Wednesday, July 6, 2011

Pesanan cinta oleh AkudanAkal...

Ramai orang bercinta tapi kebanyankanya tidak berapa faham erti alam percintaan mereka.Di awal perkenalan pasangan akan teruja bila memiliki seseorang yang mereka suka.Segalanya akan rasa bahagia dan ingin berhubung setiap saat.Perkataan "sayang awak" dan "rindu awak" akan sentiasa dilontarkan.Namun,apabila sudah lama bersama permasalahan akan timbul biar pun hanya isu kecil.Disini AkudanAkal memberi tip dalam percintaan yang perlu kita praktikkan.
1)Jangan terlalu gunakan ego anda terhadap pasangan baik lelaki atau perempuan.
Biasanya lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi.Mereka akan menggunakan kelebihan ego mereka apabila mereka berasa sudah jemu dengan pasangan.Penggunaan ego berlebihan akan hanya mengeruhkan hubungan anda.Oleh itu,buangkan separuh sifat ego anda itu kalau anda betul-betul menyayangi pasangan anda.
2)Jadikan alam percintaan sebagai satu masa persediaan sebelum anda berkawin.
Bayangkan anda bercinta bertahun-tahun tapi tiada pengisianya.Pada masa ini pertingkatkan diri anda untuk pasangan anda.Perbetulkan apa yang pasangan anda tidak suka pada masa bercinta jangan tunggu masa kawin nanti kerana jika anda sudah terbiasa anda pasti susah mengubahnya.Contoh jika anda seorang panas baran buang sifat anda sekarang.
3)Bertolak ansur dengan pasangan.
Banyak perkara kadang-kadang kita tidak boleh bertolak ansur.Oleh itu,masa bercinta kita perlu belajar untuk bertolak ansur dengan pasangan kita.Contoh,bertolak ansur terhadap hobi pasangan anda tetapi jika hobinya dalam hal yang negatif jangan sama sekali bertolak ansur.Jadikan hobi pasangan anda itu sebahagian hobi anda.
4)Sentiasa berkomunikasi dalam setiap perkara.
Jika anda tidak sukakan sesuatu dalam diri pasangan anda luahkan padanya dan si dia perlu juga berubah demi pasangan.Contoh,jika anda seorang perokok anda perlu berhenti dari merokok.Tapi awas jika perkara itu adalah perkara baik anda perlu menyatakan dengan jelas kepada si dia yang mungkin tidak faham.
5)Memperbaiki kelemahan
Tidak dinafikan kita ada kelemahan masing-masing tetapi bukan alasan kelemahan itu diperbaiki demi pasangan anda.Contoh jika anda tidak panda memasak anda perlu berusaha mempelajarinya jangan biarkan kelemahan itu menjadi senjata pasangan anda untuk menjadi isu.Ingat orang yang berjaya memperbaiki diri ke arah positif merupakan seorang yang berjaya dalam hidup.
6)Bijak memahami perasaan pasangan
Setiap kita mempunyai masa mundur atau menghadapi masalah baik masalah di tempat kerja mahupun dirumah.Oleh itu,pasangan yang bijak menghidu permasalahan itu merupakan seorang pasangan yang baik.Jadikan anda seorang yang cepat memahami masalah yang dihadapi pasangan anda.
7)Bersedia membantu
Jika permasalahan timbul pada pasangan anda perlu bersedia membantu walauapapun sekecil mana sekalipun bantuan anda itu.Jadikan diri anda tempat pasangan anda suka meminta bantuan dan anda berupaya membantu pasangan anda walaupun anda membantunya dari segi idea.
Rasanya cukuplah perkongsian tip oleh AkudanAkal lagi pun kalau bagi banyak nanti takut pembaca malas nak membaca pula..hehee 7 tip tu rasanya dah banyak dah..hehehhe baca kalau ok praktiklah k..kalau xsetuju dengan tip tu bagilah komen ya...AkudanAkal akan terima komen anda tu walaupun komen negatif...nak debat pun AkudanAkal bersedia...terrrrimaaa kasiiiiihhhh

No comments:

Post a Comment