
Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang membentuk persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia.Majoriti penduduk mengikut kaum adalah Melayu beragama Islam. Budaya tradisionalnya cukup unik dan terkenal baik dari segi seni mahupun makananya.
Kali ini AkudanAkal ingin mengupas tentang diskriminasi politik yang berlaku terhadap rakyat negeri Kelantan Darul Naim.Rakyat Kelantan cukup sinonim dengan politik dan rakyatnya juga memiliki pendirian yang berani dalam kontek politik.Ini kerana setiap pilihan raya umum rakyatnya cukup berani untuk membuat perubahan.
Parti seperti Pas dan Umno sudah biasa menang atau kalah dalam pertarungan medan pilihan raya umum sebelum ini.Bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang Kelantan di perintah Parti Islam Se Malaysia(PAS) dibawah kepimpinan Dato' Bentara Setia Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
Namun, berlaku begitu banyak diskriminasi dari Kerajaan Persekutuan apabila "menganak tirikan" negeri ini kerana rakyatnya tidak memilih Barisan Nasional yang dikepalai parti UMNO.Sejak zaman Tun Mahathir lagi rakyat Kelantan telah dihukum dengan menyekat pembangunan negeri.
Disini AkudanAkal melihat hukuman tersebut bukan untuk menindas rakyat Kelantan semata-mata tetapi lebih kepada memperlihatkan kegagalan pemimpin PAS dalam memerintah negeri.Walaubagamanpun, strategi ini masih gagal disebabkan pilihan rakyat bukan semata-mata kerana kebendaan.Inilah yang membuktikan keberanian dan kecerdikan pendirian rakyat Kelantan dalam berpolitik.
Walaupun dikatakan ketinggalan dari segi pembangunan, rakyatnya tetap tahu siapa yang lebih amanah dalam menguruskan harta negeri dan memilih pemimpin yang mengikut syariat Islam demi kesejahteraan rakyatnya.Antara sekatan kerajaan persekutuan ialah tidak membina lebuh raya,stadium baru,menyekat hasil royalti,menaik taraf lapangan terbang,tidak memberi bantuan kewangan yang cukup dan banyak lagi.
Ini menampakan bahawa kerajaan persekutuan cuba untuk menjatuhkan wakil rakyat dengan cara yang cukup tidak beradap kerana cuba menonjolkan kegagalan wakil rakyat dari Pas yang sah dipilih rakyat dengan cara menyekat peruntukan yang wajib dari kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.Permainan "tidak jantan" ini hanya untuk mengabuli mata rakyat semata-mata.
Apa yang AkudanAkal lihat para pemimpin UMNO "cukup terliur" dengan hasil balak,minyak,emas,biji besi dan lain.Ini lah yang membuatkan mereka "bercakaran" sesama sendiri dalam memilih calon mewakili parti.Pemimpin mereka hanya "laparkan" hasil tersebut dan jika UMNO menang di Kelantan 20 tahun atau 10 tahun sebelum ini berkemungkinan telah lama hasil negeri di habiskan.
Jangkaan rakyat mendahului pemikiran licik pemimpin UMNO kerana kebijaksanaan dan keberanian membuat keputusan telah menjadikan mereka tidak termakan sogokan kebendaan.Rakyatnya bijak membezakan kewajipan tertentu berada di bawah kerajaan persekutuan.Mereka memahami had yang ada pada kerajaan negeri di samping kekakangan dari kerajaan persekutuan.Namun,pesanan ringkas dari Tok Guru Nik Aziz kepada rakyatnya ialah"apa saja yang mereka(UMNO) beri ambil sebab barang yang mereka beri itu duitnya datang dari kamu(rakyat)".
Sebagaimana di negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO/BN,menjadi contoh terbaik untuk kita melihat akibat dari pemerintahan yang penuh dengan rasuah.Perkara ini tidak pernah berlaku walaupun ada sesetengah pemimpin UMNO Kelantan cuba menabur fitnah dan membuat laporan kes rasuah yang melibatkan pemimpin Pas termasuklah Tun Guru sendiri.
Oleh itu,negeri Kelantan akan terus selamat dari "kerakusan pemimpin UMNO/BN" jika masih diperintah oleh Pas.Sampai bila mereka boleh sekat peruntukan negeri?lambat laun akan memakan diri.