Friday, October 8, 2010

UMNO perlu buktikan perpaduan dan PAS perlu hadiahkan kemenangan kepada Ku Li sebagai tanda terima Kasih atas sokongan Ku Li ......

Pilihan raya kecil DUN Galas bakal berlansung pada 4 November ini melibatkan PAS dan UMNO.Kedua-dua parti Melayu ini mempunyai peluang sama rata.Calon bagi mewakili parti masing-masing masih dirahsiakan.Namun kepimpinan Pemuda UMNO telah sebulat suara menyokong Tengku Razaligh Hamzah yang dikenali sebagai Ku Li manakala PAS masih lagi menyembunyikan calon ang bakal diumumkan.Jika Ku Li menerima sahutan dari Pemuda UMNO Kelantan ini akan menjejaskan peluang PAS mempertahankan kerusi tersebut.Dengan reputasi dan kredibili Ku Li sebagai Ahli Parlimen Gua Musang peluang untuk merampas kerusi tersebut agak cerah.Sesiapa pun calon PAS nanti tidak akan menjejaskan sokongan terhadap Ku Li.Walau apapun, kenyataan Tok Guru Nik Aziz terhadap saranan dari Pemuda UMNO Kelantan yang mahukan KU Li sebagai calon yang menyatakan bahawa kalangan UMNO hanya mahu menjatuhkan maruah Ku Li semata-mata kerana seorang bekas menteri ditakrifkan sebagai "turun pangkat" dan ini amat mengaibkan kredibiliti Ku Li sebagai seorang yang dihormati kawan dan lawan.Sebaliknya,kita juga dapat mentafsirkan bahawa PAS berasa tergugat jika Ku Li dilantik sebagai calon BN nanti.Kemungkinan peluang akan menjadi 60% UMNO manakala PAS 50% di atas kerta akibat pengaruh Ku Li di kawasan Gua Musang.Sungguh pun begitu,pertandingan tetap akan sengit.Disini juga kita dapat melihat isu perpaduan parti UMNO dan PAS dihidupkan kembali.PAS menuntuk UMNO membuktikan hasrat untuk mengukuhkan perpaduan dengan tidak bertanding dan memberi kerusi tersebut kepada PAS kerana kedua-dua parti tersebut adalah Melayu.Ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO membuktikan bahawasanya mereka bersungguh-sungguh untuk bersatu dengan PAS dan seterusnya mengelak pembaziran wang rakyat.Sebaliknya jika UMNO tetap mahu bertanding rakyat akan berkata perpaduan yang dihulurkan kepada PAS hanya satu retorik malah UMNO hanya mahu memerangkap PAS semata-mata seterusnya dapat menyelamatkan UMNO untuk terus memerintah.PAS mungkin juga boleh membatalkan hasrat untuk bertanding jika Ku Li dicalonkan nanti.Ianya boleh di anggap sebagai hadiah dari PAS di atas sokongan Ku Li terhadap isu tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan.Dengan ini,reputasi PAS akan lebih dihormati.Jika ini berlaku,UMNO akan melihat keakraban di antara Ku Li dan Kerajaan Negeri sangat rapat dan sedikit sebanyak akan menarik perhatian rakyat di Gua Musang seterusnya akan menarik sokongan kepada PAS dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.Penyokong setia Ku Li akan melihat PAS adalah rakan baru kepada Ku Li dan mereka mungkin akan membalas jasa PAS di pilihan raya ke 13 nanti.Apapun kita perlu menanti siapakah calon bagi kedua-dua parti tersebut.Yang pasti majoriti sebanyak 646 tidak boleh dijadikan kayu pengukur PAS akan berjaya mengekalkan kerusi tersebut.Ini adalah pilihan raya kecil yang mempunyi halangan yang tidak sama jika dibandingkan dengan pilihan raya umum.Justeru itu,sukar untuk di buat andaian siapakah akan memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil itu nanti.

No comments:

Post a Comment