Setelah sekian lama memperjuangkan Islam kini kita telah diperlihatkan kesannya yang cukup memberansangkan. Sebelum ini kita hanya mendengar orang bukan Islam menghina Islam tapi kini perkara sebaliknya berlaku. sebagai contoh Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guang Eng yang mengagumi cara pendekatan Umar Abdul Aziz serta pemerintahanya berlandaskan "Amal Makruf nahi Mungkar" adalah merupakan satu kejayaan terbesar khasnya Tuan Guru Nik Aziz kerana telah berjaya mempromosikan Islam kepada orang bukan Islam. Parti Islam SeMalaysia(PAS) yang boleh dikatakan telah berjaya di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Terbaru ucapan dalam satu ceramah oleh YB. Nga Khor Ming di Perak yang memetik ayat Al-Quran sebagai hujah ceramah beliau. Walaupun bacaan dan penafsiran tidak berapa tepat tapi maksud yang hendak dinyatakan senang untuk difahami. Lihatlah kini Islam telah dijadikan rujukan oleh orang bukan Islam. Kita hanya mempelajari sistem Islam dari orang terdahulu yang mana kita tidak merasai kesannya secara lansung. Namun dengan adanya realiti cara pemerintahan Islam di Kelantan ramai kini telah membuka mata terhadap keadilan dan kebajikan sistem pemerintahan Islam. Teruskan lah memajukan kerajaan yang ingin melihat syariat tertegak. Jadikan lah Malaysia sebuah negara yang menonjolkan kejayaan sistem Islam. Buktikan lah pada dunia "Islam the way of life". Tahniah kepada Tuan Guru di atas kesabaran beliau dalam membuktikan sistem pemerintahan Islam adalah terbaik pada setiap zaman.
No comments:
Post a Comment