Sunday, December 11, 2011
Kelantan masih kosong....
Kelantan yang turut dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang merupakan sebuah negeri majoriti penduduknya Melayu dan mengamalkan ajaran Islam.Negeri ini mempunyai budaya unik yang tersendiri seperti keunikan seni budayanya yang menjadi sebahagian identiti rakyat negeri Kelantan.Namun, daya tarikan pelanconganya agak kurang berbanding negeri lain di Malaysia.Pelancong yang datang ke negeri ini hanya semata-mata untuk membeli-belah dan bukanya datang dari suatu yang lain.Negeri ini tidak mempunya tempat-tempat yang cukup menarik bagi mereka-mereka inginkan kelainan.Walau bagaimana pun negeri ini mempunya destinasi yang tidak kurang menariknya seperti Gunung Stong,Taman Negara Kuala Koh,pantai, dan sebagainya.Namun itu, usaha kerajaan negeri dalam menambah tarikan pelancong luar masih di lihat lemah sebagaimana dapat kita lihat pantai Portdicson yang cukup terkenal dengan aktiviti sukan airnya.Inilah yang dikatakan sebagai tarikan pelancong yang berjaya dibangunkan bagi menambah tarikan itu di satu tempak rekreasi.Dengan jumlah pantai yang banyak dan lebih cantik tidak dapat menjamin kedatangan pelacong luar.Menikmati keindahan semula jadi sahaja mungkin hanya untuk satu hari sudah cukup tetapi untuk menjadikan destinasi itu menjadi lebih menarik, kerajaan negeri perlu mengisinya dengan aktiviti lain yang tidak bertentangan dengan syariat yang mereka.Ini merupakan satu cabaran kepada kerajaan negeri bagi membezakan aktiviti bagaimana yang dibolehkan oleh Islam.Sama ada memberi tawaran kepada pihak swasta bagi merencanakanya atau melalui pihak pelancongan negeri yang diamanahkan oleh kerajaan negeri.Dengan adanya penambahbaikan ini sudah tentu dapat menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negeri.Rakyat Kelantan semestinya memerlukan satu tempat riadah keluarga bagi tujuan bersuka-ria asalkan tidak bertentangan syariat Islam di masa cuti.Disi tangung jawab kerajaan negerilah yang harus mencari kaedah dalam menentukan aktiviti bagaimana yang dibolehkan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak.Jika hanya tempat sedia ada tanpa sebarang aktiviti lain, perasaan bosan masyarakat akan terus memberontak.Kerajaan negeri perlu bertindak sekarang untuk membuktikan Islam bukan hanya satu agama mundur seperti kata mereka yang melihat pentadbiran negeri Kelantan yang kosong tanpa ada pengisian sosial yang boleh dicontohi negeri lain.Negeri ini cukup terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya malah penyebaran ilmu agama dan ilmu dunia juga subur dinegeri ini.Oleh itu,keseimbangan perlu ada bagi mengisi masa cuti untuk bersama keluarga.Jika berjaya,masyarakat Kelantan akan lebih melihat kejayaan kerajaan negeri dari sudut berbeza berbanding negeri lain.Ingat mendengar ceramah tidak sesuai pada waktu petang.Tapi,petang yang santai sahaja tidak akan bermakna jika ianya sentiasa kosong tanpa pengisian..
Monday, November 28, 2011
Promosi sex
Menggairahkan!!promosi tarik penonton ke pawagam.Itulah satu trend dalam mempromosi filem.Inilah cara pihak pembikin filem dan media dalam promosi mereka.hari ini akhbar Kosmo mengajak penonton menonton "aksi ranjang" Maya Karin dan Aaron Aziz menerusi filem Ombak rindu arahan Osman Ali yang bakal di tayangkan pada 1 Desember ini diterbitkan oleh Tarantella Pictures Sdn. Bhd.Bagaikan satu tarikan setiap filem yang dihasilkan oleh pengarah tempatan telah cuba menggoda nafsu penonton baik lelaki dan wanita sebagaimana filem Hollywood dan Bollywood yang menonjolkan unsur sex dalam promosi.Riaksi penonton kebanyakanya kecewa dengan filem tempatan yang bagaikan indah khabar dari rupa.Akibat kekecewaan ini penonton kurang gemar menonton filem tempatan di pawagam dan memilih untuk menontonya melalui saluran percuma seperti internet atau cetak rompak.Mungkin dengan penggunaan unsur sex dalam mempromosikan filem dapat menarik minat penonton menonton di pawagam.Namun yang demikian,tujuan yang boleh ditakrifkan sebagai "tujuan menghalalkan cara" bakal merosakan anak muda kita yang terpengaruh dengan aksi sex yang di tonton.Walaupun pengisian cerita yang dihasilkan mempunyai tauladan yang baik namun niat sebenar penonton hanya untuk memenuhi nafsu untuk melihat "aksi panas" seperti yang di gambarkan melalui promosikan.lelaki mana yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat liuk lintuk artis pujaan begitu juga bagi wanita yang mahu melihat aksi romantis artis lelaki kacak idaman mereka beraksi di ranjang.Segolongan ustaz dan ustazah yang mengajar tentang halal dan haram tidak mampu untuk mengajar kerana promosi unsur sex dalam filem di media lebih melebar dan luas daripada ceramah yang di ajar oleh ustaz dan ustazah.Kekerapan mempromosi babak sex dalam filem melebihi ceramah agama.Kedudukan ini menyebabkan masalah sosial kian meningkat.Pemakaian seksi dalam sesebuah filem juga kadang-kadang disengajakan bagi menarik perhatian penonton.Adakah tanpa unsur lucah dalam sebuah filem akan menggagalkan kutipan sebuah filem?Selingan aksi lucah dalam filem kadang-kala hanya tujuan menarik penonton dan tidak kena mengena dengan jalan cerita."Perencah" inilah yang ditonjolkan dalam promosi sebuah filem tempatan yang kualitinya entah ke mana.
Friday, November 25, 2011
Cermin gelap & Exzos besar salah dipasang tak salah dijual....BAHALOL!!!
Oh heran Oh ajaib...JPJ kata cermin gelap,exzos besar xboleh..tp kedai yang jual boleh plak jual barang cam tu?Bila rakyat pasang kena saman..yang jual relax je jual tanpa kena saman..Cam ada untung je pak menteri?Ye la kalu betul nak banteras kena la cantas umbinya tak de la rakyat tergile2 nk pasang pn..Kerajaan plak nampak sengaja bagi rakyat pasang itu ini sebab bila musim tak de duit mulalah buat "roadblock" nak pungut duit dari rakyat..Sekali lagi rakyat berhabis duit untuk bayar saman...Jangan kata salah rakyat sebab dah tahu salah buat apa pasang..woi kalu dah penjual relax saja dok jual rakyat rasa cam xde ape2 la kan..Yang pihak berkuasa xnye tangkap si penjual tu pasal ape?dah tau tu barang salah jangan la bagi ruang barang tu masuk negara kn senang xblh jual terus kat Malaysia ni...sekali lagi BAHALOL!!Ke ada tangan hantu yang kutip hasil barang2 cam tu?Kalu ada kena la siasat sapa dalang "internal" tu..Jangan la nak bg rakyat je yang kena tanggung sbb degil memasang... kena la bagi pengajaran jugak pada si pengedar barang tu..xde yang tolang xkan barang tu boleh masukan pak menterikan?..Kalu kereta anak-anak n sanak sdara pak menteri yang pasang jugak ..ade kena ke saman cam keta kancil rakyat biasa?kalu kena saman ade xdorang mintak di kurangkan harga saman tu?xkan xdikurang kan plak kan..nanti xpsl2 kena tukar cwngan plak kan..Bnyk lg lah barang2 yang di kata salah ni tp menjualnya xsalah...korang fikirlah sendiri k..AkudanAkal dah puas fikir dah...
Menuntut MB Pahang pindah berdekatan tapak projek Lynas
Projek menghasilkan nadir bumi oleh syarikay Lynas telah mencetuskan kebimbangan terhadap bahan radio aktifnya.Rata-rata penduduk mulai bimbang tahap kesihatan akan terjejas akibat dari tindakan bahan radio aktif dalam pemprosesan nadir bumi.Baru-baru ini Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yakub dengan nada tegasnya menyeru penduduk sekitar agar tidak bimbang dengan ancaman radio aktif itu kerana ianya terkawal dan berada di tahap selamat.Selain itu beliau juga menyarankan agar penduduk yang tidak yakin dinasihatkan menjual rumah kepada kerajaan negeri tetapi dengan syarat harganya murah.Akudanakal merasakan satu penindasan kepada rakyat kerana sudahlah akan berdepan dengan risiko bahan radio aktif rumah pula mahu dibeli dengan harga yang murah.Adakah ini adil kepada rakyat apabila tempat mereka yang sebelum ini selamat bakal berdepan dengan satu risiko yang sangat dasyat jika berlaku musibah seperti apa yang berlaku di Jepon akibat tsunami.Jawapan Menteri Besar Pahang dilihat sebagai memaksa penduduk terjejas agar tidak lagi membangkitkan isu itu lagi demi sebuah pembangunan.Apapun yang dikata AkudanAkal ingin menyarankan agar Menteri Besar Pahang berpindah segera berhampiran tapak projek untuk membuktikan kawasan itu selmat dan terjamin.
Pesta banjir di Kelantan meriah.
Keadaan air sungai di Tmabatan DiRaja..
Kelihatan tambatan Diraja yang ditenggelami air.
Rumah rakit yang terdapat di sungai Kelantan.
Kehadiran orang ramai untuk melihat arus sungai Kelantan.
Selain datang untuk melihat air sungai orang ramai juga bersantai bersama keluarga.
Ibu baba juga membawa anak mereka untuk bermain di gigi air sungai.
Kemeriahan musim tengkujuh seakan sebuah pesta di Kota Bharu.
Penduduk di sebuah perkampungan di Kota Bharu yang terlibat dalam banjir.

Baju Berlambang Yahudi di KB Mall
Apakah maksud disebalik lambang yang terdapat pada baju ini?kelihatan terdapat lambang-lambang agama serta fahaman baru.Adakah baju ini bermaksud kesamarataan dalam semua agama?Awas kepada seluruh umat Islam kerana lambang pada baju ini boleh memesongkan akidah anda sebagai umat Islam.Baju ini didapati dijual di sebuah lot kedai di KB Mall.Penjual nampaknya tidak sensitif dengan menjual baju sperti ini.berhati-hatilah semasa anda membeli baju kerana bermacam-macam gambar yang mungkin anda tidak faham akan maksudnya.
Thursday, November 24, 2011
Kediaman bertingkat menghakiskan sikap bertanggung jawab..
Kehidupan diperumahan bertingkat dikota menjadi perkara biasa.Kebangayakan mereka datang dari keluarga yang sederhana.Namun semua itu tidak menjadi banyak masalah jika setiap penduduk menpunyai sikap toleransi dan tanggung jawab masing-masing terharap jiran dan persekitaran.
Apa yang menjadi masalah ialah apabila wujud segelintir mereka yang tidak bertangung jawab malah sikap mereka membuatkan penduduk lain berasa kurang selesa malah kadang kala wujud ancaman keselamatan.
Antara kejadian yang sering berlaku ialah balingan objek dari tingkat atas.Objek-okjek seperti batu,botol kaca,sampah sarap,kasut,selipar dan lain-lain membuatkan penduduk pangsapuri bersara terancam terutama kanak-kanak.
Inilah mangsanya bila ada yang tidak bertanggung jawab.Sebuah kereta rosak cermin hadapat akibat balingan batu dari tingkat atas pangsapuri di Lembah Jaya Utara baru-baru ini.Kejadian ini berlaku pada sebelah petang ketika ramai kanak-kanak keluar untuk bermain di laman bawah pangsapuri tersebut.
Inilah batu (Dalam bulatan) yang dibaling dari tingkat atas pangsapuri.Nasib baik kereta yang jadi mangsa kalaulah terkena kanak-kanak atau sapa yang kebetulan berada di tempat kejadian kemungkinan maut yang menimpa mereka.
Beginilah kerosakan sebuah kenderaan yang dibaling batu dari tingkat atas.Dentuman kuat mengejutkan kanak-kanak yang sedang bermain dijauh dari tempat kejadian.
Beberapa orang kanak-kanak melihat kerosakan sebuah kereta.Menurut mereka sebelum batu itu dibaling,kasut dan selipar sudah dibaling.Tidak lama selepas itu batu pula mereka baling.Namun penduduk gagal untuk mengesan mereka yang bertanggung jawab kerana tiada siapa yang menyedarinya.Mengikut maklumaman penduduk sampah juga pernah di baling sebelum ini kerana mereka yang tidak bertanggug jawab mengambil jalan mudah untuk membuang sampah dengan mencampaknya ke bawak tanpa perlu turun untuk membuangnya.Inilah permasalahan timbul keran tiada sikap bertanggung jawab.Budaya kehidupan kediaman bertingkat ini mungkin menyebabkan penghuninya hilang sifat bertanggung jawab.

Subscribe to:
Posts (Atom)