Merajuk...satu sifat yang ada pada kanak-kanak dan warga emas yang nyanyuk.Apabila kemahuan seorang kanak-kanak tidak dipenuhi mereka akan merajuk dan sukar di kawal sehingga segala benda akan di baling lintang pukang.Bagi warga emas pula mereka akan mudah merajuk sekiranya anak-anak tidak menuruti apa yang mereka pesan.Kebiasaannya warga emas mudah merajuk apabila mengalami sindrom nyanyuk.
Dengan tersiarnya tajuk sebegini secara tepatnya kita dapat simpulkan bahawa parti UMNO ini adalah sebuah parti "kebudak-budakan".Kenapa AkudanAkal berkata begitu?Sebabnya parti UMNO ini mempunyai sifat sama seperti kanak-kanak.Pemimpin mereka yang tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya akan merajuk sebagai mana yang berlaku kepada kanak-kanak.Kenyataan dari Tun Abdullah jelas mengatakan pemimpin mereka mudah merajuk sehingga sanggup "menendang betis" kawan yang terpilih.Ca
Mungkin juga ada logiknya apabila usia 54 tahun parti UMNO memerintah negara sudah terlalu tua sehingga mengalami sindrom nyanyuk.Apabila sudah nyanyuk mula lah ada sifat merajuk.Inilah logiknya parti ini perlu ditukar dengan sebuah "parti muda" yang boleh membawa perubahan malah pemimpinnya tidak mudah merajuk.
Tun Mahathir juga pernah merajuk sampai nangis-nangis depan khalayak ramai dalam sidang tahunan parti UMNO sehingga terpaksa dipujuk oleh ketua wanita UMNO pada ketika itu iaitu Dato' Rafidah Aziz.
Cukup malu bukan jika ada anak-anak kita meronta-ronta dalam pasar yang penuh sesak.Itulah hakikatnya bila ada sifat merajuk dan nyanyuk.UMNO perlu pencen atau dipencenkan oleh rakyat kerana partinya "tidak matang" seperti kanak-kanak dan telah nyanyuk seperti warga emas yang nyanyuk.Percakapan mereka merapu dan idea mereka sudah bercelaru.Mana mungkin mereka masih boleh memerintah dalam keadaan ini.



No comments:
Post a Comment