Monday, February 28, 2011
Berdoa untuk kematian wakil rakyat
Kematian wakil rakyat yang membawa rezki kepada rakyat.Menjelang pilihan raya tidak kira kecil atau besar bakal membawa pelbagai imbuhan dari kerajaan pemerintah.Ini adalah senario politik di negara kita di mana segala imbuhan akan di beri sebagai umpan kepada pengundi.Pengumuman kepentingan awam juga sering dibuat ketika berlakunya sesuatu pilihan raya.Antaranya pengumuman penurunan harga minyak kenderaan,penurunan kadar tol,kenaikkan gaji dan bantuan kepada para petani dan nelayan.Keadaan ini tidak didengari pada hari-hari tanpa pilihan raya.Sungguh pelik serta jelek bila keadaan ini terus-terusan berlaku.Apakah pemikiran rakyat kita masih cetek dalam melihat penipuan sebegini.Mungkin betul pemikiran para pengundi mudah ditipu kerana berita di akhbar tentang masyarakat yang di tipu sering dilaporkan.Aku dan Akal merasakan doa dan solat hajat perlu dilakukan untuk memohon wakil rakyat meninggal dunia untuk membolehkan pilihan raya kecil dilakukan bagi mendapat imbuhan segera.Jika ada PRK jalan berlubang akan diturap,rakyat miskin akan dibantu,rakyat sakit akan dilawati,jambatan akan dibina dan sebagainya.Projek segera sebegini hanya akan berlaku sekiranya PRK diadakan.Persoalanya kenapa projek dan bantuan seperti ini tidak ada walaupun tanpa PRK?rakyat kita perlu ubah pemikiran agar tidak diperbodohkan sebegini.Jalan kampung yang masih berbatu perlukan jalan tar,perkampungan yang masih tiada bekalan utiliti sangat-sangat memerlukan.Mereka juga ingin hidup selesa dan senang dalam negara sendiri.Baik Melayu,Cina,India,Orang Asal,Iban,Kadazan dan seluruh etnik yang ada mereka tetap manusia dan warganegara ini.Mungkin mereka bernasib malang kerana wakil yang mereka pilih belum "mati".Mereka perlu berdoa agar wakil rakyat mati jika mahu mendapat imbuhan sebegitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment