Saturday, October 23, 2010

Pilihan Raya Umum Ke 13:BN @ PR?

Kali ini Aku dan Akal ingin mengupas tentang Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal menyusul.Apakah perubahan kepimpinan negara kita akan berlaku atau mengekalkan kuasa pada pemimpin sedia ada?Persoalan ini selalunya akan diutarakan oleh setiap individu dalam setiap golongan.Malah golongan yang lebih gusar adalah dari kalangan para pelabur baik dari dalam dan luar negara.Ada yang suka jika perubahan berlaku dan ada juga yang tidak mahu pertukaran pemerintah bertukar tangan.Apa pun di kalangan rakyat yang setia dengan parti pemerintah mereka tetap yakin mereka tidak akan tumbang namun bagi golongan yang menentang dan ingin melihat perubahan berlaku mereka juga berkeyakinan tinggi parti mereka akan menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Begitu juga para penganalisis mempunyai dua pandangan yang sama seperti mana dua golongan tersebut.Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat andaian.Antaranya dengan mengambil keputusan dalam setiap pilihan raya terdahulu.Rekod yang tercatat boleh diambil kira untuk dianalisa dan seterusnya dibuat andaian oleh setiap golongan termasuk parti-parti yang bertanding.Selain itu,setiap isu-isu yang berlaku juga boleh dijadikan bahan analisa.Ini kerana terdapat beberapa isu yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi baik isu dari pihak pemerintah mahupun pembangkang dan bagi pengundi atas pagar isu-isu besar akan menjadi penentu mereka pilih siapa.Seterusnya faktor bakal calon juga boleh diambil kira kerana dengan perkembangan pendidikan negara rakyat lebih cerdik memilih pemimpin mereka.Sesetengah mereka menilai dari sudut kualiti kepimpinan seseorang calon.Jika parti mengekalkan pemimpin bermasalah sudah pasti mereka akan di tolak rakyat dalam pilihan raya kali ini.Ini terbukti dalam beberapa pilihan raya lepas di mana Dato S. Samy Vellu,Dato Koh Su Koon tumbang di kubu kuat beliau sendiri.Apakah mereka tidak berjasa selama ini?Jasa memeka mungkin banyak tapi mungkin rakyat tidak merasai nikmat tersebut kerana jasa tersebut hanya berlegar pada kroni dan "anak buah" sahaja.Ini lah dikatakan kualiti yang akan dinilai rakyat dalam pilihan raya nanti.Rakyat dahagakan seorang pemimpin yang telus dan sentiasa dekat dengan mereka.Walauapapun keputusanya nanti perubahan mesti berlaku baik daripada parti pemerintah sedia ada jika mereka masih mengekalkan kuasa manakala jika rakyat memilih pembangkang,perubahan yang di"gahkan" perlu di kotakan.Apapun, pilihlah dengan bijak melalui kemudahan akal yang dianugerahkan Allah s.w.t untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment