Sunday, July 3, 2011

Pemikiran ulama Salafi yang mundur.....

Ulama muda UMNO yang ketika ini berceramah bagi isu Perhimpuanan Aman BERSIH pada 9 Julai ini dengan tegasnya menyatakan perhimpuanan itu adalah haram.Ceramah mereka boleh dilayari dalam laman YOUTUBE yang di anggotai oleh empat ahli panel.Dengan hujah agama mereka telah menyatakan perhimpunan yang diketuai oleh orang bukan Islam itu haram disertai oleh orang Islam.AkudanAkal telah mengikuti sebahagian ceramah mereka dan pada hujah mereka itu AkudanAkal berasa betapa pemikiran mereka sangat dangkal dalam memberi hujah untuk mengharamkan perhimpunan Bersih.Sebagaimana hujah yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari yang menyatakan demontrasi akan memudaratkan hak orang lain dan merosakan harta benda awam.Hujah belaiu itu hanya sebagai satu sangkaan buruk tanpa melihat hak orang yang menuntut dalam perhimpuanan itu.Tentang kerosakan harta negara pula hanya akan berlaku sekiranya ada provokasi oleh mereka yang menyamar dalam perhimpuanan tersebut bagi memperlihatkan kemusnahan berlaku akibat perhimpunan BERSIH.Mereka juga dilihat sangat mundur dalam memodenkan Islam kerana cara pemikiran itu hanya membuatkan Islam itu terkebelakang.Dengan mengatakan demontrasi bukan berasal dari perkataan Islam jadi ianya bukan kehendak Islam.Apakah dalam Islam tidak ada perkataan khusus tentang "demontrasi"?Apakah perkataan yang bukan dipelopori oleh Islam menjadikan perkataan itu salah?Walhal Allah s.w.t telah menciptakan pelbagai bahasa untuk manusia di dunia ini.Jangan hanya kerana bukan dari perkataan Islam kita mengharamkan perkataan demontrasi.Itu hanya menunjukkan bahawa Islam itu sangat mundur dalam mencipta perkataan.Rasullullah s.a.w juga pernah berpesan pada umatnya agar belajar sampai negeri China.Apakah maksud pesan ini?Mungkin mereka fikir belajar di negeri China sebagaimana pesan Rasullullah s.a.w.Tapi AkudanAkal melihat pesan itu dengan lebih dalam iaitu setiap benua,negara mahupun kaum mempunyai kelebihan masing-masing oleh itu belajarlah kelebihan yang ada itu.Janganlah mundurkan pemikiran anda wahai Ustaz Fathul Bari dan rakan-rakan dan jangan pula hendak memundurkan pula umat Islam.Jika mengatakan haram disertai disebabkan Datuk Ambiga itu seorang peguam yang mewakili kes murtad Lina Joi apakah Ustaz lupa bahawa dia seorang peguam yang tugasnya membela anak guamnya?Dia juga bukan Islam dan mungkin tidak faham hukum Islam dan lebih cenderong kepada pemikiran liberal.Janganlah anda mundurkan pemikiran anda dan cuba pula memundurkan pemikaran orang lain....

No comments:

Post a Comment