Saturday, April 9, 2011

MAHARAJA TAIB...satu peringatan kepada rakyat Sarawak....

Wahai orang Sarawak tahukah anda bahawasanya negeri anda mempunyai pelbagai sumber ekonomi yang lebih banyak dari negeri lain di semenanjung?Sepatutnya anda sudah lama membangun berbanding negeri semenanjung.Negeri anda mempunyai telaga minnyak,kayu balak,tanah pertanian,perikanan,perkilangan dan lain-lain.Keluasan negeri anda saja seluas 12 buah negeri di semenanjung.Tapi kenapa masalah keperluan utiliti seperti air dan eletrik masih berlaku dalam negara menghampiri status negara maju.Adakah anda sedar bahawa pemerintah yang memerintah negeri selama 30 tahun tidak berusaha untuk menyelesaikannya?Apakah faktor geografi yang masih menghalang anda dari mendapat bekalan utiliti dan hak milik tanah adat atau faktor pemerintah yang sengaja mendera anda agar terus ketinggalan dalam mendapat imformasi perkembangan terkini dalam setiap bidang yang kini berada di hujung jari.Wahai rakyat Sarawak sekalian beranilah mengubah pemimpin anda demi kelansungan masa depan anda sebagai rakyat yang berhak ke atas setiap hasil negeri.Masa inilah kuasa anda ada untuk menyedarkan "Maharaja Taib" yang berangan-angan menjadi pemilik tunggal ke atas negeri anda.Walaupun anda seorang Iban,Kadazan,Dayak,Cina,Melanau,Murut dan lain-lain etnik anda tetap seorang manusia yang inginkan kesenangan hidup dan terus maju demi kemajuan generasi anda seterusnya.Jangan biarkan anda terus diperbodohkan oleh "MAHARAJA TAIB".Ingat 30 tahun lepas apa yang Maharaja Taib lakukan untuk anda berbanding untuk diri dan keluarganya.Inilah peluang anda wahai rakyat negeri Sarawak...Buatlah keputusan yang berani demi masa depan anda selepas ini.Selamat Mengundi Selamatkan Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment