Thursday, April 12, 2012

Pelajar miskin menjadi "alasan" untuk mengeluarkan dana awam.


Penubuhan  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada dasarnya dilihat cantik..Penubuhanya pada tahun 1997 amat dialu-alukan kerana objektifnya untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu menanggung kos pengajian.Oleh sebab itu,ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Setelah sekian lama,ramai dikalangan pakar akademik,ahli politik,badan-badan NGO,mahasiswa dan rakyat terlihat akan kelicikan permainan politk UMNO dalam mengatur aliran wang negara masuk ke kuncu-kuncu mereka.Pada awalnya kadar faedah sebanyak 3% dan apabila dibangkikan isunya barulah di turunkan kepada 1 % yang dinamakan Ujrah.
Sejak penubuhan PTPTN ini kolej-kolej swasta dan IPTS wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Ini kerana prniagaan pendidikan pada masa itu sangat menguntungkan ditambah pula bantuan untuk mendapatkan pinjaman PTPTN di buat sepenuhnya oleh pihak kolej dan IPTS. Dari segi syarat kemasukan juga dipermudahkan sehingga kemasukannya hanya sekadar 1 kredit.Walaupun nampak baik untuk membantu mereka yang tidak layak ke IPTA namun sebaliknya pihak swasta sebenarnya mengejar keuntungan semata-mata.
Apa yang kita dengar tentang kenaikan yuran pengajian dan kos penempatan pelajar juga meningkat membuktikan pihak swasta menindas pelajar miskin.Ini belum di kira kos buku-buku pengajian selama tempoh belajar.Disini kita dapat melihat betapa rakusnya mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda melalui peruntukan kerajaan yang diberikan kepada pelajar yang tidak berkemampuan.Teori ini merupakan satu teori licik dan teratur untuk mengeluarkan dana awam dan terus masuk ke kocek kuncu-kuncu.Dengan 2 kali untung adalah tidak wajar dikatakan untuk membantu rakyat sedangkan penindasan terlebih dahulu berlaku.Oleh yang demikian,pelajar miskin digunakan sebagai alasan mereka untuk mengeluarkan wang negara.Kelicikan ini pada awalnya tidak nampak dan masyarakat juga lambat mengkajinya terlebih dahulu.Pelajar miskin di IPTA juga terlibat kerana sesetengah IPTA mengenakan kos yang agak tinggi kepada pelajar-pelajar mereka.
Jenis kepala otak UMNO/BN ni semua perkara nak diniagakan terutama hal-hal berkaitan kepentingan awam.Sebab itu penubuhan Kolej swasta dan IPTS tidak di dikawal dengan bersungguh-sungguh.Ini adalah untuk mengaut keuntungan secepat mungkin sebelum rakyat sedar akan permainan licik pemimpin UMNO/BN.
Kesimpulanya,Dato' Seri Najib,Tan Sri Muhyidin Yassin dan Dato' Shafie Afdal mewarwarkan bahawa negara akan bankrup jika pinjaman PTPTN dihapuskan adalah salah sama sekali.Yang akan lingkup adalah pihak-pihak IPTS dan kolej swasta yang telah lama menjadi lintah darat kepada golongan miskin.Ingat hanya 10% yang membayar pinjaman sejak tahun 1997 sehingga sekarang negara belum pernah bankrup.

Wednesday, April 11, 2012

Apa ada di Kelantan

Air terjun Lata Berangin yang terletak dalam daerah Kuala Krai..Airnya sangat jernih sebab tidak ramai yang tahu kewujudan air terjuan ini..di tambah pula tiada sign board jelas untuk ke lokasi..Hanya penduduk berdekatan sahaja yang tahu air terjun ini..Mengambil masa lebih kurang 30 jam untuk sampai..Menurut beberapa penduduk..air terjun ini merupakan kawasan hidro pada asalnya..Namun kegiatan penjanaan eletrik tidak lagi beroperasi.Sebab dipanggil Lata Berangin adalah kerana saudara akan merasai tiupan angin apabila turun ke air..Pemandangan yang sungguh ini pasti memberi ketenangan kepada seriap yang datang ke sini..

Kawasan ini jika di majukan pasti akan menjadi satu tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.Ini kerana airnya yang sangat jernih membezakanya dengan tempat lain.Diharap Kerajaan Negeri Kelantan dapat membangunkan kawasan air terjun ini.Selain lokasinya yang tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Krai kedudukan di tengah akan memudahkan pengunjung dr Kota Bharu dan Gua Musang untuk beriadah bersama keluarga.



Kenderaan kecil seperti kerata boleh masuk rapat ke lokasi namum jalanya agak sempit dan tidak boleh berselisih..Jadi anda perlu berhati-hati dan perlu ada sifat tolak ansur..Namun buat masa ini ramai tidak mengetahuinya.Dengan kesejukan airnya yang jernih ditambah pula pemandangan yang menghijau sudh pasti dapat melepaskan tekanan kerja anda dengan datang dan beriadah sambil mandi manda di sini..

Kisah Zaman Belajar AkudanAkal

Salam semua..lama da xmenulis ..biasalah sebuk skit dgn keja..kali ni AkudanAkal nak tulis dgn cara sempoi lah cz nk amik mood skit..hahha..eeemmm terdetik dihati nk berkongsi skit cter pribadi..oppppps jgn slh sangka k..ni bkn cter unsur sex k hahhaha kuning betul otak korang ni ye hahha...Ni psl susur galur AkudanAkal seblm berjaya...ok cter nye bermula cm ni...masa sekolah duu AkudanAkal ni bknye pandai pun belajr...tp rajin pegi sekolah hahhaha...maklumlah pala hotak lembab pastu xde sape plak nk motivate ms tu...so pegi sekolah mask kelas... blk campak je beg hahaha kerja rumah bt sekerat2 je hahhaa...

Mak n ayah plak bkn kata xmarah tp dorang maybe xtahu nk galakan cm mn...bkn nk slh kan mereka pun..dorang besarkan n bg kasih syg pun dh sgt2 bersyukur dh...Masa kecik dulu AkudanAkal bkn jenis budak degil..ce wah..hahah tp memang btl sbb xde masalh disiplin pn..kecuali dtg lewat lah sbb pg sekolah dl naik bas...mula dulu sekolah kt Taski Assolihin Pengkalan Chepa...hahah AkudanAkal masih ingt lg ms tu AkudanAkal menangis sbb suruh mak n ayah dftarkan ke Taski tu...sbbnye ms AkudanAkal bermain dekat kwsan berdekatan Taski tu..AkudanAkal diajuk oleh seseorg...xingat sp dia.....dia kata "Napa zie xsekolah..tgok tu dorg rmai kwn..blh main2....blk nnti suruh mak daftar msk sekolah...lps blk trs bgth mak..tp ms tu mak n ayah ckp tunggu umur 7thn msk sekolah..bl dgr je cm tu trs meraung n "boikot" dgn tdo atas loteng hahahha  mak n ayah pujuk xmenjd last2 dia g daftarkan gk akhirnye...haha tq mama n babo...ms kt taski disuruh hafal yasin tu..peh memang ingt la dulu..skrg xingat dh hehehe..sygnye kn...

Darjah 1-3 sekolah kt SK Parang Puting..unik kan nama ekolah ni..hahha tp ni lah sekolah AkudanAkal..rindu nk g lawat blk hahah masa kt sekolah apa yg lucu ialah ms bermain dgn sorg kwn pastu tertumbuk perut dia agak kuar la..pastu bl tgk dia sakit n tkt dia repot polis AkudanAkal bg 20sen kt dia agr dia xbgth cikgu..hahahahhah ms ni dh pandai rasuah.hhahhahaa

Darjah 4-6 AkudanAkal bersekolah kt SK Tmn Kosas Ampang...ape yg lucu plak masa kt sini ialah AkudanAkal bermain2 dgn kwn2 sekelas n masa tu AkudanAkal ckp kt sorg kwn kita "katak" dia...hahha tau x....katak yg AkudanAkal nk mksdkan tu ialah "pukul"..Katak dlm loghat Kelantan bermmaksud pukul..hahha sorang kwn tu plak sound apa katak ni?hahhahahah maklumlah org kg mask bndar loghat xtinggal la hahhahast
 ...
Habis sekolah rendah my lovely father nk hntr ke sekolah pondok kt Kedah..tp dlm hr nk msk sekolah sukan..sorg cikgu sukan masa tu ade plawa nak tlg uruskan tp my father ckp xblh..adoi memang frustlah ms tu..Bj jubah dah tempah 2 helai..sempat jgk la try...last2 xjd cz msk sekolah arab kt Kelantan..hahah tp xlama pun cz lari blk KL..hahah

masuk sekolah baru kt area ampang...naik bas 2 kali baru smpai sekolah..punye la cekalkan...hahhaha AkudanAkal ni jenis xsuka ponteng jd kdg lewat giler msk gk kelas..haha rekod dtg lmbt ni memang top lah hahah yela kn dr ponteng lepak kt luar dgn cuaca plak panas bt ape kan...so baik msk kelas dok bwh kipas lg syok..hahhah,,ade 1 kejadian yg xleh nak lupa hahha...nak kata lucu seram pn ade..sekolah AkudanAkal ni kt atas bukit..bdk2 sekolah panggl "sekolah genting" ye la agk tinggi jgk la nak mendaki...ms tu g sekolah naik motor time blk ngn kwn trn dr bukit brek xmakan...hahhhhhhhhhhh mencanak kawal moto..jln trn bkt sekolah plak ramai pelajr..klulah xdpt kwl dgn baik ms tu xpasl2 anak cina kena lnggr @ AkudanAkal n sorg kwn mkn mee sup B*B* maklumlah kt bwh ade kdai cina..hahha pucat lesi AkudanAkal n kwn..hahah

Hbs SPM msk plak Tingkatan 6..ye la result SPM xckp nk msk u katakan...ms kt form 6 ni AkudanAkal agk aktif dlm perstuan n seni budaya..penah la jd jurulatik "terpaksa" utk dikir barat..hahha tp yg best time msk pertandingan citra seni lah cz berjaya jd johan daerah...lps tu terpilih plak ke peringgkat kebangsaan..peh agk best lah...hahhaah ada bkat jgk la AkudanAkal ni dlm bdng lakonan...hahha last2  kuar result STPM agak xmemberangsangkan..huhuhu apa nak bt kan ms tu n sblm tu pn cara blajr xkonsisten...xfokus...tp usaha ttp usaha utk msk gk u..rezeki Allah katakan dpt lah twrn dr uitm utk kampus sarawak tp just pra perdagangan je...

Jenis otak travel suka la dpt smbng bljr kt UiTM Sarawak kampus Mukah...punya la jauh..tp enjoy cz kwn dr semenanjung pun rmai..dipendekan cter ptg pas hbs klas g mancing udang..tp xpenah dpt..kwn2 je yg slalu dpt hahaha..Mukah ni pekan pedalaman majoriti kaumnya plak Malanau...dorg ni sgt peramah...yg xleh lupa bl time krismas ada la g jln rmh kwn yg beragama kristian..ms tu tuan rmh demo mkn ulat sagu..fuh naik meremang tgk dorg mkn idup2 hahahha dasyatkan...kt dorg..ulat ni klu dibekukan utk bwk blk semenanjung blh hidup blk bl dicairkan..wah "very long duration" ulat ni..hahha..tup2 final exam pastu result kuar...dpt la sambung diploma kt UiTM Kota Samarahan..huhhu

Kota Samarahan ni xjauh sgt dgn Kuching..dr airport lbh kurng 35 minit je...AkudanAkal amik bidang pengajian perniagaan..dok sini raye xpenah blk tau..jimat kos kt kan..lg pn klu blk mau hbs beratus..kewangan family agk xstabil so xpyh lah pikir nak blk..tp ms dgr takbir raya agk sedih n ingat jgk la kat famili terutama mama n babo lah..ms raya kdai bnyak tutup..so meggi je la jd makanan penyambung hayat hahha..tp klu g raya umah kwn2 best la blh mkn kek lapis bnyk2 hahah best!!Yg xleh lupa ms mama call bgth atuk meninggal kemudian babo plak msk spital sbb sakit usus n nak kn operate segera..fuh!!! nak blk duit xde so kirim doa jelah dr jauh..ape nk jd redho jelah..klu blk hbs beratus baik guna duit tu byr berubatan babo ms tu...agk sedih la ms tu...wlpn bljar xbijak tp grade on time tau hahha rezeki Allah kt kan..syukur Alhamdulillah...

Dpat plak smbng degree kt UiTM Kota Baru dlm bidang Marketing..Best siot bljr kt cni cz leturer sume rpt..ye la kmpus pn kecik je trn naik tangga jumpa...hahha yg best ms g lwtn smbil bljr ke Sabah..fuyooo cantik Sabah...terutama Gunung Kinabalu...Yang lucu plak ms sem 2 mntk pindah ke UiTM Shah Alam sbb beberapa perkara lps 1 sem kt sn mntak blk UiTM KB plak hahha slamber cm UiTM tu mak bapak punya kan..siap junior mntk tip lg cm mn nak mohon pndah hahah lawak2...last2 grade jgk akhirnya tu pun on time jgk...syukur pd Allah...

Moral of the storynya...korg perlu ingat bhw org yg berjaya ade 2 katagori iaitu...1) Org yg diberi kecerdikan semulajadi oleh Allah s.w.t ke 2)Org yang berusaha bersungguh2..so korang kn memahami diri sndiri mana satu katagori korng...mcm AkudanAkal ni katagori ke 2..sbb SPM hmpir2 hancur lebur..amk plak STPM pun lebih kurg jgk..tp last2 dpt jgk degree wlpn xsemegah mn..hehhe jnji dh berjaya la kn..hahha lg 1 korng kena bijk memotivasikan dr sendiri sbb org katagori ke 2 ni xblh lalai klu hilang fokus blajr parah nk "wake up"..kemudian study kena smart la..br msk ke otak..hahhaha apa pun AkudanAkal berjya menjd manusia yg xterlibat jenayah...syukur...doa jgn lupa..slalu ingatkan mak n ayah agr berdoa slalu..sbb nye doa ibu berkat...so kdg ibu terlupa nk doakan jd kt kn slalu ungatkan dialah...hehehhe


Tuesday, March 13, 2012

Mana logo Halal JAKIM pada Mi Sedaap?


Pasti anda terngiurkan?Mi sedap ni cukup popular terutama sekali mi goreng segera yang cukup mudah disediakan.Dikeluarkan oleh Syarikat yang berpangkalan di Indonesia iaitu Wingsfood Mi Sedap yang dimiliki oleh syarikat Supreme Sdn Bhd.

AkudanAkal bukanya nak dedahkan pasal kandungan Mi  Sedap ni cuma AkuDanAkal rasa curiga dengan status halalnya.Ini kerana majlis agama Islam JAKIM telah menyatakan hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan mereka sahaja yang diguna pakai.



Mi Sedap ni AkuDanAkal sendiri yang beli di Mydin Kota Bharu.Belek punya belek cari logo halal JAKIM tak dijumpai lansung yang ada hanyalah logo halal Indonesia yang aku cukup sangsi dengan mereka.Persoalanya adakah JAKIM mengiktiraf logo halal Indonesia?Bungkusanya tidak ada lansung logo halal Malaysia.Adakah produk ini boleh dipasarkan di Malaysia?Apakah tanggung jawab pihak JAKIM dalam memantau produk yang dipasarkan tanpa ada logo halal yang sah.



Ini antara bahagian yang AkuDanAkal cari logo halal JAKIM namun tetap tak kelihatan.Inilah yang hairan  bagaimana skop kerja anggota JAKIM untuk menyekat barangan makanan yang perlu ada cop halal yang sah apabila berada dipasaran.Oleh itu,AkuDanAkal memohon pihak JAKIM segera membuat siasatan terhadap pihak terlibat iaitu pengedar Mi Sedaap dan juga penjual iaitu Mydin.Bagaimankah produk yang jelas tidak mempunyai logo halal di Malaysia boleh di jual.Apakah statusnya halal atau pun tidak.Kepada pengguna Islam sila waspada tentang logo halal yang sah dari JAKIM supaya kita sentiasa selamat dari penipuan kandungan haram di makan.

Isu yang mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Baru2 ini kerajaan memutuskan sistem gaji kakitangan awam SSM di tukar kepada sistem SBPA yang mana dijamin lebih baik berbanding sebelumnya.bagaimana pun Quepacs dan Pakatan Rakyat membantah sistem ini kerana di lihat tidak adil serta tidak menguntungkan penjawat awam malah lebih buruk berbanding SSM.Desak punya desak akhirnya kerajaan terpaksa akur dan mengalah lalu sistem SBPA ditarik balik.Perdana Menteri dalam reaksi awalnya menyatakan kerjaan perihatin terhadap 1.4 juta penjawat awam sebab itu kerajaan sanggup mengkaji semula sistem SBPA.Tanpa rasa segan dan silu PM berkata begitu...persoalanya adakah wajar kerajaan meluluskan satu sistem yang sangat teruk?Bukan kah ini membuktikan bahawa kerajaan sekarang sangat lemah dalam meminda sesuatu perkara ke arah lebih baik bukanya bertambah buruk.

Dalam isu NFC juga dilihat satu kegagalan yang nyata dimana project ini dikatakan tiada masalah walaupun ternya bukti-bukti penyelewengan berlaku.PM dan TMP serta Menteri pertanian masih cuba menutup penyelewengan dan apabila Shahrizat umum untuk undur mereka memuji dan tindakan tersebut..Apakah ini cara yang betul?

Selain itu,projek LYNAS yang memproses nadir bumi juga di dakwa membawa kebaikan lebih banyak dari keburukan.Menteri Besar Pahang dengan penuh angkut menyelar wartawan cina dengan melebelkan wartawan BODOH apabila memutar belitkan kenyataan beliau.Sebelum itu beliau dengan bongkak menyarankan penduduk sekitar menjual rumah jika tidak mahu duduk di situ dan menyuruh menjual rumah kepada kerajaan negeri dengan harga yang murah.Ini membuktikan beliau sedar harga hartanah dikawasan tersebut bakal jatuh teruk.Sebagaimana fakta yang dinyataka Dato' Husam Musa bahawa keluasan Australia dengan Malaysia berlipat kali ganda dan ini membuktikan negara kanggaru dan rakyatnya tidak mahu menganbil resiko terdedah dengan bahan radio aktif yang sangat bahaya.

Kesimpulannya,Allah juga lah yang mengaturkan keputusan ini untuk membuka mata kita semua agar menolak penyelewengan dan rasuah.Tanpa kuasanya mustahil perkara yang jelas keburukannya tidak disedari oleh mereka yang terlibat.Semoga kita sedar akan bantuan Allah ini..Takbir!!!!