
Punca utama kepada berlakunya jenayah di setiap dunia adalah kemiskinan yang membelenggu seseorang untuk bertindak sebagai penjenayah. Jenayah yang dimaksudkan disini ialah seperti rogol,rompakan,ragut,penculikan dan pembunuhan. Mereka yang terlibat adalah dari kalangan orang miskin yang terdesak bagi meneruskan hidup selain mengidamkan kesenangan seperti golongan kaya. Faktor ini menjadi lebih menekan mereka apabila tahap sara diri meningkat tanpa mempedulikan mereka. Sebagai contoh apabila peningkatan harga barang keperluan meningkat menyebabkan golongan miskin terus berasa tertindas. Inilah menyebabkan kecenderongan kepada melakukan jenayah bagi mengatasi kemelot kemiskinan. Bebanan hidup kian menghimpit mereka sehingga "lemas" dan tidak berupaya mencari altenatif untuk keluar dari "kelemasan kemiskinan " dengan cara yang betul. Kepada ahli politik yang di angkat sebagai wakil rakyat oleh rakyat utamakan lah objektif untuk menghapuskan kemiskinan rakyat dari segala-galanya. Ini kerana kemiskinan membawa kepada kekacaun dalam negara dan akan menyebabkan keharmonian terjejas. Saranan saya untuk ahli politik ialah wujudkan lah sesuatu program yang dapat membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan. Pemberian bantuan kebajikan di lihat kurang berkesan dalam membentu golongan miskin tegar. Jueteru itu, program penjanaan ekonomi mereka perlu diperhebatkan. Namun perkara ini perlulah adil untuk semua rakyat tidak kira dari segi kaum mahupun kepartian serta agama. Sama-sama lah kita membantu menghapuskan kemiskinan.
No comments:
Post a Comment