Air terjun Lata Berangin yang terletak dalam daerah Kuala Krai..Airnya sangat jernih sebab tidak ramai yang tahu kewujudan air terjuan ini..di tambah pula tiada sign board jelas untuk ke lokasi..Hanya penduduk berdekatan sahaja yang tahu air terjun ini..Mengambil masa lebih kurang 30 jam untuk sampai..Menurut beberapa penduduk..air terjun ini merupakan kawasan hidro pada asalnya..Namun kegiatan penjanaan eletrik tidak lagi beroperasi.Sebab dipanggil Lata Berangin adalah kerana saudara akan merasai tiupan angin apabila turun ke air..Pemandangan yang sungguh ini pasti memberi ketenangan kepada seriap yang datang ke sini..
Kawasan ini jika di majukan pasti akan menjadi satu tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.Ini kerana airnya yang sangat jernih membezakanya dengan tempat lain.Diharap Kerajaan Negeri Kelantan dapat membangunkan kawasan air terjun ini.Selain lokasinya yang tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Krai kedudukan di tengah akan memudahkan pengunjung dr Kota Bharu dan Gua Musang untuk beriadah bersama keluarga.
Kenderaan kecil seperti kerata boleh masuk rapat ke lokasi namum jalanya agak sempit dan tidak boleh berselisih..Jadi anda perlu berhati-hati dan perlu ada sifat tolak ansur..Namun buat masa ini ramai tidak mengetahuinya.Dengan kesejukan airnya yang jernih ditambah pula pemandangan yang menghijau sudh pasti dapat melepaskan tekanan kerja anda dengan datang dan beriadah sambil mandi manda di sini..



No comments:
Post a Comment