend" kepercayaan rakyat pada pilihan raya kecil seluruh negara.Namun,PR perlu berhati-hati dengan taktik dan strategi BN yang sekarang ini di lihat cuba memasang perangkap demi memastikan musuh terjerat.Ini tidak ubah seperti mereka cerita untuk memburukkan lawan.Antara strateginya adalah memainkan isu untuk menjalinkan hubungan dengan PAS,isu perkauman,isu curi pasir di selangor,mendakwa Dato' Sri Anwar sebagai agen CIA dan berbagai-bagai lagi isu yang terancang.PR perlu bijak menangani isu tersebut dan tidak terpengaruh dengan mereka.Disamping itu rakyat juga perlu menilai dengan teliti setiap isu sebelum mempercayainya.PR perlu memberi hujah yang kukuh dan maklumat yang tepat demi memastikan fikiran rakyat tidak diracuni dengan mudah.Bersiap sedialah untuk menghadapi pelbagai lagi skrip palsu dari UMNO.
Wednesday, June 30, 2010
Rahsia untuk berjaya semasa temuduga
Kepada fresgraduate yg bakal mendapat panggilan temuduga anda perlu tahu apakah soalan yang penting untuk anda jawab dengan yakin semasa sesi temuduga. Anda akan di minta memperkenalkan diri anda. Tiada kelebihan sangat pada sesi ini kerana semua calon bercerita perkara yang sama. Oleh itu anda perlu bersedia menjawab 3 soalan penting ini kerana soalan ini yang menjadi penilaian sebenar oleh panel penemuduga.
1)Apakah pengalaman kerja anda?
2)Kenapa syarikat perlu memilih anda dan apakah kelebihan anda dari orang lain?
3)Apakah idea anda untuk membantu syarikat? Ingat! setiap jawapan anda perlu di sokong dengan fakta agar panel lebih yakin dengan anda.
Inilah 3 soalan penting yang perlu anda jawab dengan penuh yakin dan berdasarkan jawapan anda untuk 3 soalan ini akan lebih mempengaruhi panel untuk memilih anda.
Semoga berjaya
1)Apakah pengalaman kerja anda?
2)Kenapa syarikat perlu memilih anda dan apakah kelebihan anda dari orang lain?
3)Apakah idea anda untuk membantu syarikat? Ingat! setiap jawapan anda perlu di sokong dengan fakta agar panel lebih yakin dengan anda.
Inilah 3 soalan penting yang perlu anda jawab dengan penuh yakin dan berdasarkan jawapan anda untuk 3 soalan ini akan lebih mempengaruhi panel untuk memilih anda.
Semoga berjaya
Mungkin sudah tiba masa Allah memberkati doa orang yang dizalimi.....
Doa dari orang yang dizalimi mudah di terima Alllah s.w.t. lebih-lebih lagi jika orang yang dizalimi itu adalah dikalangan orang-orang yang alim. Sekarang jika kita perhatikan terdapat keberkatan dari doa mereka yang dizalimi apabila Allah dengan kuasaNya telah menunjukan satu persatu kes rasuah melibatkan orang politik BN. sebagai contoh dalam kes yang melibatkan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz sebagaimana yang telah dilaporkan oleh UMNO Kelantan kepada SPRM tentang wujudnya rasuah dalam kerajaan Kelantan yang di pimpin oleh seoang yang bergelar Ulama. Namun setelah di siasat ternyata tiada kes yang tersangkut. Tuan Guru seringkali menyatakan kesediaan untuk pihak SPRM membuat siasatan 24 jam sehari serta 7 hari seminggu.Kini, sebaliknya berlaku apabila kes rasuah terbongkar satu demi satu di pihak Kerajaan pusat seperti kes PKFZ dan yang terbaru adalah kes rasuah melibatkan orang terkaya negeri Sarawak iaitu Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Sarawak Report. Kesangsian tentang aset dalam dan luar negara yang melebihi keupayaan sebenar Ketua menteri tersebut yang dianggarkan sebanyak RM 3 billion. Dengan hanya bergaji sekitar RM 20 ribu sebulan mana mungkin beliau mampu membina mahligai seperti seorng raja dengan pendapatan beliau. Apa pun tahniah kepada pembongkar dan pelapor kerana anda berani membawa kebenaran. Saya yakin anda bukanya berhasad dengki tapi anda sayangkan negeri anda dari terus dibolot mereka yang tamak.Syabas!!!!Inilah dikatakan keberkatan sudah di berikan. Syukur Ya Allah s.w.t.
Thursday, June 3, 2010
Budi-berbudi menyebabkan rasuah.
Aku tolong kau,kau tolong aku. Itulah maksud yang ingin aku sampaikan tentang tajuk perbicaraan aku kali ini.Bila mana kenalan digunakan untuk tujuan mendapatkan sesuatu akan menyebabkan rasuah akan berlaku.Sebagai contoh BERJAYA GROUP berjaya mendapatkan lesen judi bola bersempena Piala Dunia yang akan berlansung minggu depan. Semestinya ada pihak yang akan mendapat "sesuatu habuan" dari kelulusan tersebut. Ini kerana semua pihak telah bangkit bagi menentang isu tersebut. Syarikat tersebut yang sinonim dengan aktiviti perjudian berlesen akan terus kaya dengan hasil yang diperolehi dari kerugian orang lain terutama dari mereka yang terdesak menjadi kaya sekelip mata. Yang pasti mereka yang rugi lebih ramai daripada mereka yang akan kaya dengan permainan judi.Selain itu, kelulusan Awang Adek dalam bidang ekonomi boleh di sangkal kerana bercanggah dengan pendapat tokoh ekonomi barat yang mengatakan perjudian adalah bukan bentuk ekonomi yang baik malah tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang baik. Ini adalah kerana hasil yang diperolehi dari mereka yang kalah dan tidak mendapat apa-apa. Tetapi yang lebih jelas Islam telah menyatakan bahawa berjudi itu adalah haram dan merosakkan masyarakat. Ternyata mereka yang dikatakan cerdik dan terdidik ini lebih "BODOH" pemikiranya.
Sunday, May 9, 2010
Media Malaysia mengampu..
Bila ada pilihan raya kecil atau besar medialah yang paling cepat berkempen untuk parti pemerintah...sangat2 tak adil media kita...penakut nak cerita yang sebenar sampai sangggup tutup kebenaran..aku dah menyampah sangat dengan media kita..cara berfikir yang sempit tu pasal kita tak maju....kita patut berpegang berani kerana benar dan adil untuk semua parti yang bertanding..Jangan nak mengampu parti pemerintah sahaja meluat aku dengar....kalau takut letak je jawatan tu kemudian bagi kat orang yang berani menegakkan kebenaran dan keadilan.
Awang adek bangsat!!!!!!!
Apa nak jadi dengan Malaysia kita ni?yang haram di benarkan yang halal di larang...Judi bola nak dibenarkan kata si Awang bangsat. Mungkin juga si Awang bangsat yang nak main sangat judi tu..yang ada tak terkawal ni nak tambah lagi...sial punya Awang...Hasil yang haram nak dijadikan membangunkan sukan negara...woi bangsat rokok nak taja pun tak dibenarkan...nni kan pula dari hasil yang haram...Ciss ko Awang bangsat..muka pun tak bercahaya macam tulah idea orang jahil agama...
Tuesday, March 30, 2010
PRK-Hulu Selangor BN atau PR?
Sejarah menjadi petunjuk BN lebih selesa berbanding PR. Kerusi yang menjadi milik MIC untuk beberapa penggal hanya pernah terlepas 1 penggal pada PR 2008. Dengan kemenangan PR yang tidak di duga menerusi parti PKR yang meletakkan calon Melayu berjaya menewaskan G Palanivel sebagai penyandang sebelum itu. Jika dilihat pada PR sebelum ini kerusi itu menjadi milik PAS namun tidak pernah menang walaupun calonnya adalah popular dan cukup dikenali.Oleh itu, BN sudah tentu tahu punca kekalahan mereka pada PR 12 yang lepas.Ada beberapa kemungkinan yang boleh dijadikan faktor BN tewas dan PR menang.
1)Faktor pengaruh Dato Seri Anwar yang di lihat boleh menerajui Malaysi Ke arah lebih adil dan saksama.
2)PR menjadi gabungan yang mampu menerajui Malaysia dengan lebih berjaya.
3)Rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi semasa serta berasa terbeban dengan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi.
4)Rakyat mendapat informasi yang jelas dari penerangan penceramah PR tentang isu-isu semasa.
5)Pengundi Melayu memprotes calon India yang dilihat biadap terhadap tuntutan Hindraf.
Oleh yang demikian BN mahu pun PR perlu lebih agresif dalam gerak kerja parti kerana sukar untuk meramal perspektif pengundi ketika ini. Namun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dan ada individu yang mengatakan BN akan menang dengan majoriti yang besar kerana mengukur pada sejarah dan kemelot pemimpin lompat parti yang dihadapi oleh PKR.Kemungkinan jika calon dr PKR dipilih,pengundi akan berasa perkara yang sama akan berlaku kerana calon PKR yang sangat lemah semangat dan senang berpaling tadah. Apa pun kita bakal melihat PRK ini menjadi satu penunjuk kepada kedua-dua belah pihak demi "servival BN" dan "dreaming PR" dalam PR 13 nanti.
1)Faktor pengaruh Dato Seri Anwar yang di lihat boleh menerajui Malaysi Ke arah lebih adil dan saksama.
2)PR menjadi gabungan yang mampu menerajui Malaysia dengan lebih berjaya.
3)Rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi semasa serta berasa terbeban dengan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi.
4)Rakyat mendapat informasi yang jelas dari penerangan penceramah PR tentang isu-isu semasa.
5)Pengundi Melayu memprotes calon India yang dilihat biadap terhadap tuntutan Hindraf.
Oleh yang demikian BN mahu pun PR perlu lebih agresif dalam gerak kerja parti kerana sukar untuk meramal perspektif pengundi ketika ini. Namun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dan ada individu yang mengatakan BN akan menang dengan majoriti yang besar kerana mengukur pada sejarah dan kemelot pemimpin lompat parti yang dihadapi oleh PKR.Kemungkinan jika calon dr PKR dipilih,pengundi akan berasa perkara yang sama akan berlaku kerana calon PKR yang sangat lemah semangat dan senang berpaling tadah. Apa pun kita bakal melihat PRK ini menjadi satu penunjuk kepada kedua-dua belah pihak demi "servival BN" dan "dreaming PR" dalam PR 13 nanti.
Sunday, March 28, 2010
Jom heboh Kelantan.....tandas busuk sebagai warisan stadium lama?
Tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri dan TV3 di atas kejayaan karnival Jom Heboh pada Jumaat dan Sabtu lepas. Karnival yang julong kali diadakan itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Kelantan. Karnival itu memperlihatkan keterbukaan kerajaan negeri membenarkan konsert diadakan di Kelantan dengan berpandukan beberapa syarat mengikut ajaran Islam yang perlu dipatuhi oleh penganjur untuk memperlihatkan karnival tersebut di lihat berbeza dengan negeri-negeri lain. Saya secara peribadi dapat melihat ada berbezaan ketara karnival di Kelantan terutama bila melihat pengacara TV3 memakai tudung semasa lintas lansung di buat. Selain itu, pengasingan bagi lelaki,wanita dan keluarga juga amat positif bagi mengelakkan pergaulan bebas walaupun masih terdapat beberapa kelemahan lain yang perlu dibaiki pada masa depan. di sini juga saya ingin menegur kerajaan negeri dalam aspek kebersihan terutama tandas awam di stadium yang tersangat menjijikkan. Siapakah yang bertanggung jawab ke atas prasarana stadium tersebut?Jika ingin mengekalkan stadium itu sebagai bangunan sejarah sekalipun tak kan tandas yang rosak dan busuk pun nak di kekalkan juga?Kalau tandas awam VIP indah tak boleh ke indahkan juga tandas kami orang awam?Harap pihak berwajib bertindak segera.Duit kutipan bola sepak yang banyak hilang ke mana? Tak kan nak baiki tandas tak mampu kut?
Soi Lek ibarat batu besar di atas kepala PM

Keputusan pemilihan parti MCA semalam menjadi mimpi ngeri kepada BN dan UMNO khususnya. Kemenangan Soi Lek bakal menjadi beban kepada parti MCA dan seterusnya bakal membawa malapetaka besar kepada BN terutama kepada pengundi Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam yang menentang keras hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah walaupun Soi Lek penganut agama lain yang tidak menghukum bagi kesalahan bersekedudukan tanpa perkahwinan yang sah.Kemenangan tersebut akan juga memeningkkan Dato'seri Najib kerana mengikut tradisi Soi Lek mempunyai kouta dalam kabinet. Ini akan menyebabkan mantan presiden sebelum ini perlu meletak jawatan bagi membolehkan Soi lek menggantikan beliau. Jika perkara tersebut berlaku pembangkang bakal memgunakan isu tersebut sebagai melabelkan BN parti "BUDAYA KUNING" seterusnya akan mengcalitkan najis kepada UMNO sebagai menyokong "BUDAYA KUNING" yang di bawa oleh Soi Lek.Ini akan menjadi satu pandang negetif di mata rakyat dan mereka akan mempersoalkan moral pemimpin mereka dan akan menjadikan alasan untuk meraka menghalakan yang haram. Saya percaya wanita dari masyarakat Cina di Malaysia juga tidak akan setuju dengan istilah "Wanita Simpanan" menjadi satu budaya yang di bawa oleh Soi Lek. Memang benar akan ada yang tidak kisah atau mengibaratkan diri mereka sebagai "Sporting" tetapi hanya mereka yang rendah moral dan akidah sahaja yang tidak akan memandang berat isu tersebut.Masyakat Malaysia bukan kolot tetapi ingin memelihara sistem kekeluargaan yang harmoni demi keredhoan dunia akhirat terutamanya bagi masyarakat Melayu yang majoritinya Islam.
Tuesday, March 23, 2010
Ungkit mengunkit
Dalam pilihan raya, janji akan di tabur oleh setiap wakil yang bertanding dalam pelbagai bentuk untuk menarik sokongan pengundi. Bagi pengundi mereka akan berharap pada wakil yang boleh bekerja dan membantu mereka membina masa depan yang lebih baik dari pelbagai sudut seperti sosial,pembangunan, berekonomi dan sebagainya. Namun persoalanya perlukah seorang wakil rakyat yang di pilih itu mengungkit apa yang telah beliau lakukan sepanjang menjadi wakil rakyat? Seperti mana Dato' Mustapha Muhammad mengunkit-ngunkit jasa beliau dalam meluluskan beberapa peruntukkan di Kelantan. Meluluskan adalah satu tugas beliau sebagai menteri bertanggungjawab berkenaan kewangan negara. Jadi jika beliau tidak mahu meluluskan bermakna beliau tak bertanggungjawab pada tugas yang telah diamanahkan jika permohonan itu tiada masalah dan perlu kelulusan segera demi kepentingan rakyat. Oleh itu, tidak perlulah mengunkit jika ingin terus menjadi wakil rakyat. Ingat anda hanya "WAKIL RAKYAT" yang hanya mengurus harta negara. Tugas anda rakyat bayar gaji bukan kerja percuma siap claim over time dan banyak lagi ganjaran anda dapat dengan menjadi wakil rakyat.
Islam suci umat bagaimana?
Pas merupakan satu parti yang dikatakan memperjuangkan Islam di Malaysia. Dengan motonya membangun bersama Islam amatlah molek di dengar. Akan tetapi ada perkara yang mencacatkan yang molek itu apabila perkara yang berkaitan dengan Islam tidak di bendung antaranya dari aspek kebersihan alam sekitar, tandas awam, gerai-gerai makan dan sebagainya di lihat masih berada pada takuk lama. Dengan kuasa yang ada kerajaan negeri perlu memperhebatkan usaha untuk menukar minda rakyat Kelantan agar menitik beratkan kebersihan diri dan alam sekitar. Ini penting untuk menjadi sebuah kerajaan Islam yang lengkap dari pelbagai sudut. Justeru itu, badan- badan kerajaan harus di gerakkan bagi mencapai matlamat tersebut dan para pemimpin yang di angkat juga haruslah memainkan peranan penting dalam mengubah pemikiran rakyat kearah kebersihan yang mutlak.
Dok Koya Jadi Kayo
Alahai pemimpin...yg cerdik pandai, berjawatan, ternama dan sebagainya di angkat jadi pemimpin tapi bila dah jadi pemimpin mula la nampak betapa bodohnya mereka. Mana taknya keja tak buat sebok melompat...aku rasa tak guna ada Parlimen bila Akta atau undang2 yang di luluskn tak di turuti..nilah bila undang2 cptaan manusia blh di pnda bl suka dan blh di ertikan dengan pelbagai rupa dan maksud. Jadi tak gunalah adkan pilihan raya dan tak payah susah2 usung bakal calon bertanding jika semua bakal pemimpin "Dok Koya Jadi Kayo". 1Malaysia=rakyat mapuh dulu kerajae kemudie
Wednesday, March 3, 2010
Awang Adek tak sedar diri

Salam sahabat,Awang Adek yang tak tahu malu terus memburukkan diri beliau sendiri akibat tindakkan beliau merampas tugas TGNA dalam acara pelepasan LTD Langkawi tempoh hari. Inikah perangai cerdik pandai yang wajar dijadikan "ROLE MODEL"? Patutkah kita mengangkat beliau menjadi MB Kelantan? Sudahlah tak hormat MP TGNA sebagai Ketua Kerajaan pilihan rakyat. Bermakna rakyat lagilah akan dibiarkan. "Moto Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" perlukan di tukar kepada "Rakyat Mampus Dahulu Kerajaan Kemudian" lebih tepat rasanya.
Sunday, February 28, 2010
PKR-PARTI KHIANAT RAKYAT
Hari ini merupakan hari malang berterusan bagi Parti Keadilan Rakyat(PKR). Ini berikutan pengumuman keluar parti oleh mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Muhamad Fairuz Khairuddin dan menyertai UMNO. Ini merupakan peristiwa yang tiada kesudahan di mana ahli pasti atau pemimpin PKR keluar parti atas alasan "hilang kepercayaan" kepada parti. Setiap mereka menggunakan alasan atas isu sensitif sebagai menghalalkan tidakan keluar parti selain untuk memburukkan parti. Perjuangan bagaikan tiada nilai bagi mereka kerana dengan mudah mengkhianati parti. Secara realiti, parti pembangkang akan menghadapi situasi ini dan menjadi perkara mustahil pemimpin kerajaan menukar menyokong parti pembangkang. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato Mustaffa Ali ketika Dato Seri Anwar mengimpikan "16 Seprember ke Putrajaya". Saya sendiri tidak percaya serta bersetuju dengan Dato Mustaffa Ali. Selain itu saya sebagai rakyat biasa tidak percaya kepada keikhlasan pemimpin dalam PKR yang rata-rata mereka adalah bekas pemimpin UMNO. Mereka juga dari golongan elit yang mungkin "berkepentingan sesuatu". Kerap saya mengatakan kepada rakan-rakan saya bahawa saya tidak yakin pada pemimpin PKR atas alasan mereka mudah berubah serta mempunyai harga diri yang rendah selain iman yang nipis dan mempunyai selera yang tinggi kerana mereka tidak berjaya mengawal "nafsu untuk sesuatu". Saya menyokong kenyataan saudara Zukri Aksah dalam tulisan beliau yang bertajuk warkah untuk saudara Anwar dalam Harakahdaily online. Dalam tulisan beliau menegaskan bahawa Anwar silap mengangkat kawan lama dan membiarkan muka baru yang berpotensi serta sifat kesetiaan yang tinggi.Jesturu itu, Dato Seri Anwar harus berubah dan berani mengangkat muka baru dan memberi peluang mereka untuk mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Saya buat masa ini hanya yakin dengan pemimpin Pas yang utuh iman mereka dalam menghadapi liku-liku perjuangan.Syabas Tuan Guru Nik Aziz kerana berjaya memimpin rakyat dan pemimpin parti.
Sunday, February 21, 2010
Tok Pa...Penjelasan lemah
Penjelasan Tok Pa di Perkarangan Bangunan UMNO Kota Bharu sangat lemah dalam isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.
Tok Pa menyediakan slide show tentang kawasan yg bertndih tetapi tidak menyatakan kedudukan ketiga-tiga telaga yangg bertindih. Dengan hanya melorekan kawasan, sukar untuk mempercayai penjelasan Tok Pa. Hanya telaga gas sahaja yang ditunjukan tanda "Dot Merah".Persoalan ialah dimanakah kedudukan "Dot Merah" untuk ketiga-tiga telaga yang bertindih itu?Adakah berada pada jarak lebih 3 batu nautika atau berada dalam 3 batu nautika?
Tentang akta yang ditunjukan tentang istilah "Royalti" tiada dalam perjanjian dan hanya menyebut "Bayaran Tunai" juga menjadi isu Tok Pa. Istilah ini tidak sepatutnya menjadi penghalang utama sekiranya Tok Pa faham akan undang-undang.Royalti digunakan di Sabah, Sarawak dan Terengganu tetapi kenapa tidak di Kelantan?Rakyat tahu perbezaan pembayaran Royalti atau Bayaran Tunai kepada Kerajaan Kelantan tetapi Wang Ehsan saluranya antara UMNO atau JPP.Itu adalah perbezaan yang ketara. Untuk terus mengelak bayaran terus kepada kerajaan Kelantan Tok Pa dan Kerajaan Pusat terus menukar makna, maksud undang-undang tersebut.
Seterusnya,Royalti @ Bayaran tunai telah dinyatakan secara jelas bahawa bayaran terus kepada Kerajaan Negeri bukan JPP.Oleh itu Tok Pa dapat dilihat sebagai buta undang-undang atau sengaja buat buta dan tidak faham.Kami amat marah bila seorang menteri dari Kelantan cuba menghalang hak rakyat Kelantan.Sejarah membuktikan Kerajaan pusat telah melanggar akta ke atas Kerajaan Pas terengganu dengan menukar royalti kepada wang ehsan.Fikirlah dengan akal fikiran anda.
Tok Pa menyediakan slide show tentang kawasan yg bertndih tetapi tidak menyatakan kedudukan ketiga-tiga telaga yangg bertindih. Dengan hanya melorekan kawasan, sukar untuk mempercayai penjelasan Tok Pa. Hanya telaga gas sahaja yang ditunjukan tanda "Dot Merah".Persoalan ialah dimanakah kedudukan "Dot Merah" untuk ketiga-tiga telaga yang bertindih itu?Adakah berada pada jarak lebih 3 batu nautika atau berada dalam 3 batu nautika?
Tentang akta yang ditunjukan tentang istilah "Royalti" tiada dalam perjanjian dan hanya menyebut "Bayaran Tunai" juga menjadi isu Tok Pa. Istilah ini tidak sepatutnya menjadi penghalang utama sekiranya Tok Pa faham akan undang-undang.Royalti digunakan di Sabah, Sarawak dan Terengganu tetapi kenapa tidak di Kelantan?Rakyat tahu perbezaan pembayaran Royalti atau Bayaran Tunai kepada Kerajaan Kelantan tetapi Wang Ehsan saluranya antara UMNO atau JPP.Itu adalah perbezaan yang ketara. Untuk terus mengelak bayaran terus kepada kerajaan Kelantan Tok Pa dan Kerajaan Pusat terus menukar makna, maksud undang-undang tersebut.
Seterusnya,Royalti @ Bayaran tunai telah dinyatakan secara jelas bahawa bayaran terus kepada Kerajaan Negeri bukan JPP.Oleh itu Tok Pa dapat dilihat sebagai buta undang-undang atau sengaja buat buta dan tidak faham.Kami amat marah bila seorang menteri dari Kelantan cuba menghalang hak rakyat Kelantan.Sejarah membuktikan Kerajaan pusat telah melanggar akta ke atas Kerajaan Pas terengganu dengan menukar royalti kepada wang ehsan.Fikirlah dengan akal fikiran anda.
Thursday, February 18, 2010
YB kulim bandar baru......kebodohan mengatasi jiwa
Askum Yb,pada mula penglibatan Yb amt sy kagumi.tetapi kini sy mula sangsi terhadap penyataan Yb.
1) Yb mengatakan bahawa Yb pejuang Islam tetapi knp YB memilih parti PKR utk berjuang agama Islam?sedangkan Yb sedia th PKR parti majmuk.knp tidak terus bersama PAS?
2) Yb seolah cuba mengeruhkan keadaan PR dlm ms rakyat cuba memilih PR.
3) Yb menyeru TGNA melihat sejarah yg seolah2 YB bermaksud TGNA menghalalkan lompat pati setelah TGNA mengeluarkan kenyataan org yg lompat parti seorg tidak beramanah pada rakyat yg memilih.
4) Th kah Yb Allah mengatakan Dia adalah Tuhan Makhluk di bumi? jd isu Kalimah Allah akan berbeza fahaman & kepercayaan masing2.tetapi Islam adalah agama Allah yg Esa.
5)Berapakalikah Yb menyeru untuk agama Islam kpd rakyat di kwsn Yb jika nk di bandingkan Yb dr PAS?
6) di mnkah keslahn Yb Khalid samad yb membuatkan Yb melenting?pd hal dia lebh banyak usaha utk mempertahankan Islam berbanding Yb.
7) PR ada strategi tp strategi itu akan rosak bila kelantangan Yb tidak terkawal.
8) ingat Yb rakyat memilih Yb krn PR bkn semata2 dr Yb shj.
9) sejrh membuktikan TGNA berjaya mengharungi sepak terajang politik selama 20thn memerintah Kelantan dgn penuh keimanan yg tinggi demi agama Islam.Yb blm leps 1 penggal.
10)akhir skali wlpn Yb belajr tinggi sifat bodoh tetap ada dlm setiap org....jd jgn biarkan kebodohan mengatasi jiwa.
1) Yb mengatakan bahawa Yb pejuang Islam tetapi knp YB memilih parti PKR utk berjuang agama Islam?sedangkan Yb sedia th PKR parti majmuk.knp tidak terus bersama PAS?
2) Yb seolah cuba mengeruhkan keadaan PR dlm ms rakyat cuba memilih PR.
3) Yb menyeru TGNA melihat sejarah yg seolah2 YB bermaksud TGNA menghalalkan lompat pati setelah TGNA mengeluarkan kenyataan org yg lompat parti seorg tidak beramanah pada rakyat yg memilih.
4) Th kah Yb Allah mengatakan Dia adalah Tuhan Makhluk di bumi? jd isu Kalimah Allah akan berbeza fahaman & kepercayaan masing2.tetapi Islam adalah agama Allah yg Esa.
5)Berapakalikah Yb menyeru untuk agama Islam kpd rakyat di kwsn Yb jika nk di bandingkan Yb dr PAS?
6) di mnkah keslahn Yb Khalid samad yb membuatkan Yb melenting?pd hal dia lebh banyak usaha utk mempertahankan Islam berbanding Yb.
7) PR ada strategi tp strategi itu akan rosak bila kelantangan Yb tidak terkawal.
8) ingat Yb rakyat memilih Yb krn PR bkn semata2 dr Yb shj.
9) sejrh membuktikan TGNA berjaya mengharungi sepak terajang politik selama 20thn memerintah Kelantan dgn penuh keimanan yg tinggi demi agama Islam.Yb blm leps 1 penggal.
10)akhir skali wlpn Yb belajr tinggi sifat bodoh tetap ada dlm setiap org....jd jgn biarkan kebodohan mengatasi jiwa.
Sunday, February 14, 2010
Kerajaan potong peruntukan universiti n sume sekolah...
mcm mn ni peruntukan kena potong?kt stabil?
Jgn la tpu rakyat lg....
patut la tak nak bg royalti kelantan....
Ape dh jd ni Pak Najib?
patut gak la polis.jpj.trafik asyik menyaman je skrg ni?
dorang maybe "Ada Target saman" ni per individu.....
berhati2 lah rakyat kerajaan tengah pokai ni.....
Jgn la tpu rakyat lg....
patut la tak nak bg royalti kelantan....
Ape dh jd ni Pak Najib?
patut gak la polis.jpj.trafik asyik menyaman je skrg ni?
dorang maybe "Ada Target saman" ni per individu.....
berhati2 lah rakyat kerajaan tengah pokai ni.....
Monday, February 8, 2010
Islam perlukan cendikiawan bercakap tahu buat.....
sambungan......
ada beberapa isu yang menjadi saya hairan tentang cendikiawan kita sama ada dalam bidang akademik dan bidang agama.
1) Isu umat Islam miskin dan merempat
2) Isu halal haram pemakanan kita
3) Isu keruntuhan akhlak dan akidah umat Islam
4) Isu sosial
Di negara kita umat Islam berada pada ranking pertama miskin tegar. Tetapi bagi saya itu tidak mustahil apabila kita menjadi kaum majoriti di negara ini. tetapi yang menjadi persoalan dengan majoriti yang ramai kita mendapat hasil zakat yang banyak jumlahnya setiap tahun. Kutipan zakat yang diperolehi jutaan ringgit akan tetapi bantuan yang di terima individu yang layak hanya cukup makan dan tidak banyak membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Ini bukan bermakna saya akan menyarankan pusat zakat menambah nilai bantuan tetapi saya akan menyarankan beberapa pendekatan baru yang lebih praktikel untuk menbantu golongan tersebut. Pertama, ada di kalangan miskin tegar tidak memiliki rumah sebagaimana seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertajuk "Setinggan Masjid". Pada saya jika mereka ini di beri rumah secara automatik bebanan mereka akan berkurang dan membantu mereka untuk membina semula kehidupan. Ini kerana terdapat miskin tegar yang merempat di negara sendiri malah lebih menyedihkan mereka adalah umat Islam Malaysia. Rumah adalah asas untuk perlindungan manusia.Adalah lebih baik agihan zakat di ubah dari memberi tunai yang hanya dapat membeli keperluan asas kepada pemberian sebuah rumah untuk mereka yang masih belum memiliki rumah sendiri.
ada beberapa isu yang menjadi saya hairan tentang cendikiawan kita sama ada dalam bidang akademik dan bidang agama.
1) Isu umat Islam miskin dan merempat
2) Isu halal haram pemakanan kita
3) Isu keruntuhan akhlak dan akidah umat Islam
4) Isu sosial
Di negara kita umat Islam berada pada ranking pertama miskin tegar. Tetapi bagi saya itu tidak mustahil apabila kita menjadi kaum majoriti di negara ini. tetapi yang menjadi persoalan dengan majoriti yang ramai kita mendapat hasil zakat yang banyak jumlahnya setiap tahun. Kutipan zakat yang diperolehi jutaan ringgit akan tetapi bantuan yang di terima individu yang layak hanya cukup makan dan tidak banyak membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan. Ini bukan bermakna saya akan menyarankan pusat zakat menambah nilai bantuan tetapi saya akan menyarankan beberapa pendekatan baru yang lebih praktikel untuk menbantu golongan tersebut. Pertama, ada di kalangan miskin tegar tidak memiliki rumah sebagaimana seperti yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertajuk "Setinggan Masjid". Pada saya jika mereka ini di beri rumah secara automatik bebanan mereka akan berkurang dan membantu mereka untuk membina semula kehidupan. Ini kerana terdapat miskin tegar yang merempat di negara sendiri malah lebih menyedihkan mereka adalah umat Islam Malaysia. Rumah adalah asas untuk perlindungan manusia.Adalah lebih baik agihan zakat di ubah dari memberi tunai yang hanya dapat membeli keperluan asas kepada pemberian sebuah rumah untuk mereka yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Wednesday, January 27, 2010
Islam perlukan cendikiawan bercakap tahu buat.....
Kita mempunyai cendikiawan yang ramai tetapi semuanya hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu buat. Bila bercakap tentang halal haram makanan kita yang di makan setiap hari terlalu banyak haramnya dalam kandungan bahan makanan tersebut. Sama juga dalam beberapa bidang lain yang mana kita beli dari orang lain. Dengan kuasa yang ada kita tetap terkebelakang dari jiran dan pesaing.Selain itu, bila bercakap tentang isu pembangunan sosial kita belum mampu mengatasinya malah terus di perlekehkan oleh pesaing kita. Sebagai contoh yang mungkin boleh dijadikan contoh adalah tahap sosial yang tinggi dan terus meningkat, kemiskinan tegar dan sebagainya. Islam telah menggariskan cari dan strategi yang boleh membantu kita mengatasi setiap masalah tersebut tetapi umat Islam sendiri tidak melaksanakan kaedah tersebut. Jika di gunakan duit dari sumber zakat sudah tentu si miskin tegar akan dapat dihapuskan dan jika pendidikan Islam diperkasakan sudah tentu pemahaman tentang setiap perkara difahami. Malah jika cendikiawan dapat menerbitkan dan menterjemahkan setiap ilmu dari apa yang dia tahu seterusnya berani mencubanya sudah tentu yang susah akan jadi senang, yang ada akan tiada dan yang tiada akan ada harapan jika cendikiaan kita tahu buat selepas bercakap.
Hanya bangga pada sejarah tetapi tiada kesinambungan.........
Berbangga pada sejarah semata-mata akan hanya merugikan kita. Sering kita diceritakan dalam ceramah, diskusi dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi tentang kemegahan sejarah kita yang lalu. Bukan berti saya menidakan kepentingan sejarah tetapi persoalan yang timbul dalam pemikiran saya adalah bila memikirkan sejarah akan menjadi memorial dan pengembangan tidak berlaku pada generasi baru umat Islam seperti mana apa yang terpahat dalam sejarah lama.Justeru itu, persoalan akan di tanya oleh akal saya kenapa tiada pengembangan yang seterusnya untuk mencipta sejarah kegemilangan yang baru? Siapa yang bersalah dalam hal ini? Kita ada Ibnu Khaldun,ibnu sinar sebagai bapa kedoktoran pada sejarah lalu tetapi siapakah akan terpahat namanya untuk sejarah baru? Apakah sistem pendidikan kita masih kolot? atau kita hanya akan mencipta sejarah baru yang hanya menaikan nama sebagai pendaki Everest,pengayuh basikal mengelilingi dunia,dan apa bidang yang kurang memberi faedah kepada umat manusia akan datang.Olek kerana itu, kita perlu menumpukan penerokaan dalam bidang yang lebih berfaedah dari segalanya. ini kerana sejarah yang bakal tercipta itu pasti lebih bermakna untuk di megahkan.
Subscribe to:
Comments (Atom)