Friday, February 10, 2012

Faham angguk buat geleng


 

Dari kecil kita belajar sehinggalah ke tua kita akan angguk bila di tanya faham?tapi bila suruh buat kita akan menggelengkan kepala.Itulah hakikat kita yang hanya belajar untuk faham tapi tidak pula hendak laksanakan apa yang dah diajarkan.Sebagai contoh dalam isu kos untuk berkhawin yang membebankan pasangan dan ibu bapa apabila merancang untuk berkhawin.
Mana tidaknya majlis kahwin mesti mahu meriah dengan hiasan yang menampakan imej "berduit"di hari bersejarah.Oleh itu,kos majlis akan meningkat hanya kerana imej dan maruah bagi mengelakan menjadi bualan tetamu yang hadir.Takut digelar "kedekut" atau juga di kata "simple" atau "miskin" rata-rata pasangan membuat pinjaman bank bagi menanggung kos majlis khawin mereka.
Walaupun pasangan mahupun kedua ibu bapa mereka pernah belajar tentang perkahwinan menurut Islam namun mereka juga tidak mahu mengikut garis panduan tersebut.Sekali lagi mereka mahu mengelak dari di cop ketinggalan zaman kerana "trend moden" raja sehari "wajib" meriah walaupun terpaksa berhutang.Tujuan asal kenduri perkahwinan sudah tidak mengikut ajaran Islam.
Disinilah kelemahan kita apabila hanya faham ketika belajar tapi tidak amalkan selepas itu.Mungkin juga ustaz-ustaz yang mengajar kita tidak mengamalkannya kerana mengikut trend semasa.Jika ada dikalangan para penceramah agama berbuat demikian macam mana pula murid-muridnya?Pasangan yang berkahwin lebih rela nampak "bahagia" untuk satu dua hari dan tidak kisah hari-hari yang mendatang apabila menanggung hutang pinjaman.Namun tidak ada masalah bagi mereka yang ibu bapa berduit.
Kos perkahwinan sekarang menjangkau RM20,000-30,000 bagi setiap pasangan.Bagi mereka yang baru bekerja atau bukan dari kalangan keluarga berada pinjaman terpaksa dibuat bagi menanggung kos majlis mereka.Namun,selepas majlis ini mereka bakal menanggung untuk tempoh sekurang-kurangnya selama 5 tahun bagi membayar balik pinjaman bank mengikut keupayaan tangga gaji masing.
Perancangan sebegini memerangkap mereka yang berkahwin dengan kos yang tinggi.Mereka  tahu akibatnya namun atas kapasiti ingin menjaga maruah, mereka terpaksa merelakan diri mereka menanggung beban.Oleh sebab itulah kehidupan yang terbeban dengan hutang seringkali mudah goyah akibat dari tekanan kewangan yang dihadapi mereka.Lebih parah apabila anak sudah lima tapi masih lagi tinggal dirumah sewa atau rumah ibu bapa.
Kesimpulanya,siapakah yang akan berani melawan "budaya moden" ini dengan meletakan cara Islam itu sebagai cara yang jimat,selamat dan bahagia dalam melayari bahtera dalam dalam sistem untuk berkeluarga.Maka akan faham dan melaksankanlah apa yang telah kita belajar dan berfaedahlah ceramah yang dissampaikan para ustaz dan ustazah kepada kita.

No comments:

Post a Comment