Wednesday, September 22, 2010

Berfikir secara terbalik......

Aku terfikir tentang suatu perkara yang membuat aku dan akal mula ingin mencari idea menulis.Kali ni aku terfikir tentang perkara yang barang kali menjadi lumrah masyarakat kita dari dulu hingga sekarang ini.Apakah perkara tersebut?Ini berkenaan dengan budaya "berfikir terbalik".Bukan bahasa mahupun longat yang dimaksudkan tapi sebenarnya adalah dari segi pemikiran yang selalu diterbalikan.Mungkin anda masih kurang faham apa yang aku dan akal nak maksudkan.Secara mudahnya aku dan akal akan memberi contoh untuk membantu para pembaca memahaminya.Contoh pertama adalah melibatkan isu bahasa dalam pendidikan yang hangat diperdebatkan suatu ketika dulu.Apabila pemikiran mereka terbalik Bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang tiada nilai untuk tujuan pembelajaran.Mereka mengatakan untuk menjadi lebih global dan maju mata pelajaran Matematik dan Sains mesti di ajar dalam bahasa English.Kenapa kita perlu berfikir begitu?Adakah betul?Apakah buktinya Bahasa English akan memajukan kita?Aku dan akal amat sukar mempercayainya kerana secara teorinya pun mata pelajaran tersebut bukannya banyak menggunakan bahasa.Jika kita tidak memahami mata pelajaran tersebut kita akan lebih sukar untuk mengaplikasinya secara sendiri.Apapun aku dan akal bersyukur segalanya kembali normal.Tahniah kepada para pejuang bahasa yang berjaya mengembalikan Bahasa Melayu dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.Inilah apa yang aku dan akal berfikir tentang pemikiran sesetengah pemimpin kita yang berfikiran terbalik.Seterusnya kita lihat dalam isu Royalti minyak Kelantan yang dinafikan mentah-mentah oleh mereka yang berfikir terbalik.Apa tidaknya,mereka seolah-olah cuba untuk tidak mahu membayar royalti itu mengikut apa yang tergandung dalam akta petroleum negara di antara Petronas dan negeri yang terlibat. Jika mereka tidak berfikir terbalik mereka akan lebih menghormati hak rakyat lebih dari segala-galanya.Selain isu minyak,yang lebih "baghal" bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramali adalah bila mana ISA menjadi tohmahan di atas penggunaanya yang di anggap zalim kerana penahanan tahanan tanpa bicara dan sukar untuk memastikan keadilan tertegak.Bila hukum Islam di anggap zalim bagaimana pula akta ISA boleh di laksankan?Adakah ianya tidak zalim?Jadi inilah yang cuba aku dan akal cuba rungkai pemikiran yang dikatakan terbalik.Banyak lagi contoh-contoh yang yang boleh anda lihat di sekeliling kita.Adakah kita akan biarkan mereka terus berfikir terbalik?Mereka sanggup berfikir songsang kerana ingin menjaga kuasa mereka dan ideologi sahaja.Oleh itu kita harus bersedia mengubah pemikiran mereka agar generasi akan datang tidak terus berfikiran terbalik demi agama,bangsa dan negara.Justeru itu,nilailah betul-betul pemikiran mereka sebelum anda mempercayainya.Kita dianugerahkan akal fikiran yang membantu kita berfikir dengan rasional sebelum buat keputusan.Ambillah masa memahami setiap ucapan dan pelaksanaan sesuatu perkara dari mereka yang selalu berfikir terbalik.

No comments:

Post a Comment