Sunday, November 29, 2009
Siapa aku.......
Aku adalah seorang yang mempunyai keinginan yg tinggi untuk berjaya dlm hidup..diri ku ini tidak di anugerahkan kecerdikkan yng tinggi tetapi masih mampu berjaya menggenggam diploma di uitm kota samarahan 2008 dan insyAllah ijazah akan menyusul dlm gengamanku... Syukur kepadaNya. Aku berjaya kerana berkat doa ibu bapa, guru, adik beradik seta kawan-kawan yg sentiasa tidak aku lupakan...aku sentiasa inginkn yg terbaik dlm hidup serta berani menempuh dugaan hidup utk berjaya. menjadi org yg fleksibel kepada perkara yg baik adalah prinsip hidupku utk sentiasa di senangi org lain. Hobi aku banyak..kalu dalam bidang sukan aku suka main bola tak kira la bola padang ke futsal ke soccer beach ke..jungle tracking pun aku layan..emmm menulis,memasak,memancing pun aku suka jgk n travelling pn menjadi sebhagian hobi aku...kepada kwn2 yg dh jd kwn ku or yg bakal jd kwn ku korang jgn risau la aku suka mengetahui perkara2 baru jd apa pn hoby korang aku layan jnji best..
Tuesday, November 24, 2009
Apa anggapan lelaki terhadap wanita..............
Tahukah anda wahai wanita,gadis,si dara, n yg seangkatan dgn nya...apa yg dibualkan oleh lelaki tentang wanita?
Apa tanggapan lelaki terhadap wanita?
Kalau tahu bagus tp klu tak tahu kesian la....Jgn terkejut ada lelaki anggap anda "Bodoh" sebab terlalu bnyk sebb...nak th ke apa sebabya?
Baca la smpai hbs......Tp jgn marah la sebab aku tolong bgtau ni hasil observe aku terhadap beberapa jenis kwn aku...
Wanita Bodoh!!!!
Kasarkan?
tp tulah hakikatnya..
1) Hujah dorang ialah wanita mudah kena tipu kat lelaki...bak lagu stacy "cinta pakai buang"bila dah pakai buang la(just for sex)..kesian wanita lelaki setan pergunakan anda..
Dah nyata hakikatnya wanita di anggap "Bodoh" skarang kuar lak lagu "Oh ladies" nyanyian Rossa
lirik lagu tu penuh dgn nasihat...mungkin betul kut apa yg lelaki anggap tu...tp Oh ladies baru nak sedar...kesianya kamu.....
2) Ekploitasi wanita utk jual tayar kereta n sbgnya yg tak logik......
Iklan Tv @ kt mn2 channel advertising guna wanita utk tarik perhatian...glamor la kut yg wanita nampak...kesian betul kamu....tak sedar ke?
Duit dapat tp maruah makin buruk....Body di tayang utk org tengok terutama lelaki...kalu mak nyah tak kisah la kut just dorang dengki je la....knp kaitkan wanita dgn tayar? knp tak guna gajah je..... rasa lg sesuai kut...kesian kamu....
3) Klip video sex persendirian kebanyakkan tayang wanita je sebagi pelakon utama laki nya tadak pulak....
Wanita tak kisah plak bila boyfriend dia rakam aksi sex dorang...suka plak dia..hehehe kesian kamu...tp kebnyakkan muka jantan setan tak da pn.....tu pun tak sedar2 lg wanita....
P/S tolong la sedar wahai wanita.....Kamu di cipta dgn sempurna.....dan sgt mulia kaum wanita di dunia ini......
Friday, May 29, 2009
Tuesday, April 21, 2009
Saturday, April 18, 2009
Kelemasan kemiskinan

Punca utama kepada berlakunya jenayah di setiap dunia adalah kemiskinan yang membelenggu seseorang untuk bertindak sebagai penjenayah. Jenayah yang dimaksudkan disini ialah seperti rogol,rompakan,ragut,penculikan dan pembunuhan. Mereka yang terlibat adalah dari kalangan orang miskin yang terdesak bagi meneruskan hidup selain mengidamkan kesenangan seperti golongan kaya. Faktor ini menjadi lebih menekan mereka apabila tahap sara diri meningkat tanpa mempedulikan mereka. Sebagai contoh apabila peningkatan harga barang keperluan meningkat menyebabkan golongan miskin terus berasa tertindas. Inilah menyebabkan kecenderongan kepada melakukan jenayah bagi mengatasi kemelot kemiskinan. Bebanan hidup kian menghimpit mereka sehingga "lemas" dan tidak berupaya mencari altenatif untuk keluar dari "kelemasan kemiskinan " dengan cara yang betul. Kepada ahli politik yang di angkat sebagai wakil rakyat oleh rakyat utamakan lah objektif untuk menghapuskan kemiskinan rakyat dari segala-galanya. Ini kerana kemiskinan membawa kepada kekacaun dalam negara dan akan menyebabkan keharmonian terjejas. Saranan saya untuk ahli politik ialah wujudkan lah sesuatu program yang dapat membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan. Pemberian bantuan kebajikan di lihat kurang berkesan dalam membentu golongan miskin tegar. Jueteru itu, program penjanaan ekonomi mereka perlu diperhebatkan. Namun perkara ini perlulah adil untuk semua rakyat tidak kira dari segi kaum mahupun kepartian serta agama. Sama-sama lah kita membantu menghapuskan kemiskinan.
Friday, April 17, 2009
Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz
Setelah sekian lama memperjuangkan Islam kini kita telah diperlihatkan kesannya yang cukup memberansangkan. Sebelum ini kita hanya mendengar orang bukan Islam menghina Islam tapi kini perkara sebaliknya berlaku. sebagai contoh Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guang Eng yang mengagumi cara pendekatan Umar Abdul Aziz serta pemerintahanya berlandaskan "Amal Makruf nahi Mungkar" adalah merupakan satu kejayaan terbesar khasnya Tuan Guru Nik Aziz kerana telah berjaya mempromosikan Islam kepada orang bukan Islam. Parti Islam SeMalaysia(PAS) yang boleh dikatakan telah berjaya di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Terbaru ucapan dalam satu ceramah oleh YB. Nga Khor Ming di Perak yang memetik ayat Al-Quran sebagai hujah ceramah beliau. Walaupun bacaan dan penafsiran tidak berapa tepat tapi maksud yang hendak dinyatakan senang untuk difahami. Lihatlah kini Islam telah dijadikan rujukan oleh orang bukan Islam. Kita hanya mempelajari sistem Islam dari orang terdahulu yang mana kita tidak merasai kesannya secara lansung. Namun dengan adanya realiti cara pemerintahan Islam di Kelantan ramai kini telah membuka mata terhadap keadilan dan kebajikan sistem pemerintahan Islam. Teruskan lah memajukan kerajaan yang ingin melihat syariat tertegak. Jadikan lah Malaysia sebuah negara yang menonjolkan kejayaan sistem Islam. Buktikan lah pada dunia "Islam the way of life". Tahniah kepada Tuan Guru di atas kesabaran beliau dalam membuktikan sistem pemerintahan Islam adalah terbaik pada setiap zaman.
Melayu penakut?
Dalam kita memiliki kuasa pemerintahan, kita takut melaksanakan apa yang kita boleh laksanakan. Sebagai bukti Raja (Agung), Perdana Menteri, dan kaum majoriti adalah dikalangan kaum Melayu malah lebih bersyukur pada Allah s.w.t kerana kaum Melayu terpilih untuk menjadi sebahagian umat Islam di atas muka bumiNya. Namun apa makna kuasa yang kita miliki sekiranya kita masih takut untuk melaksanakan mengikut syariat Islam? Kita biarkan faktor kerosakkan akhlak bermaharajalela dengan memberi alasan demi pembangunan serta kemajuan negara. Fikir lah wahai bangsa Melayu yang beragama Islam. Kita ada kuasa pada waktu ini tapi apa gunanya jika kita takut untuk guna kuasa kita bagi menunjukkan kebaikan sistem perundangan Islam pada dunia terutama orang kafir. Kenapa perlu takut? Kita wujudkan jalan pintas untuk ke neraka (Bukit Bintang) kerana kita penakut. Kita takut untuk menyekat sarang maksiat yang terang-terang kita nampak. Kita tahu judi itu haram dan boleh menjahanamkan kita tapi kita takut untuk menghapuskanya. Lebih takut pada yang tidak berkuasa. Melayu memang penakut dan tidak pernah berani... bukan hendak mencipta bahang perkaum tapi sekadar mengajak anda berfikir.
Subscribe to:
Posts (Atom)