Sunday, February 28, 2010
PKR-PARTI KHIANAT RAKYAT
Hari ini merupakan hari malang berterusan bagi Parti Keadilan Rakyat(PKR). Ini berikutan pengumuman keluar parti oleh mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Muhamad Fairuz Khairuddin dan menyertai UMNO. Ini merupakan peristiwa yang tiada kesudahan di mana ahli pasti atau pemimpin PKR keluar parti atas alasan "hilang kepercayaan" kepada parti. Setiap mereka menggunakan alasan atas isu sensitif sebagai menghalalkan tidakan keluar parti selain untuk memburukkan parti. Perjuangan bagaikan tiada nilai bagi mereka kerana dengan mudah mengkhianati parti. Secara realiti, parti pembangkang akan menghadapi situasi ini dan menjadi perkara mustahil pemimpin kerajaan menukar menyokong parti pembangkang. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato Mustaffa Ali ketika Dato Seri Anwar mengimpikan "16 Seprember ke Putrajaya". Saya sendiri tidak percaya serta bersetuju dengan Dato Mustaffa Ali. Selain itu saya sebagai rakyat biasa tidak percaya kepada keikhlasan pemimpin dalam PKR yang rata-rata mereka adalah bekas pemimpin UMNO. Mereka juga dari golongan elit yang mungkin "berkepentingan sesuatu". Kerap saya mengatakan kepada rakan-rakan saya bahawa saya tidak yakin pada pemimpin PKR atas alasan mereka mudah berubah serta mempunyai harga diri yang rendah selain iman yang nipis dan mempunyai selera yang tinggi kerana mereka tidak berjaya mengawal "nafsu untuk sesuatu". Saya menyokong kenyataan saudara Zukri Aksah dalam tulisan beliau yang bertajuk warkah untuk saudara Anwar dalam Harakahdaily online. Dalam tulisan beliau menegaskan bahawa Anwar silap mengangkat kawan lama dan membiarkan muka baru yang berpotensi serta sifat kesetiaan yang tinggi.Jesturu itu, Dato Seri Anwar harus berubah dan berani mengangkat muka baru dan memberi peluang mereka untuk mengutip pengalaman sebanyak mungkin. Saya buat masa ini hanya yakin dengan pemimpin Pas yang utuh iman mereka dalam menghadapi liku-liku perjuangan.Syabas Tuan Guru Nik Aziz kerana berjaya memimpin rakyat dan pemimpin parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment