Kota Bharu-Timbalan Menteri Besar Kelantan hari ini sekali lagi menempelak kritikan yang di buat oleh penganalisis politik Prof. Muhammad Agus Yusoff dalam majlis ceramahnya di Dataran Ilmu pagi tadi.
Menurut Dato' Nik Ammar kritikan Prof. Agus keterlaluan sambil menyifatkan penganalisis itu tidak adil dalam membuat kritikan kerana tidak menyatakan 2 perkara diumumkan oleh Menteri Besar berkenaan untuk kebaikan rakyat.
Walaubagaimanapun, Dato' Nik Ammar tetap berpendirian bahawa kerajaan negeri terbuka terhadap kritikan mana-mana pihak.
Dalam pada itu juga Dato' Nik Ammar menegaskan bahawa Pas menolak sebarang unsur Syiah dan menyifatkan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi bukan
bermaksud Pas sudah dipengaruhi ajaran syiah.
Dalam pada itu juga sebuah NGO berkaitan Lynas mengumpul tanda-tangan sokongan dari orang ramai bagi menyatakan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia demi menyatakan bantahan terhadap operasi Lynas.
Semua golongan tidak mahu melepaskan peluang menandatangani bantahan tersebut.Mereka juga mahu menyatakan bantahan demi keselamatan dan kesihatan khususnya penduduk- penduduk Gebem dan Malaysia amnya di masa akan datang.
Di akhir ceramah beliau mengingatkan kepada rakyat negeri Kelantan agar menjaga kebersihan kerana kerajaan negeri melihat pelancongan merupakan bidang yang menambahkan pendapatan rakyat secara terus tanpa melalui kerajaan.
Selain itu,beliau juga mengingatkan para peniaga agar tidak meninggikan harga kepada pelancong luar agar kedatangan mereka berterusan dan sentiasa memilih Kelantan sebagai tempat untuk melancong.
No comments:
Post a Comment