Keratan akhbar yang menyatakan penemuan minyak di pantai Kelantan.Walaupun sumber ini dikeluarkan oleh akhbar pro pembangkang ianya tetap menjadi bukti penemuan tersebut.
Majlis menandatangani Perjanjian Royalti minyak petroleum Kelantan antara Pengerusi Petronas YBM Tengku Razalegh Hamzah dengan Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Mohamed Nasir.Apakah majlis ini merupakan satu majlis kosong tanpa makna bila royaltinya tidak di bayar Petronas terus kepada Kerajaan Negeri?Kini hasil royalti Kelantan di tukar kepada sumbangan wang ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP).Istilah royalti merupakan hasil yang berhak diterima rakyat manakala pemberian ehsan merupakan pemberian sumbangan atas dasar "kesian" Kerajaan Pusat kepada Kelantan.Ini satu penghinaan kepada rakyat Kelantan di atas perkara yang "Hak" rakyat Kelantan.Oleh itu,kepada wakil-wakil rakyat tidak kira pembangkang mahupun pemerintah terutama wakil rakyat dari Kelantan mereka perlu perjuangkan hak rakyat Kelantan sehingga hak rakyat dikembalikan.
Ini merupakan peta kedudukan telaga minyak yang dijumpai di perairan Kelantan.Kedudukan yang dikatakan lebih dari 3 batu nautika merupakan satu agenda untuk menghalang pembayaran terus kepada Kerajaan Kelantan yang memerintah ketika ini.Kerana kerajaan pilihan rakyat ini merupakan pembangkang di peringkat pusat tetapi pada peringkat negeri mereka adalah kerajaan pemerintah dan bukanya pembangkang.Oleh yang demikian,mereka berhak menerima hasil royalti minyak kerana mereka adalah wakil yang dipilih rakyat di Kelantan.Kerajaan pusat mungkin takut kepada keberkesanan kerajaan negeri menguruskan hasil royalti.Dengan hasil itu kerajaan negeri berupaya membangunkan negeri tanpa perlu mengharapkan bantuan pusat.
Berita Harian juga turut memaparkan artikel berkenaan penemuan minyak di Kelantan.1983 merupakan tahun Kelahiran Aku dan Akal.Ketika penemuan ini Aku dan Akal masih tidak memahaminya.Kini Aku dan Akal telah memahami segalanya dan mula mencari sumber berita penemuan ini.Bila yang "HAK" dikatakan "TIDAK" dan bila "ROYALTI" ditukar "EHSAN".Kerana Kelantan di perintah pembangkang kerajaan pusat mencari helah bagi menyekat hasil negeri ke tangan kerajaan yang memerintah.Sejarah royalti Terengganu yang di tarik bila pembangkang memerintah menjadi bukti ketakutan kerajaan pusat terhadap ketelusan yang diamalkan kerajaan PAS.Kini mahkamah mengambil alih tugas untuk menentukan HAK rakyat Kelantan.Di harap pihak mahkamah mengadilanya secara adil dalam perbicaraan tersebut.Ingat!!! rakyat Kelantan bukan peminta sedekah..Royalti HAK RAKYAT bukan EHSAN.




No comments:
Post a Comment