Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Tolong jaga tepi kain aku....

Kalau aku buat maksiat.. tegurlah aku...
Kalau aku minum arak.. laranglah aku..
Kalau aku buka aurat.. nasihatlah aku..
Kalau aku mencuri..motivasikan aku
Kalau aku sesat..bimbinglah aku..
Kalau aku lalai..ingatkan lah aku..
Kalau aku menagih dadah...insafkanlah aku...
Apa akan terjadi pada aku jika tiada sapa yang ambil peduli tentang kejahatan ku?
Jangan dibiarkan aku terus leka dengan kejahatan..
Jagalah tepi kain ku demi untuk kebaikan diriku...
Allah mungkin jadikan kamu untuk menjaga tepi kain ku...dijadikan kamu itu bukanya sia-sia..
Dijadikan kamu untuk memperbetulkan diriku yang rosak....kamu tolonglah jaga tepi kain ku....
Janganlah kamu buang sifat jaga tepi kain yang ada dalam diri mu...jika tidak punah lah aku selama-lamanya..
Aku mungkin tidak akan sedar akan keceluparan ku..aku juga mungkin akan mati dalam penuh keaiban..
Kasihanilah aku..sayangilah aku...tanpa kamu bebaslah aku sebebas-bebasnya...Jagalah tepi kain ku selalu...Busy lah pada body ku demi menjaga tatasusilaku sebagai HAMBA ALLAH........


Sunday, February 12, 2012

Temankan Al-Quran kita...


Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan teman-teman pelayar blog...hehhe Hari ini AkudanAkal menulis secara ringkas sahaja.Emmmm dah tahun 2012 dah rupanya fikir2 balik macam ada benda yang agak lama ditinggalkan..dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan dan yang paling lama dari tahun ke tahun lah kita mungkin xmembaca "Kitabullah" iaitu Al-Quran...Banyak masa kita tapi tak ada masa untuk baca Al-Quran lansung mungkin juga dengar pun tak jugak..Oleh itu,marilah sama-sama kita muhasabah diri untuk mula membacanya mulai sekarang..Kita luangkan masa diantara Maghrib dengan Isyak ni masa untuk kita dengan Al-Quran..Mudah-mudahan kita ada jugak masa untuk membacanya.Anda semua mesti tahukan kelebihan kita membaca Al-Quran ni.Jadi jangan biarkan Al-Quran kita berabuk lagi ya.Semoga Al-Quran menjadi teman kita untuk setiap hari..InsyAllah