Friday, February 11, 2011

Apa ada di Kelantan...

 Kebanyakan kita tidak tahu akan kewujudan sesuatu yang mungkin tidak terdapat di negeri lain tapi masih ada di Kelantan.Perusahaan secara tradisional sebegini masih mendapat sambutan kerana kualiti dan harganya berpatutan jika dibandingkan dengan perusaan moden.Perusahaan yang lebih dikenali sebagai" Perusahaan Pertukangan Tempa"iaitu barangan buatan tangan yang meliputi parang,pisau,pedang,kapak,sabit dan sebagainya.Terletak di Kampung Kayu Kelat Alor Pasir Tanah Merah.
 Bahan yang digunakan untuk membentuk pelbagai barangan.Antara logam besi yang digunnakan ialah besi dari spring kereta dan sebagainya.
 Antara mesin yang digunakan untuk menempa logam menjadi pelbagai bentuk yang diperlukan.Jika dahulu mengetuk logam adalah cara yang memerlukan tenaga dan kemahiran tinggi tapi akibat dari tempahan yang meningkat alatan sebegini dapat mempercepatkan kerja menempa dilakukan.
 Sarang pembakaran untuk membakar logam sebelum di tempa.Proses ini memerlukan arang dan sistem angin digunakan untuk meniup bara arang agar sentiasa menyala.
 Mesin menempa yang menggantikan cara menempa tradisional.Cepat dan menjimatkan tenaga.
 Antara koleksi yang siap di tempa dan canai.Kemahiran yang tingga perlu pada peringkat ini kerana kehalusan mata parang dan sebgainya akan memastikan ketajamannya.
 Antara hasil tempa yang akan dicanai sebelum dijual.
 Kemahiran tukang canai yang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam proses terakhir ini.
Kilang yang telah lama diusahakan tetapi masih menjadi pilihan masyarakat sehingga kini.Diusahakan oleh sebuah keluarga yang berasal dari Kemboja dan telah lama menetap di negeri Kelantan.

2 comments: