Thursday, August 15, 2013

Sekitar majlis solat hajat & munajat rakyat Kelantan

Pada malam Jumaat 15 Ogos 2013 telah berlansungnya majlis solat hajat & munajat rakyat Kelantandi dataran stadium Muhammad IV.Majlis ini telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas negeri Kelantan dengan kerjasama oleh Alumni Pelajar Mesir negeri Kelantan.

Majlis ini dianjurkan untuk menunjukan sokongan dan bantahan ke atas rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan yang sah di pilih rakyat diketuai oleh Dr Mursi serta kezaliman yang dilakukan tentera kepada rakyat Mesir.
 Majlis solat hajat telah diimankan oleh adik kepada Tuan Guru Dato' Bentara Setia.Barisan pemimpin  tertinggi Pas yang hadir antaranya Menteri Besar Dato' Ahmad yakub,Tim. Menteri Besar Dato' Nik Amar,Dato' Husam Musa,ustaz Nik Abduh dan ramai lagi.

Selepas majlis solat hajat para pemimpin dan penceramah jemputan telah menyampaikan ceramah berkisarkan tentang apa yang berlaku di Mesir dan negara Islam kini.
Para jemaah khusyuk mendengar tazkirah selepas maghrib.Rata-rata warga Kota Bharu yang hadis amat sayu apabila mendengar isu semasa di Mesir pada masa kejadian pembunuhan kejam peserta demontrasi yang menunjukan sokongan kepada Dr Mursi.

Kezaliman pihak tentera ke atas rakyatnya amat diratapi sayu oleh warga Kota Bharu.Walaupun usaha ini amatlah kecil namun dengan memohon pertolongan dari Allah ianya cukup bermakna kepada mujahidin Mesir yang sedang menentang kezaliman.
Semoga Allah memakbulkan hajat & munajat dari rakyat Kelantan agar Allah membantu memberi kemenangan kepada pejuang Islam di seluruh negara Islam yang sedang bergolak dan melaknati penzalim yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

No comments:

Post a Comment