Sunday, March 28, 2010

Jom heboh Kelantan.....tandas busuk sebagai warisan stadium lama?

Tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri dan TV3 di atas kejayaan karnival Jom Heboh pada Jumaat dan Sabtu lepas. Karnival yang julong kali diadakan itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Kelantan. Karnival itu memperlihatkan keterbukaan kerajaan negeri membenarkan konsert diadakan di Kelantan dengan berpandukan beberapa syarat mengikut ajaran Islam yang perlu dipatuhi oleh penganjur untuk memperlihatkan karnival tersebut di lihat berbeza dengan negeri-negeri lain. Saya secara peribadi dapat melihat ada berbezaan ketara karnival di Kelantan terutama bila melihat pengacara TV3 memakai tudung semasa lintas lansung di buat. Selain itu, pengasingan bagi lelaki,wanita dan keluarga juga amat positif bagi mengelakkan pergaulan bebas walaupun masih terdapat beberapa kelemahan lain yang perlu dibaiki pada masa depan. di sini juga saya ingin menegur kerajaan negeri dalam aspek kebersihan terutama tandas awam di stadium yang tersangat menjijikkan. Siapakah yang bertanggung jawab ke atas prasarana stadium tersebut?Jika ingin mengekalkan stadium itu sebagai bangunan sejarah sekalipun tak kan tandas yang rosak dan busuk pun nak di kekalkan juga?Kalau tandas awam VIP indah tak boleh ke indahkan juga tandas kami orang awam?Harap pihak berwajib bertindak segera.Duit kutipan bola sepak yang banyak hilang ke mana? Tak kan nak baiki tandas tak mampu kut?

No comments:

Post a Comment