Salam kepada pasukan Kelantan yang terkenal sebagai "The Red Warrior" kerana berjaya mencipta rekod setelah 89 tahun menanti.Ini merupakan satu detik yang mungkin membuka semangat baru kepada penyokong Kelantan yang begitu bersemangat menjadi pemain ke 12 bagi menguatkan semangat pasukan yang bermain di atas padang.Namun sebelum dan selepas mencapai kemenangan,media massa sentiasa "menegatifkan"penyokong Kelantan.Keadaan ini tidak begitu adil kerana setiap negeri mempunyaiindividu yang tidak bertanggungjawab dan sering melakukan perkara yang merosakkan harta benda awam.Oleh yang demiakian tidak semua penyokong Kelantan "pembakar kerusi" stadium.Seperti laporan Harian Metro yang memburukan penyokong Kelantan yang membaling kerusi walhal gambar yang dipaparkan ternyata penyokong lawan yang sedang memegang kerusi.Ini adalah satu provokasi yang jelas ingin menjatuhkan maruah sebelah pihak.Tidak dinafikan ada segelintir penyokong Kelantan yang berbuat demikian tapi biarlah adil dalam setiap tindakan buruk penyokong kerana penyokong negeri lain juga ada yang tidak bertamadun.Media perlu bijak dalam setiap laporan agar tidak menguris hati mereka yang tidak terlibat dalam perbuatan buruk tersebut malah jumlah mereka yang menonton dengan penuh semangat kesukanan adalah jauh lebih ramai.Walaupun pepatah ada menyatakan "nila setitik rosak susu sebelanga" tapi sebagai manusia yang berpendidikan dan berpengetauan kita perlu lebih peka dengan maruah dan perasaan mereka yang tidak terlibat.
No comments:
Post a Comment