Turut bersama dalam bantahan ini adalah kaum muslimat yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menunjukan bantahan dan sokongan kepada rakyat Mesir yang dibunuh kejam oleh pihak tentera yang menjadi boneka barat dan Israel.
Pihak tentera Mesir yang di pimpin oleh General As Sisi latnatullah telah membunuh lebih 5000 rakyatnya sendiri selepas merampas kuasa pemerintahan President Mesir yang telah memenangi pilihan raya secara demokrasi iaitu Dr Mursi.
Replika patung yang berwajah As-Sisi di bakar sebagai simbolik kepada kekejamanya membunuh rakyat Mesir yang berjuang mengembalikan Dr Mursi sebagai president yang sah.
Turut menyertai dan menyampaikan ceramah dalam demontrasi aman ini ialah Yb Ustzah Zailah.
Sebagai seorang wanita mereka juga meratapi kematian dan penyeksaan yang dilakukan oleh tentera Mesir terhadap kaum wanita dan kanak-kanak.
Rakyat Kelantan menunjukan bantahan mereka dan memanjatkan doa memohon bantuan Allah s.w.t.
Walaupun hanya dengan cara ini saja yang termampu dilakukan oleh rakyat Kelantan,namun ianya cukup bermakna buat pejuang-pejuang dalam mengharungi detik serangan ganas tentera boneka Israel.
Kelihatan sepanduk yang menggambarkan keburukan Israel & America sebagai DRACULA yang dahaga darah umat Islam..
Semoga doa dari rakyat Kelantan mendapat restu Allah s.w.t.Takbir!!!!!
No comments:
Post a Comment