Friday, April 15, 2011

Melayu berfikiran short term period....

Zaman telah berubah..Ramai antara kita tidak menafikan tentang perubahan zaman..Dari kampung berubah menjadi bandar dari pokok kayu berubah menjadi pokok batu.Begitulah perubahan dari masa ke semasa sehinggalah kita tidak terkejar dek perubahan yang berlaku.Dalam kontek hantaran perkahwinan nilai kosnya melambung tinggi sehingga menjadi satu "trend" masyarkat kini.Kenaikan kos hantaran dikatakan berpunca dari kenaikan kos sara hidup masa kini.Adakah  teori ini btl mengikut pakar ekonomi?Bila harga barangan naik kenaikan kos hantaran juga akan dinaikan.Jika mengikut sesetngah pendapat mereka mengatakan kos hantaran diletak tinggi bagi melihat kesungguhan si lelaki untuk menikahi si perempuan.Apakah nilai kesungguhan itu hanya terletak pada seorang lelaki sahaja?Jangan salah lelakilah bila lelaki ego dengan isterinya lepas khawin nanti kerana harga yang di bayar sebagai hantaran itu membuatkan lelaki lebih berkuasa.Seorang lelaki bila berkahwin akan memikul beban yang agak besar untuk rumah tangganya.Rumah,kereta,barangan keperluan harian menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan segalanya cukup.Tapi jika hanya hidup menyewa rumah orang bilakah akan memiliki rumah sendiri untuk keluarganya?Bayangkan kos kahwin mencecah 30k dr manakah wang itu diperolehi kalau tidak dari bank atau ah long.Bagi lelaki yang sekurang-kurangnya mempunyai diploma dan berhutang pula dengan PTPTN kos hutang mencecah 15k.Bayangkan jika mereka melanjutkan pengajian sehingga degree,master,PHD berapakah hutang mereka?Inilah perkiraan yang perlu di ambil berat bagi memastikan kehidupan rumah tangga akan bahagia.Apa guna hidup menyewa sampai beranak pinak?Inilah fikiran orang Melayu yang hanya berfikiran untuk jangka masa pendek.Budaya inilah yang menyebabkan Melayu kehilangan asset penting dalam kesinambungan kehidupan.Apa tidaknya setiap sen yang dibelanjakan hanya untuk kepuasan sementara bukan untuk kepuasan selamanya.Apa tidaknya jika dilihat kos puluhan ribu dibelanjakan semata-mata untuk majlis perkahwinan.Tapi keperluan masa hadapan entah macam mana lagi.Inilah AkudanAkal maksudkan pemikiran short term yang ada pada orang Melayu..Berubah lah demi masa depan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment