Wednesday, April 6, 2011

Betapa BODOHNYA Orang yang bernama ANWAR ini!!!!!Kesilapan Dato' Seri Anwar apabila meminta Shazly Eskay menemani beliau semasa melanggan pelacur....

Politik negara kita sentiasa panas bermula pada tahun 1998.Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir Bin Muhammad sebagai Perdana Menteri ketika itu.Akibat daripada perselisihan yang berlaku antara mereka tercetusnya tuduhan ke atas DSAI sebagai seorang pemimpin yang rendah tahap moralnya apabila tuduhan liwat diwujudkan.Akibat dari itu tercetusnya satu kebangkitan rakyat yang di gelar Reformasi rakyat.Semua golongan tahu bahawa pengaruh DSAI cukup kuat sejak beliau berada dalam UMNO lagi.Baik kawan mahupun lawanya yang berada dalam parti atau diluar parti juga turut mengakui tentang pengaruh DSAI yang lebih di lihat sebagai seorang yang bakal menggantikan Dr Mahathir.Apapun bagaikan hujan di siang hari yang turun dengan lebat telah menukar lanskap politik negara.Namun,Kekentalan DSAI dalam melawan fitnah terhadapnya cukup menggusarkan para pemimpin UMNO dan seterunya.Ini kerana,dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh beliau berjaya meningkatkan majoriti kemenangan yang sebelum ini di menangi isteri beliau sendiri.Inilah bukti tuduhan itu masih tidak mampu menggugat pengaruh DSAI.Usaha manusia yang pendendam juga diteruskan dengan tuduhan liwat II.Di cipta sekali lagi bagi menggugat pengaruh DSAI serta bertujuan melenyapkan DSAI dari arena politik negara jika ingin terus berkuasa tanpa perlu menghadapi tentangan hebat pembangkang.Pertuduhan liwat II masih dalam perbicaraan mahkamah setakat ini.Tidak berhenti disitu timbul pula isu video seks DSAI bersama pelacur warga Cina yang didalangi oleh Trio yang di gelar sebagai Datuk T.Pengesahan keaslian video tersebut telah pun disahkan oleh Ketua Polis Negara namun belum ada pengesahan si pelaku sebenar yang dikatakan mirip DSAI.Jika sekali imbas pelakunya mirip DSAI namun bagi saudara Johari dan Chegubad mereka yakin pelaku sebenar bukan DSAI.Terdapat beberapa fakta yang menyokong mereka antaranya tulisan Siam,susuk tubuh dan gerakan badan yang tidak sama dengan DSAI.Jika difikirkan secara logik akal seorang yang sedang menghadapi tuduhan liwat mana mungkin tidak berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang boleh menjerumuskan beliau dalam isu seks tersebut.Di tambah pula mengajak seorang teman menemani belaiu untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut.Bagai bola tanggung yang mudah dilibas pihak lawan jika begitu bodoh si pelaku tersebut mempercayai kawan yang belum tentu dapat menyimpan rahsia perbuatan keji tersebut.Apa yang pasti apabila berasa masih tergugat isu sebegini akan dimainkan untuk memastikan ada isu besar yang boleh dimainkan dalam kempen pilihan raya di Sarawak.Bagi mereka yang berfikiran mereka sudah tentu dapat membaca jalan cerita seterusnya bagaikan pengarah filem yang sentiasa mengulangi jalan cerita yang seakan sama.Oleh itu,jitukan pemikiran kita sebelum mempercayai laporan media yang pasti menjadi pencerita yang baik untuk memastikan jalan cerita dalam cerita tersebut mendapat sambutan rakyat seterusnya mempengaruhi mereka untuk mempercayainya.

No comments:

Post a Comment