Friday, February 10, 2012

Faham angguk buat geleng


 

Dari kecil kita belajar sehinggalah ke tua kita akan angguk bila di tanya faham?tapi bila suruh buat kita akan menggelengkan kepala.Itulah hakikat kita yang hanya belajar untuk faham tapi tidak pula hendak laksanakan apa yang dah diajarkan.Sebagai contoh dalam isu kos untuk berkhawin yang membebankan pasangan dan ibu bapa apabila merancang untuk berkhawin.
Mana tidaknya majlis kahwin mesti mahu meriah dengan hiasan yang menampakan imej "berduit"di hari bersejarah.Oleh itu,kos majlis akan meningkat hanya kerana imej dan maruah bagi mengelakan menjadi bualan tetamu yang hadir.Takut digelar "kedekut" atau juga di kata "simple" atau "miskin" rata-rata pasangan membuat pinjaman bank bagi menanggung kos majlis khawin mereka.
Walaupun pasangan mahupun kedua ibu bapa mereka pernah belajar tentang perkahwinan menurut Islam namun mereka juga tidak mahu mengikut garis panduan tersebut.Sekali lagi mereka mahu mengelak dari di cop ketinggalan zaman kerana "trend moden" raja sehari "wajib" meriah walaupun terpaksa berhutang.Tujuan asal kenduri perkahwinan sudah tidak mengikut ajaran Islam.
Disinilah kelemahan kita apabila hanya faham ketika belajar tapi tidak amalkan selepas itu.Mungkin juga ustaz-ustaz yang mengajar kita tidak mengamalkannya kerana mengikut trend semasa.Jika ada dikalangan para penceramah agama berbuat demikian macam mana pula murid-muridnya?Pasangan yang berkahwin lebih rela nampak "bahagia" untuk satu dua hari dan tidak kisah hari-hari yang mendatang apabila menanggung hutang pinjaman.Namun tidak ada masalah bagi mereka yang ibu bapa berduit.
Kos perkahwinan sekarang menjangkau RM20,000-30,000 bagi setiap pasangan.Bagi mereka yang baru bekerja atau bukan dari kalangan keluarga berada pinjaman terpaksa dibuat bagi menanggung kos majlis mereka.Namun,selepas majlis ini mereka bakal menanggung untuk tempoh sekurang-kurangnya selama 5 tahun bagi membayar balik pinjaman bank mengikut keupayaan tangga gaji masing.
Perancangan sebegini memerangkap mereka yang berkahwin dengan kos yang tinggi.Mereka  tahu akibatnya namun atas kapasiti ingin menjaga maruah, mereka terpaksa merelakan diri mereka menanggung beban.Oleh sebab itulah kehidupan yang terbeban dengan hutang seringkali mudah goyah akibat dari tekanan kewangan yang dihadapi mereka.Lebih parah apabila anak sudah lima tapi masih lagi tinggal dirumah sewa atau rumah ibu bapa.
Kesimpulanya,siapakah yang akan berani melawan "budaya moden" ini dengan meletakan cara Islam itu sebagai cara yang jimat,selamat dan bahagia dalam melayari bahtera dalam dalam sistem untuk berkeluarga.Maka akan faham dan melaksankanlah apa yang telah kita belajar dan berfaedahlah ceramah yang dissampaikan para ustaz dan ustazah kepada kita.

Thursday, February 9, 2012

hancurnya angan-angan Dr hassan..

Baru-baru ini media sebuk dengan isu pemecatan Dato' Dr Hassan Bin Ali dari PAS berkuatkuasa serta merta.Laporan media yang kononya menjadi berita hangat adalah meleset sama sekali kerana rata-rata rakyat tidak ambil peduli tentang isu tersebut.Ini mungkin disebabkan tingkah laku Dr Hassan yang memualkan golongan tegar Pakatan Rakyat(PR) terutama penyokong Pas.Hassan dilihat cuba memporak -perandakan dengan kenyataan yang bertentangan dengan dasar yang diperjuangkan PR.Sehinggakan ada yang menuntut Dr Hassan dibuang atau meletak jawatan.Mungkin juga berkat doa mereka yang berasa dizalimi Dr Hassan yang tetap berdegil dengan membuat kenyataan songsang Pas menerusi Presidennya telah memecat Dr Hassan serta merta.Dengan keputusan ini ternya ramai dikalangan ahli Pas bersorak gembira dan bagi mereka Pas berjaya membuang "nanah yang mungkin akan jadi barah"..
Dr Hassan yang dilihat seorang yang mempunyai hubungan dengan UMNO telah menonjolkan dirinya sebenar apabila usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO gagal sama sekali.Disebabkan kekecewaan inilah Dr Hassan melancarkan serangan tanpa henti sehingga dilihat sebagai boneka UMNO yang berkempentingan peribadi.Namun Dr Hassan dengan sifat yang angkuh telah cuba memporak perandakan parti dalam pakatan rakyat pula.Dengan provokasi terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat dalam isu liwat,beliau seolah-olah dia adalah seorang saksi kes tersebut.
Kini beliau membuat penjelajahan keseluruh negara bagi menggagalkan misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.Siapakah yang akan memberi modal untuk penjelajahan Dr Hassan nanti?Adakah sumbangan orang ramai atau dari koceknya sendiri?Jika datang dari kocek sendiri mampukah beliau mengilingi ke seluruh pelusuh negara?Bagi AkudaAkal mustahil jika untuk kesetiap pelusuk tapi jika hanya 1 tempat untuk setiap negeri ada betulnya.Apapun tujuannya Dr Hassan dipersilakan untuk menghentam sapa-sapa yang beliau anggap "parasit" dalam Pas kerana beliau kini bebas bergerak dan bebas berkata apa saja.
Beliau juga telah menubuhakan NGO yang bertindak sebagai kuasa ketiga mengikut firasatnya saja.Perlu di ingat kuasa ketiga negara sebenarnya datang dari suara mahasiswa yang sentiasa peka pada pembangunan negara.Dr Hassan hanya masuk bakul dan angkat sendiri dengan mengatakan NGO yang beliau tubuhkan akan menjadi kuasa ketiga dalam negara ini.

Kereta merempuh motosikal

Ketereh Khamis 9 Feb 2011-Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah perodua VIVA pada petang hari semlam.Difahamkan motosikal ini telah di rempuh oleh kereta VIVA dan menyebabkan penunggang motosikal dan pembonceng terperosok kedalam parit tanpa air.Ketika gambar ini di ambil mangsa telah pun di bawa ke hospital berdekatan.Tahap keseriusan kecederaan mangsa kejadian tidak dapat dipastikan.





Beginilah keadaan kereta perodua VIVA yang terbabas lalu terbalik.Pasukan bomba sedang membuat pemeriksaan keselamatan.Mengikut penduduk di kawasan tersebut kereta ini hilang kawalan setelah merempuh motosikal yang di tunggang oleh seorang wanita yang membongcing seorang kanak-kanak.kereta ini dipandu oleh seorang lelaki yang datang dari arah Melor menghala ke Ketereh.



Ke empat-empat tayar ke atas setelah pemandunya gagal mengawal kenderaan.










Orang ramai yang menyaksikan keadaan kemalangan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Monday, February 6, 2012

Halal ke tak ni?

Aku ada pegi kedai ni beberapa hr lps...menarik tu memang la menarik tp aku ada yang tak kena plak sbb kebanyakan prodak dia takde logo HALAL...Tapi kenapa yang aku pelek cam mn prodak makanan takde halal blh dijual?

So xjd ler aku nak membelinya sbb aku rasa was-was dgn status halalnya..tapi sbb rs nk kongsi dgn korang aku pn amk la skit gmbr2 utk dijadikan bahan..tapi aku xdelah nk rosakn perniagaan dorg ni cuma aku tkt kt sebagai pengguna ni kena tipu plak..so utk kebaikan bersama aku pn snap la gmbr2 ni....









Korang penah tgk x makanan gula-gula jeli bersalut gula..dulu ada diisytiharkan ada geletin Babi...kt sini ada dijual tp xde pn logo halal..bnyak jenis plak tu..so baik korg hati2 lah k..bak kt ustazah makan kena jg tkt nnti gelap perut...







                                                                                 Tengok ni mana ade cop halal pn..blh ke dijual tnpa ada cop halal?
Ni pun sama..xde lansung logo halal pada bunkusan makanan....Tp Jakim ada datang cek ke tempat2 cam ni?ke pejam mata buat tak tahu je?Cam mana lah org2 Jakim bekerja kan?Rasa aku banyak lagi kedai2 kt sini meragukan aku n korang sume...








Halal takde..maklumat pasal bahan2 xde jgk..bahaya btl lah..klu lah org Islam main beli ikut suka je kesiankan klu makanan ni xhalal..takut aku klu mkn mkanan xhalal..korang berhati-hatilah ye benda mkan ni bkn boleh bt main2...jd darah daging ni...

Sunday, January 15, 2012

Sistem berekonomi secara Islam satu teori yang paling tepat..

Perniagaan mempunyai etika-etikanya tersendiri baik dari segi sudut agama mahu pun sekular.Dalam ilmu perniagaan yang digunapakai di setiap negara di dunia lebih condong kepada teori barat iaitu sekular.Pelopor-pelopor barat berjaya mempengaruhi teori mereka kepada seluruh dunia bagi menunjukkan teori mereka berjaya.Di dalam Islam pula perkembanganya agak terlewat disebabkan tiada sesiapa yang berjaya membuktikanya kepada masyarakat dunia bahawasanya teori perniagaan Islam lebih praktikal dan selamat dan adil.Ini dapat dibuktikan dalam penggunaan mata wang Islam berlandaskan Dinar dan Dirham yang meletakkan nilai matawang di tahap yang lebih selamat dan kukuh dalam pasaran.Oleh itu,sebarang urusan dalam perniagaan lebih menguntungkan berbanding sistem perniagaan barat yang akhirnya bakal memiskinkan peniaga.Sebagai contoh,nilai pada RM1 boleh menjadi kurang disebabkan pertukaranya yang jatuh berbanding nilai 1dinar atau 1dirham yang kukuh.Jika para peniaga atau usahawan menyimpan RM1juta pada masa ini berkemungkinan nilai itu akan berkurangan atau tiada nilai,tetapi nilai dinar dan dirham tetap mempunyai nilai yang kukuh malah bertambah.Pada hakikatnya, orang-orang Islam sendiri tiada usaha untuk memperjuangkannya malah mudah terpengaruh dengan penggunaan dalam bentuk note yang nilainya terumbang-ambing.Cetakan wang kertas oleh barat atau lebih tepat dikatakan pengeluaranya di lakukan oleh Yahudi merupakan satu keuntungan mudah tanpa perlu ada apa-apa bentuk pertukaran yang menguntunkan kedua-dua belah pihak.Bagi negara-negara yang menggunakan wang kertas,mereka terpaksa menggadaikan pasaran mereka hanya untuk memperolehi wang tersebut.Akhirnya,pergangtungan akan berterusan tanpa mampu berbuat apa-apa.Inilah satu perkara yang merugikan umat Islam untuk jangka masa panjang.Sistem matawang dinar dan dirham tidak berjaya di komersialkan atas sebab kita tunduk dengan tekanan barat.Kita juga gagal sama sekali mempertahankanya malah tidak pula berusaha lebih gigih untuk membuktikan teori penggunaan dinar dan dirham ini merupakan satu sistem pertukaran matawang yang sangat efisyen dan adil bagi semua termasuklah dalam urusan perniagaan.Kini negara barat mula menyedari akan kestabilan matawang berasaskan emas dan perak dan mereka telah mula mengumpul emas sebagai aset tahan lama.Jika ini masih kita tidak sedar alangkah lebarnya senyuman sinis mereka pada kita orang Islam.
Selain itu,pendekatan ilmu perniagaan Islam yang menitik beratkan sifat ikhlas dan jujur dalam berurusan.Nabi Muhammad s.a.w pernah meriwatkan dalam hadisnya yang bermaksud 9/10 kekayaan adalah dari perniagaan.Ini menunjukan pada kita teori yang dinyakan oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu teori yang sangat realistik.Namun rata-rata orang Islam gagal mengambil peluang dalam bidang perniagaan sedangkan tiada pula dalam teori keluaran barat menyipulkan bidang ini seringkas teori Nabi Muhammad s.a.w.Kita sendiri dapat melihat bagaimana masyarakat Cina menjadi kaya raya dengan menceburi bidang perniagaan.Teori mudah Nabi Muhammad s.a.w iaitu 9/10 kekayaan adalah dari bidang perniagaan gagal kita terjemahkan dalam masyarakat kita.Kegagalan ini juga menunjukkan kita juga gagal dalam membuktikan teori perniagaan Islam benar.Ini kerana penguasaan dalam dunia perniagaan dipolopori orang kafir yang berbangga dengan teori mereka.Dimanakah cerdik pandai kita yang dikatakan "brilliant" itu?ke manakah para pemikir kita yang tersohor itu?Apakah kajian yang dibuat oleh para pengkaji kita yang mempunyai pangkat professor?Adakah mereka ini menyumbang dalam pembangunan ilmu kita?Atau mereka juga bersekongkol dengan teori perniagaan barat sehingga menyembunyikan teori agung Islam.Inilah dikatakan satu kerugian pada umat Islam sekiranya kita sentiasa "menceduk membuta tuli" teori barat tanpa mebuat satu analisa konprihensif ke atas teori kita sendiri.Namun itu, baru kini kita sedari bahawa matawang dinar dan dirham benar-benar kukuh dan bidang perniagaan itu satu lubuk kekayaa.Alangkah baiknya jika dari dulu lagi kita sedari tentang teori-teori ini.seperti kata pepatah gajah depan mata kita tidak nampak kumbang diseberang kita nampak.Peningkatan harga emas dan perak telah membuatkan kita sedar tentang jawapan teori Islam yang kita pelajari dulu.Kekayaan orang-orang kafir melalui bidang perniagaan telah membuka mata kita tentang teori 9/10.
Dalam sistem perbankan Islam juga memperlihatkan realitinya dalam menjalankan perkhimatan pnjaman mahupun melibatkan jual beli berbanding sistem konvesional yang menjana keuntungan berasakan riba.Di dalam sistem Islam pijaman yang mempunyai riba ditegah sama sekali untuk mengelakan berlaku penindasan terhadap pelanggan.Iainya seakan satu jangkaan apabila kita mengambil kira kewujudan teori ini.Dengan berpandukan situasi di negara eropah yang dihimpit masalah negara yang menyebabkan negara mereka diistiharkan muflis.Keadaan tidak akan berlaku sekiranya mengguna pakai sistem perbankan Islam yang lebih terjamin.
Secara kesimpulanya,para cendikiawan kita perlu lebih berani memperjuangkan teori yang terdapat dalam keilmuan Islam.kajilah sedalam mungkin maksud tersirat yang terdapati pada setiap lapangan bidang asalikan ianya mendatangkan faedah kepada seluruh umat manusia khasnya umat Islam.Beranilah kita memperjuangkanya demi membuktikan kepada orang-orang kafir bahawasanya cara berekonomi kita lebih tepat serta adil dari kepada manusia.Tiada penindasan berlaku malah memberi keadilan kepada semua.Ingat!!! Islam sebagai  "The way of life".

Tulisan..
Ramzi Ahmad aka AkudanAkal
BBA(HONS) MARKETING
15/01/2012
11.42pm


Bila usia semakin senja

Aku dah tua,korang masih muda jangan lah jadi macam aku dulu..tentu sekali anda pernah mendengar ayat ini bukan?Nasihat dari mereka yang berusia kepada orang muda.Tapi itulah hakikatnya bila usia semakin senja,mereka yang tua akan menasihati dan memperingati orang yang masih muda.Namun,ada sesetengah golongan berusia kadang kala mencerca perbuatan golongan muda yang dilihat keterlaluan seperti perbuatan merempit,melepak dan sebagainya. Apa yang pasti golongan tua yang semakin senja cuba memberi nasihat yang berguna pada anak muda agar perbuatan tak berfaedah dihentikan.Lumrah kehidupan,bila dah senja ingat dosa pahala tapi masa muda lebih kurang sama saja.hehehhe 
Apapun kita perlu ingat sebagai orang muda.. kita sendiri perlu menjadi golongan muda yang berguna dan perlu sentiasa ingat mana yang baik dan mana yang buruk.Jangan nanti baila dah tua baru kenal baik buruk.Nak bagi nasihat kat anak muda tu perkara baik tapi jangan terlalu kejam sebab masa anda muda-mudi dulu lebih kurang juga degilnyakan?
Tujuan AkudanAkal tulis pasal ni bukan apa kadang-kadang naik meluat dengan orang tua yang berapi2 marah kat orang muda macamlah dorang dulu baik sangat padahal perangai dulu lagi teruk pun ada dari orang muda sekarang.Lagi satu AkudanAkal nak ingatkan orang muda agar jangan buat perkara tak baik tu dari zaman kita muda ni sebab bila dah tua orang muda lepas tu tak ada point untuk menyalahkan kita.Jadi anda semua yang muda-muda perlu lah tanamkan azam untuk tak buat perkara2 yang salah baik disisi undang2 mahupun agama..Jaga tingakah laku kita sekarang agar kita lebih tenang bila dah tua nanti..Nasihat untukku dan untuk mu jua..kikiik

Sunday, December 11, 2011

Kelantan masih kosong....

Kelantan yang turut dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang merupakan sebuah negeri majoriti penduduknya Melayu dan mengamalkan ajaran Islam.Negeri ini mempunyai budaya unik yang tersendiri seperti keunikan seni budayanya yang menjadi sebahagian identiti rakyat negeri Kelantan.Namun, daya tarikan pelanconganya agak kurang berbanding negeri lain di Malaysia.Pelancong yang datang ke negeri ini hanya semata-mata untuk membeli-belah dan bukanya datang dari suatu yang lain.Negeri ini tidak mempunya tempat-tempat yang cukup menarik bagi mereka-mereka inginkan kelainan.Walau bagaimana pun negeri ini mempunya destinasi yang tidak kurang menariknya seperti Gunung Stong,Taman Negara Kuala Koh,pantai, dan sebagainya.Namun itu, usaha kerajaan negeri dalam menambah tarikan pelancong luar masih di lihat lemah sebagaimana dapat kita lihat pantai Portdicson yang cukup terkenal dengan aktiviti sukan airnya.Inilah yang dikatakan sebagai tarikan pelancong yang berjaya dibangunkan bagi menambah tarikan itu di satu tempak rekreasi.Dengan jumlah pantai yang banyak dan lebih cantik tidak dapat menjamin kedatangan pelacong luar.Menikmati keindahan semula jadi sahaja mungkin hanya untuk satu hari sudah cukup tetapi untuk menjadikan destinasi itu menjadi lebih menarik, kerajaan negeri perlu mengisinya dengan aktiviti lain yang tidak bertentangan dengan syariat yang mereka.Ini merupakan satu cabaran kepada kerajaan negeri bagi membezakan aktiviti bagaimana yang dibolehkan oleh Islam.Sama ada memberi tawaran kepada pihak swasta bagi merencanakanya atau melalui pihak pelancongan negeri yang diamanahkan oleh kerajaan negeri.Dengan adanya penambahbaikan ini sudah tentu dapat menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negeri.Rakyat Kelantan semestinya memerlukan satu tempat riadah keluarga bagi tujuan bersuka-ria asalkan tidak bertentangan syariat Islam di masa cuti.Disi tangung jawab kerajaan negerilah yang harus mencari kaedah dalam menentukan aktiviti bagaimana yang dibolehkan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak.Jika hanya tempat sedia ada tanpa sebarang aktiviti lain, perasaan bosan masyarakat akan terus memberontak.Kerajaan negeri perlu bertindak sekarang untuk membuktikan Islam bukan hanya satu agama mundur seperti kata mereka yang melihat pentadbiran negeri Kelantan yang kosong tanpa ada pengisian sosial yang boleh dicontohi negeri lain.Negeri ini cukup terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya malah penyebaran ilmu agama dan ilmu dunia juga subur dinegeri ini.Oleh itu,keseimbangan perlu ada bagi mengisi masa cuti untuk bersama keluarga.Jika berjaya,masyarakat Kelantan akan lebih melihat kejayaan kerajaan negeri dari sudut berbeza berbanding negeri lain.Ingat mendengar ceramah tidak sesuai pada waktu petang.Tapi,petang yang santai sahaja tidak akan bermakna jika ianya sentiasa kosong tanpa pengisian..