Wednesday, July 6, 2011

Akhlak anak bangsa terus miskin papa kedana kerana akhbar.

Apabila kita membicarakan tentang isu berkaitan masalah sosial kita akan mengupas tentang beberapa punca yang menyumbang kearah kemerosotan akhlak dan moral remaja.Tanpa kita sedari media cetak seperti surat khabar sekarang telah merosakan masyarakat kita.
Sebagaimana yang terpampang di akhbar kita hari ini adalah penyumbang kepada permasalah sosial remaja dan orang ramai.Seperti contoh gambar separuh bogel dan berpaikaian seksi telah menjadi daya penarik kepada golongan muda untuk membeli.Artis dan model dijadikan alat pelaris akhbar dengan memakaikan pakaian yang mencolok mata serta dengan aksi yang cukup ghairah.Inilah dinamakan ekploitasi yang berlaku dalam media ke atas artis,model dan masyarakat.Selain itu kita dapat melihat betapa kita tidak mempunyai kreativiti dalam menarik pembaca.Cara sebegini di ajar oleh media barat yang tidak mempedulikan masalah yang akan timbul dikalangan masyarakat terutama golongan remaja.Jika anda perhatikan iklan filem dalam akbar juga akan meletakkan gambar seksi artis sebagai daya penarik filem.Di manakah keupayaan kita dalam mencari kaedah kita dalam membentuk tarikan pembaca kepada membaca dengan niat mendapat pengetahuan dan bukan ingin melihat ganbar separa porno golongan wanita atau lelaki?Kita perlukan cara kita dalam meningkatkan pembaca bukan semata-mata mengutip keuntungan.Syarikat akhbar akan untung tapi apa guna jika tulisan anda orang tidak baca.Tiada guna penulis anda menulis panjang lebar sekiranya tiada yang membacanya.Apa guna idea bernas penulis anda jika masyarakat terlepas baca kerana hayal dengan gambar porno anda.Lebih baik anda berhenti saja dari menggaji penulis anda dan menumpu pada "photographer" porno bagi mengaut lebih keuntungan selain menjimatkan masa idea penulis anda.Kita ada negara kita juga ada agama dimanakah idea kita?Dimanakah tanggung jawab kita kepada Agama,Bangsa dan Negara?Kenapa nak jadikan masyarakat kita ini masyarakat barat?Fikir-fikirkanlah wahai syarikat akhbar.Anda kaya tetapi ahklak anak bangsa terus miskin papa kedana.

No comments:

Post a Comment