Thursday, February 3, 2011

Apa yang terbaru di Kelantan....

 Medan Ikan Bakar yang terletak di Kedai Buluh merupakan tarikan baru bagi masyarakat Kelantan dan para pelancong dalam dan luar negara.Apa pun Medan Ikan Bakar masih dalam pembinaan dan akan di buka dalam waktu terdekat.
 Kawasan tempat letak kenderaan yang selesa bagi pengunjung.Berdekatan dengan kawasan penduduk kampung yang cukup mesra.Medan ini juga bakal meningkatkan sumber ekonomi penduduk tempatan apabila di buka kelak.
 Struktur bangunan yang agak menarik dan selesa.Namun kepad pengunjung yang membawa anak-anak kecil perlu mengawasi mereka dan tidak leka membiarkan anak-anak bermain sendirian.
 Selain itu pengunjung juga boleh melawati Jeti Perikanan dan pantai mek mas yang terletak di penghujung jalan.
 Pemandangan berlatar belakangkan Sungai Kelantan yang luas..Bagi kaki pancing tempatan kawasan ini merupakan lubuk ikan Gelama pada setiap tahun.Kemeriahan aktiviti memancing boleh di lihat sekitar bulan 4 setiap tahun.
 Udara yang segar dan pemandangan yang mendamaikan dapat menenangkan diri.
 Keindahan pemandangan yang begitu mengasyikan.
 Ruang Medan yang luas dan selesa.
Kelebaran sungai Kelantan yang indah dan mempersonakan.

No comments:

Post a Comment