Wednesday, July 6, 2011

Couple!!!!Anda semua mesti mempunyai pengalaman dalam percintaan.Kebanyakan kita mempunyai banyak pengalaman percintaan bak seperti salin baju.Bersilih ganti pasangan apabila sudah bosan dan kadang kala keliling pinggang.Banyak pengalaman percintaan menemui noktah malah ada yang meninggalkan kesan yang sangat parah kepada pasangan terutama golongan wanita.Oppss kenapa wanita?Kenapa bukan lelaki?Dalam hal percintaan lelaki lebih cenderung mengkhianati kasih sayang dan kesetian seorang wanita tetapi ada juga sesetengah wanita yang mengkhianati cinta seorang lelaki.Apakah matlamat percintaan golongan yang bercouple?Untuk apa mereka couple?Mungkin mereka ada matlamat tetapi tidak tahu cara dan bagaimana untuk merealisasikan matlamat mereka.Disini AkudanAkal ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh anda amalkan untuk mencapai matlamat dalam bercinta.
1)Bercinta adalah latihan sebelum berkahwin
   Jangan salah faham yang haram perlu anda jauhkan.Maksud AkudanAkal adalah jadikan masa bercinta ini sebagai masa untuk anda dan pasangan anda menyesuaikan diri dalam setiap perkara.Sebagai contoh,jika anda seorang panas baran,ego,cemburu, dan sebaginya anda harus berlatih untuk memperbaiki diri anda untuk pasangan anda.Gunakan masa ini untuk memperbaiki diri anda.Jika anda berjaya InsyAllah kehidupan anda dan pasangan akan lebih bahagia.Ini kerana anda sudah memperbaiki diri anda sebelum anda berkahwin.
2)Belajar menyelesaikan masalah
Masalah akan timbul bila anda dah lama bercinta..sebabnya bila dah lama dok tengok masing-masing akan rasa bosan dan dah habis isu nak cakap..haaaa masa ni adalah masa yang sangat genting sebab kita akan rasa nak cari lain plak..ooppppssss!Nilah masalah anda nanti jadi cepatlah bertindaak menyelesaikan perkara ini dengan mencari jalan terbaik..
3)Jadikan percintaan anda sentiasa "fresh"
Ingat masa tergila-gilakan si dia dulu?wah masa ni tido tak lena makan tak kenyang.Hari-hari nak tengok,hari-hari nak "call".Bila dah lama sumanya hilang.Oleh itu,Jangan biarkan perkara ini berlaku "refreshlah" hubungan anda dengan bercerita masa mula-mula jatuh cinta dulu.
Ingat kalau masa bercinta anda dapat menjaga perasaan dan hubungan anda Insyallah anda akan ke jenjang pelamin.Jangan sia-siakan masa cinta anda.Sayangi si dia hari ini demi untuk kebahagiaan alam perkahwinan nanti...selamat bercinta......

No comments:

Post a Comment