Dalam kita memiliki kuasa pemerintahan, kita takut melaksanakan apa yang kita boleh laksanakan. Sebagai bukti Raja (Agung), Perdana Menteri, dan kaum majoriti adalah dikalangan kaum Melayu malah lebih bersyukur pada Allah s.w.t kerana kaum Melayu terpilih untuk menjadi sebahagian umat Islam di atas muka bumiNya. Namun apa makna kuasa yang kita miliki sekiranya kita masih takut untuk melaksanakan mengikut syariat Islam? Kita biarkan faktor kerosakkan akhlak bermaharajalela dengan memberi alasan demi pembangunan serta kemajuan negara. Fikir lah wahai bangsa Melayu yang beragama Islam. Kita ada kuasa pada waktu ini tapi apa gunanya jika kita takut untuk guna kuasa kita bagi menunjukkan kebaikan sistem perundangan Islam pada dunia terutama orang kafir. Kenapa perlu takut? Kita wujudkan jalan pintas untuk ke neraka (Bukit Bintang) kerana kita penakut. Kita takut untuk menyekat sarang maksiat yang terang-terang kita nampak. Kita tahu judi itu haram dan boleh menjahanamkan kita tapi kita takut untuk menghapuskanya. Lebih takut pada yang tidak berkuasa. Melayu memang penakut dan tidak pernah berani... bukan hendak mencipta bahang perkaum tapi sekadar mengajak anda berfikir.
No comments:
Post a Comment