Siapakah yang bertanggung jawab terhadap kebersihan longkang di stadium Muhammad Ke IV? Inilah yang saya fikirkan sama ada ia terletak di bawah tanggung jawab MPKB-BRI atau pihak pengurusan stadium.
Kekotoran ini amat menyakitkan mata apatah lagi kedudukanya berdekatan dengan Hospital Perempuan Zainab II.
Sistem longkang ini kelihatan baik tetapi aliran airnya tersumbat.Keadaan ini sudah lama cuma tidak diatasi oleh pihak yang bertanggung jawab membersihkan atau memperbaikinya.
Jika ada program kerajaan atau swasta yang diadakan diperkarangan stadium keadaanya bertambah teruk dengan sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung dan penjaja.
Jika di kedai makan pihak MPKB-BRI meletakan penanda tahap kebersihan kebersihan bagaimana pula dengan tahap kebersihan longkang di sini?
Adakah ini menunjukan tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang rendah terhadap kebersihan?Bersempena dengan pengiktirafan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam perlulah perkara ini diatasi segera kerana Islam itu menyeru umatnya menjaga kebersihan.Semoga mereka yang bertanggung jawab melakukan tanggung jawab dengan segera.
No comments:
Post a Comment