Sumber:Google imej
Kali ini AkudanAkal ingin melontarkan isu tentang jenayah dalam negara kita yang kian menakutkan.Saban hari kita mendengar atau membaca tentang jenayah yang berlaku.Jenayah bunuh,rogol,sumbang mahram,merompak,dadah dan lain-lain menjadi satu fenomena yang semakin tak terkawal.
Perasaan orang yang melakukan jenayah semestinya puas bila misinya berjaya tetapi mangsa dan ahli keluarga,sahabat dan masyarakat pula cukup geram dengan apa yang berlaku.Apakah undang-undang sedia ada tidak cukup menakutkan si penjenayah?Bila sebut saja mengenai hukuman semestinya akan membandingkan hukum sivil dan hukuman hudud.
Kadang-kala AkudanAkal serta masyarakat mengharapkan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada si pelaku jenayah namun sesetengah pihak pula akan bercakap tentang "perikemanusian" terhadap hukuman kepada penjenayah.Penjenayah cukup bernasib baik bila ada segelintir kumpulan yang membela mereka dari segi hukuman yang mempunyai "perikemanusian" tetapi bagaimana pula "perikemanusian kepada mangsa dan ahli keluarganya?
Ada banyak cadangan dari masyarakat tentang hukuman yang memberi kesan mujarab terhadap penjenayah.Antara cadangan mereka ialah para penjenayah berat ditempatkan dalam satu kawasan yang sekar untuk mereka kembali dalam masyarakat contohnya pulau.Ada logiknya juga kerana penjenayah ini sudah tidak layak untuk hidup dalam masyarakat bukan penjenayah kerana mereka membahayakan masyarakat awam serta menyusahkan pihak kerajaan.Adakah pihak kerajaan tidak terfikir tentang cadangan ini atau mereka juga tergolong dalam puak yang "berperikemanusian" kepada penjenayah?
Dalam penjara sekarang makan minum,perubatan dan tempat tinggal penjenayah ditanggung oleh wang rakyat.Mereka menadapat layanan bagaikan hidup dalam syurga walaupun kadang-kala terseksa emosinya.Kenapa harus ada golongan yang bersimpati kepada mereka sedangkan penjenayah ini telah menyusahkan orang lain terutama mangsa dan ahli keluarga.
Walaupun hukuman yang ada sekarang dilihat menakutkan masyarakat namun sudah tidak relevan lagi apabila mengukur statistik jenayah yang kian mendadak serta ganas.Persekitaran yang sudah tidak selamat telah munukar corak kehidupan masyarakat kini.Mereka sudah tidak yakin tentang keselamatan baik diluar rumah mahupun di dalam rumah mereka sendiri.
Perasaan geram mangsa dan ahli keluarga serta masyarakat berakhlak sudah pasti akan bersetuju penjenayah dihukum lebih berat tetapi sebaliknya pula bagi segelintir lagi masyarakat akan membela penjenayah dengan mengatakan hukuman terlalu kejam melanggar hak kemanusiaan.Disini wujudnya satu ketidak adilan bila pembela mengatakan hukuman terhadap penjenayah perlu "berperikemanusian" dan tidak boleh "kejam".Kadang-kala mereka memberi peluang penjenayah ini untuk berubah walaupun dengan melakukan kesalahan jenayah berulang kali.
Apakah kekejaman penjenayah kepada mangsanya "berperikemanusian"?Sudah tentu sekali jawapanya tidak.Tetapi kenapa penjenayah perlu mendapat hak kemanusian?Dalam erti kata lain layakkah mereka mendapat pembelaan dari segelintir masyarakat yang memperjuangkan hak kemanusian kepada penjenayah.Niat pembela cukup baik namun apa pula implikasi kepada masyarakat awam yang hidup mereka terancam?
Mungkin ada segelintir dikalangan penjenayah berubah dan bertaubat namun lebih ramai yang mengulangi jenayah malah lebih kejam.Golonagn ini boleh diibaratkan sebagai tidak pandai mengambil peluang diberi malah mereka beranggapan penjara adalah "hotel beradu" setelah penat melakukan jenayah.Hukuman sedia ada sudah terbukti gagal menginsafkan penjenayah tegar.Oleh itu,Kaedah hukuman yang lebih tegas dan keras wajar diguna pakai sekarang kerana statistik jenayah sentiasa meningkat malah lebih kejam.
No comments:
Post a Comment