Monday, April 25, 2011
Dunia oh Dunia....akhirat selamanya...
Dunia oh dunia...bila akan berakhir riwayat mu....?Lelaki bertukar menjadi seorang wanita manakala wanita pula bertukar menjadi lelaki..Dunia oh dunia..bila akan terdengar tiupan sangka-kala...?Alim ulama' sudah tidak di hormati lagi..di caci di maki tiada henti..Dunia oh dunia..bila akan berlakunya tsunami kiamat ke atas mu..?Seorang artis mendapat hidayah dan petunjuk menuju ke jalan yang benar...tetapi sepuluh anak muda menuju kesesatan bila mana program-program sosial bermaharajalela...Dunia oh dunia..Bila akan hancurnya batu-batu...?manusia penfitnah di angkat dan di julang tinggi...manusia di fitnah merana melawan tohmahan angkara fitnah...Dunia oh dunia...Bila pencakar langit akan rebah..?Rasuah sudah biasa dan tidak rasa berdosa..anak bini menanggung musibah berdagingkan hasil yang haram...Dunia oh dunia..bila berakhirnya bakti mu pada manusia dan seluruh alam?Ketika manusia mencurahkan dosa ke atas butir pasir dan tanah....terlupa bahawa asal kejadianya dari tanah-tanah yang suci tanpa noda dosa...Dunia oh dunia..ku menumpang hanya sementara mencari bekal akhirat selamanya......
Friday, April 15, 2011
Melayu berfikiran short term period....
Zaman telah berubah..Ramai antara kita tidak menafikan tentang perubahan zaman..Dari kampung berubah menjadi bandar dari pokok kayu berubah menjadi pokok batu.Begitulah perubahan dari masa ke semasa sehinggalah kita tidak terkejar dek perubahan yang berlaku.Dalam kontek hantaran perkahwinan nilai kosnya melambung tinggi sehingga menjadi satu "trend" masyarkat kini.Kenaikan kos hantaran dikatakan berpunca dari kenaikan kos sara hidup masa kini.Adakah teori ini btl mengikut pakar ekonomi?Bila harga barangan naik kenaikan kos hantaran juga akan dinaikan.Jika mengikut sesetngah pendapat mereka mengatakan kos hantaran diletak tinggi bagi melihat kesungguhan si lelaki untuk menikahi si perempuan.Apakah nilai kesungguhan itu hanya terletak pada seorang lelaki sahaja?Jangan salah lelakilah bila lelaki ego dengan isterinya lepas khawin nanti kerana harga yang di bayar sebagai hantaran itu membuatkan lelaki lebih berkuasa.Seorang lelaki bila berkahwin akan memikul beban yang agak besar untuk rumah tangganya.Rumah,kereta,barangan keperluan harian menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan segalanya cukup.Tapi jika hanya hidup menyewa rumah orang bilakah akan memiliki rumah sendiri untuk keluarganya?Bayangkan kos kahwin mencecah 30k dr manakah wang itu diperolehi kalau tidak dari bank atau ah long.Bagi lelaki yang sekurang-kurangnya mempunyai diploma dan berhutang pula dengan PTPTN kos hutang mencecah 15k.Bayangkan jika mereka melanjutkan pengajian sehingga degree,master,PHD berapakah hutang mereka?Inilah perkiraan yang perlu di ambil berat bagi memastikan kehidupan rumah tangga akan bahagia.Apa guna hidup menyewa sampai beranak pinak?Inilah fikiran orang Melayu yang hanya berfikiran untuk jangka masa pendek.Budaya inilah yang menyebabkan Melayu kehilangan asset penting dalam kesinambungan kehidupan.Apa tidaknya setiap sen yang dibelanjakan hanya untuk kepuasan sementara bukan untuk kepuasan selamanya.Apa tidaknya jika dilihat kos puluhan ribu dibelanjakan semata-mata untuk majlis perkahwinan.Tapi keperluan masa hadapan entah macam mana lagi.Inilah AkudanAkal maksudkan pemikiran short term yang ada pada orang Melayu..Berubah lah demi masa depan yang lebih baik.
Saturday, April 9, 2011
MAHARAJA TAIB...satu peringatan kepada rakyat Sarawak....
Wahai orang Sarawak tahukah anda bahawasanya negeri anda mempunyai pelbagai sumber ekonomi yang lebih banyak dari negeri lain di semenanjung?Sepatutnya anda sudah lama membangun berbanding negeri semenanjung.Negeri anda mempunyai telaga minnyak,kayu balak,tanah pertanian,perikanan,perkilangan dan lain-lain.Keluasan negeri anda saja seluas 12 buah negeri di semenanjung.Tapi kenapa masalah keperluan utiliti seperti air dan eletrik masih berlaku dalam negara menghampiri status negara maju.Adakah anda sedar bahawa pemerintah yang memerintah negeri selama 30 tahun tidak berusaha untuk menyelesaikannya?Apakah faktor geografi yang masih menghalang anda dari mendapat bekalan utiliti dan hak milik tanah adat atau faktor pemerintah yang sengaja mendera anda agar terus ketinggalan dalam mendapat imformasi perkembangan terkini dalam setiap bidang yang kini berada di hujung jari.Wahai rakyat Sarawak sekalian beranilah mengubah pemimpin anda demi kelansungan masa depan anda sebagai rakyat yang berhak ke atas setiap hasil negeri.Masa inilah kuasa anda ada untuk menyedarkan "Maharaja Taib" yang berangan-angan menjadi pemilik tunggal ke atas negeri anda.Walaupun anda seorang Iban,Kadazan,Dayak,Cina,Melanau,Murut dan lain-lain etnik anda tetap seorang manusia yang inginkan kesenangan hidup dan terus maju demi kemajuan generasi anda seterusnya.Jangan biarkan anda terus diperbodohkan oleh "MAHARAJA TAIB".Ingat 30 tahun lepas apa yang Maharaja Taib lakukan untuk anda berbanding untuk diri dan keluarganya.Inilah peluang anda wahai rakyat negeri Sarawak...Buatlah keputusan yang berani demi masa depan anda selepas ini.Selamat Mengundi Selamatkan Negeri Sarawak.
Wednesday, April 6, 2011
Betapa BODOHNYA Orang yang bernama ANWAR ini!!!!!Kesilapan Dato' Seri Anwar apabila meminta Shazly Eskay menemani beliau semasa melanggan pelacur....
Politik negara kita sentiasa panas bermula pada tahun 1998.Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir Bin Muhammad sebagai Perdana Menteri ketika itu.Akibat daripada perselisihan yang berlaku antara mereka tercetusnya tuduhan ke atas DSAI sebagai seorang pemimpin yang rendah tahap moralnya apabila tuduhan liwat diwujudkan.Akibat dari itu tercetusnya satu kebangkitan rakyat yang di gelar Reformasi rakyat.Semua golongan tahu bahawa pengaruh DSAI cukup kuat sejak beliau berada dalam UMNO lagi.Baik kawan mahupun lawanya yang berada dalam parti atau diluar parti juga turut mengakui tentang pengaruh DSAI yang lebih di lihat sebagai seorang yang bakal menggantikan Dr Mahathir.Apapun bagaikan hujan di siang hari yang turun dengan lebat telah menukar lanskap politik negara.Namun,Kekentalan DSAI dalam melawan fitnah terhadapnya cukup menggusarkan para pemimpin UMNO dan seterunya.Ini kerana,dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh beliau berjaya meningkatkan majoriti kemenangan yang sebelum ini di menangi isteri beliau sendiri.Inilah bukti tuduhan itu masih tidak mampu menggugat pengaruh DSAI.Usaha manusia yang pendendam juga diteruskan dengan tuduhan liwat II.Di cipta sekali lagi bagi menggugat pengaruh DSAI serta bertujuan melenyapkan DSAI dari arena politik negara jika ingin terus berkuasa tanpa perlu menghadapi tentangan hebat pembangkang.Pertuduhan liwat II masih dalam perbicaraan mahkamah setakat ini.Tidak berhenti disitu timbul pula isu video seks DSAI bersama pelacur warga Cina yang didalangi oleh Trio yang di gelar sebagai Datuk T.Pengesahan keaslian video tersebut telah pun disahkan oleh Ketua Polis Negara namun belum ada pengesahan si pelaku sebenar yang dikatakan mirip DSAI.Jika sekali imbas pelakunya mirip DSAI namun bagi saudara Johari dan Chegubad mereka yakin pelaku sebenar bukan DSAI.Terdapat beberapa fakta yang menyokong mereka antaranya tulisan Siam,susuk tubuh dan gerakan badan yang tidak sama dengan DSAI.Jika difikirkan secara logik akal seorang yang sedang menghadapi tuduhan liwat mana mungkin tidak berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang boleh menjerumuskan beliau dalam isu seks tersebut.Di tambah pula mengajak seorang teman menemani belaiu untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut.Bagai bola tanggung yang mudah dilibas pihak lawan jika begitu bodoh si pelaku tersebut mempercayai kawan yang belum tentu dapat menyimpan rahsia perbuatan keji tersebut.Apa yang pasti apabila berasa masih tergugat isu sebegini akan dimainkan untuk memastikan ada isu besar yang boleh dimainkan dalam kempen pilihan raya di Sarawak.Bagi mereka yang berfikiran mereka sudah tentu dapat membaca jalan cerita seterusnya bagaikan pengarah filem yang sentiasa mengulangi jalan cerita yang seakan sama.Oleh itu,jitukan pemikiran kita sebelum mempercayai laporan media yang pasti menjadi pencerita yang baik untuk memastikan jalan cerita dalam cerita tersebut mendapat sambutan rakyat seterusnya mempengaruhi mereka untuk mempercayainya.
Subscribe to:
Comments (Atom)