Tuesday, March 13, 2012

Isu yang mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Baru2 ini kerajaan memutuskan sistem gaji kakitangan awam SSM di tukar kepada sistem SBPA yang mana dijamin lebih baik berbanding sebelumnya.bagaimana pun Quepacs dan Pakatan Rakyat membantah sistem ini kerana di lihat tidak adil serta tidak menguntungkan penjawat awam malah lebih buruk berbanding SSM.Desak punya desak akhirnya kerajaan terpaksa akur dan mengalah lalu sistem SBPA ditarik balik.Perdana Menteri dalam reaksi awalnya menyatakan kerjaan perihatin terhadap 1.4 juta penjawat awam sebab itu kerajaan sanggup mengkaji semula sistem SBPA.Tanpa rasa segan dan silu PM berkata begitu...persoalanya adakah wajar kerajaan meluluskan satu sistem yang sangat teruk?Bukan kah ini membuktikan bahawa kerajaan sekarang sangat lemah dalam meminda sesuatu perkara ke arah lebih baik bukanya bertambah buruk.

Dalam isu NFC juga dilihat satu kegagalan yang nyata dimana project ini dikatakan tiada masalah walaupun ternya bukti-bukti penyelewengan berlaku.PM dan TMP serta Menteri pertanian masih cuba menutup penyelewengan dan apabila Shahrizat umum untuk undur mereka memuji dan tindakan tersebut..Apakah ini cara yang betul?

Selain itu,projek LYNAS yang memproses nadir bumi juga di dakwa membawa kebaikan lebih banyak dari keburukan.Menteri Besar Pahang dengan penuh angkut menyelar wartawan cina dengan melebelkan wartawan BODOH apabila memutar belitkan kenyataan beliau.Sebelum itu beliau dengan bongkak menyarankan penduduk sekitar menjual rumah jika tidak mahu duduk di situ dan menyuruh menjual rumah kepada kerajaan negeri dengan harga yang murah.Ini membuktikan beliau sedar harga hartanah dikawasan tersebut bakal jatuh teruk.Sebagaimana fakta yang dinyataka Dato' Husam Musa bahawa keluasan Australia dengan Malaysia berlipat kali ganda dan ini membuktikan negara kanggaru dan rakyatnya tidak mahu menganbil resiko terdedah dengan bahan radio aktif yang sangat bahaya.

Kesimpulannya,Allah juga lah yang mengaturkan keputusan ini untuk membuka mata kita semua agar menolak penyelewengan dan rasuah.Tanpa kuasanya mustahil perkara yang jelas keburukannya tidak disedari oleh mereka yang terlibat.Semoga kita sedar akan bantuan Allah ini..Takbir!!!!

No comments:

Post a Comment