Tuesday, November 5, 2013

Musnahnya Pantai Irama Bachok

 Pantai Irama yang terletak di daerah Bachok Kelantan suatu ketika dahulu sungguh indah.Disinilah salah satu tempat bagi warga Kelantan bersantai bersama keluarga.

Walaubagaimanapun keindahanya kini jauh berbeza sama sekali akibat dari kelewatan pihak berwajib mengambil tindak sewajarnya 10 tahun yang lepas.Kini pantainya sudah musnah sama sekali akibat berlaku hakisan yang sangat teruk.
Setelah melihat papan tanda ini terasa sedih sekali kerana tindakan yang sepatutnya di ambil 10 tahun yang lepas baru kini dijalankan.

Batu-batu bukit dijadikan benteng menahan ombak bagi mengelakan hakisan yang lebih teruk.Akibat perangai "tunggu rosak baru nak baiki" inilah menjadi punca kemusnahan pantai ini.
 Kelihatan hakisan pantai yang memusnahkan keindahan pantai Irama.Sebagaimana musnahnya pantai Cahaya Bulan begitulah nasib pantai Irama ini.

Jika dahulu nama pantai ini cukup indah dan berirama tetapi kini tiada lagi keindahan dan iramanya.
 Kerja-kerja membuat benteng sedang giat dijalankan oleh kontraktor.Namun,usaha ini hanyalah untuk merosakan keindahanya semata-mata tiada lagi keindahan semulajadi pantai ini.




Akudanakal pernah mengunjungi pantai di Narathiwat Thailand suatu ketika dahulu.Kelihatan benteng telah lama di bina bagi menahan ombak besar pada musin tengkujuh.

Ternyata mereka lebih berfikiran kreatif dan berpandangan jauh dari "jabatan" kita.Mereka buat sebelum kemusnahan berlaku.Ini adalah cara terbaik jika mahu mengekalkan keindahan pantai yang berisiko ombak besar.

No comments:

Post a Comment