Monday, February 28, 2011
Berdoa untuk kematian wakil rakyat
Kematian wakil rakyat yang membawa rezki kepada rakyat.Menjelang pilihan raya tidak kira kecil atau besar bakal membawa pelbagai imbuhan dari kerajaan pemerintah.Ini adalah senario politik di negara kita di mana segala imbuhan akan di beri sebagai umpan kepada pengundi.Pengumuman kepentingan awam juga sering dibuat ketika berlakunya sesuatu pilihan raya.Antaranya pengumuman penurunan harga minyak kenderaan,penurunan kadar tol,kenaikkan gaji dan bantuan kepada para petani dan nelayan.Keadaan ini tidak didengari pada hari-hari tanpa pilihan raya.Sungguh pelik serta jelek bila keadaan ini terus-terusan berlaku.Apakah pemikiran rakyat kita masih cetek dalam melihat penipuan sebegini.Mungkin betul pemikiran para pengundi mudah ditipu kerana berita di akhbar tentang masyarakat yang di tipu sering dilaporkan.Aku dan Akal merasakan doa dan solat hajat perlu dilakukan untuk memohon wakil rakyat meninggal dunia untuk membolehkan pilihan raya kecil dilakukan bagi mendapat imbuhan segera.Jika ada PRK jalan berlubang akan diturap,rakyat miskin akan dibantu,rakyat sakit akan dilawati,jambatan akan dibina dan sebagainya.Projek segera sebegini hanya akan berlaku sekiranya PRK diadakan.Persoalanya kenapa projek dan bantuan seperti ini tidak ada walaupun tanpa PRK?rakyat kita perlu ubah pemikiran agar tidak diperbodohkan sebegini.Jalan kampung yang masih berbatu perlukan jalan tar,perkampungan yang masih tiada bekalan utiliti sangat-sangat memerlukan.Mereka juga ingin hidup selesa dan senang dalam negara sendiri.Baik Melayu,Cina,India,Orang Asal,Iban,Kadazan dan seluruh etnik yang ada mereka tetap manusia dan warganegara ini.Mungkin mereka bernasib malang kerana wakil yang mereka pilih belum "mati".Mereka perlu berdoa agar wakil rakyat mati jika mahu mendapat imbuhan sebegitu.
Dr M pengidap sindrom sudah lupa.
Dr Mahathir terus menerus menyerang Tuan Guru Nik Aziz kebelakangan ini.Apakah agenda tersembunyi Dr M terhadap TGNA?Setiap kritikan terhadap TGNA dilihat mempunyai satu agenda untuk mengganggu gugat kewibawaan TGNA.Antara isu yang digunakan adalah melibatkan Nationalis Islam,Pluralisme dan isu Melayu.Aku dan Akal berpendapat Dr M menghidap "sindrom sudah lupa" yang membuatkan beliau sering menyerang TGNA.Beliau lupa bahawasanya belaiu tiada apa-apa lagi dalam kerajaan dan parti.Apapun ketenangan TGNA dalam menjawab semua isu dilihat sangat menghormati Dr M yang telah bersara.Dengan jawapan yang sangat terpuji sebagai memberi riaksi terhadap kritikan Dr M dilihat lebih kepada mendakwah Dr M agar mengingati mati dan alam akhirat kelak.Ini lah ketokohan TGNA yang meletakkan beliau seorang ulama' yang dihormati dikalangan masyarakat baik dalam dan luar negara.Sepatutnya Dr M perlu sedar "balance" kehidupan beliau perlu di isi dengan beribadat kepada Allah.Ini lah yang Dr M lupa tentang keperluan akhirat yang perlu beliau bawa.Sebab sindrom yang dihidapi oleh Dr M,TGNA sering mengingati beliau tentang keperluan akhirat.Oleh itu,Dr M perlulah sedar bahawasanya beliau sudah tiada masa yang cukup untuk beribadat jadi haruslah mengabdikan diri untuk keperluan akhirat nanti.Mudah-mudahan Dr M akan sedar bahawa beliau tidak mungkin ada 22 tahun lagi dan janganlah lupa....
Friday, February 11, 2011
Tuntutan Royalti minyak Kelantan 1jihad untuk pembangunan ekonomi rakyat Kelantan
Keratan akhbar yang menyatakan penemuan minyak di pantai Kelantan.Walaupun sumber ini dikeluarkan oleh akhbar pro pembangkang ianya tetap menjadi bukti penemuan tersebut.
Majlis menandatangani Perjanjian Royalti minyak petroleum Kelantan antara Pengerusi Petronas YBM Tengku Razalegh Hamzah dengan Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Mohamed Nasir.Apakah majlis ini merupakan satu majlis kosong tanpa makna bila royaltinya tidak di bayar Petronas terus kepada Kerajaan Negeri?Kini hasil royalti Kelantan di tukar kepada sumbangan wang ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP).Istilah royalti merupakan hasil yang berhak diterima rakyat manakala pemberian ehsan merupakan pemberian sumbangan atas dasar "kesian" Kerajaan Pusat kepada Kelantan.Ini satu penghinaan kepada rakyat Kelantan di atas perkara yang "Hak" rakyat Kelantan.Oleh itu,kepada wakil-wakil rakyat tidak kira pembangkang mahupun pemerintah terutama wakil rakyat dari Kelantan mereka perlu perjuangkan hak rakyat Kelantan sehingga hak rakyat dikembalikan.
Ini merupakan peta kedudukan telaga minyak yang dijumpai di perairan Kelantan.Kedudukan yang dikatakan lebih dari 3 batu nautika merupakan satu agenda untuk menghalang pembayaran terus kepada Kerajaan Kelantan yang memerintah ketika ini.Kerana kerajaan pilihan rakyat ini merupakan pembangkang di peringkat pusat tetapi pada peringkat negeri mereka adalah kerajaan pemerintah dan bukanya pembangkang.Oleh yang demikian,mereka berhak menerima hasil royalti minyak kerana mereka adalah wakil yang dipilih rakyat di Kelantan.Kerajaan pusat mungkin takut kepada keberkesanan kerajaan negeri menguruskan hasil royalti.Dengan hasil itu kerajaan negeri berupaya membangunkan negeri tanpa perlu mengharapkan bantuan pusat.
Berita Harian juga turut memaparkan artikel berkenaan penemuan minyak di Kelantan.1983 merupakan tahun Kelahiran Aku dan Akal.Ketika penemuan ini Aku dan Akal masih tidak memahaminya.Kini Aku dan Akal telah memahami segalanya dan mula mencari sumber berita penemuan ini.Bila yang "HAK" dikatakan "TIDAK" dan bila "ROYALTI" ditukar "EHSAN".Kerana Kelantan di perintah pembangkang kerajaan pusat mencari helah bagi menyekat hasil negeri ke tangan kerajaan yang memerintah.Sejarah royalti Terengganu yang di tarik bila pembangkang memerintah menjadi bukti ketakutan kerajaan pusat terhadap ketelusan yang diamalkan kerajaan PAS.Kini mahkamah mengambil alih tugas untuk menentukan HAK rakyat Kelantan.Di harap pihak mahkamah mengadilanya secara adil dalam perbicaraan tersebut.Ingat!!! rakyat Kelantan bukan peminta sedekah..Royalti HAK RAKYAT bukan EHSAN.

Apa yang terbaru di Kelantan..
Satu lagi Restoran Makanan Segera yang diusakankan oleh anak tempatan.Restoran yang telah dirasmikan pembukaanya pada 10 Feb 2011 terletak di bandar Tanah Merah kelantan.Restoran ini bakal menjadi alternatif kepada orang ramai menikmati makanan segera tempatan.Antara menu istimewanya ialah Nasi Dagang Terengganu,Ayam Goreng AC dan banyak lagi.Pihak Restoran juga menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan sekitar.
Kemeriahan di hari perasmian ACFASTFOOD..
Pemilik ACFASTFOOD (Baju putih)
Keselesaan ruang makan yang menjamin keselesaan pelanggan.
Meja makan yang membolehkan anda menikmati makanan sambil mengadakan perbincangan.
Dekorasi dalaman yang selesa bagi setiap lapisan masyarakat.

Apa ada di Kelantan...
Kebanyakan kita tidak tahu akan kewujudan sesuatu yang mungkin tidak terdapat di negeri lain tapi masih ada di Kelantan.Perusahaan secara tradisional sebegini masih mendapat sambutan kerana kualiti dan harganya berpatutan jika dibandingkan dengan perusaan moden.Perusahaan yang lebih dikenali sebagai" Perusahaan Pertukangan Tempa"iaitu barangan buatan tangan yang meliputi parang,pisau,pedang,kapak,sabit dan sebagainya.Terletak di Kampung Kayu Kelat Alor Pasir Tanah Merah.
Bahan yang digunakan untuk membentuk pelbagai barangan.Antara logam besi yang digunnakan ialah besi dari spring kereta dan sebagainya.
Antara mesin yang digunakan untuk menempa logam menjadi pelbagai bentuk yang diperlukan.Jika dahulu mengetuk logam adalah cara yang memerlukan tenaga dan kemahiran tinggi tapi akibat dari tempahan yang meningkat alatan sebegini dapat mempercepatkan kerja menempa dilakukan.
Sarang pembakaran untuk membakar logam sebelum di tempa.Proses ini memerlukan arang dan sistem angin digunakan untuk meniup bara arang agar sentiasa menyala.
Mesin menempa yang menggantikan cara menempa tradisional.Cepat dan menjimatkan tenaga.
Antara koleksi yang siap di tempa dan canai.Kemahiran yang tingga perlu pada peringkat ini kerana kehalusan mata parang dan sebgainya akan memastikan ketajamannya.
Antara hasil tempa yang akan dicanai sebelum dijual.
Kemahiran tukang canai yang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam proses terakhir ini.
Kilang yang telah lama diusahakan tetapi masih menjadi pilihan masyarakat sehingga kini.Diusahakan oleh sebuah keluarga yang berasal dari Kemboja dan telah lama menetap di negeri Kelantan.

Thursday, February 3, 2011
Apa yang terbaru di Kelantan....
Medan Ikan Bakar yang terletak di Kedai Buluh merupakan tarikan baru bagi masyarakat Kelantan dan para pelancong dalam dan luar negara.Apa pun Medan Ikan Bakar masih dalam pembinaan dan akan di buka dalam waktu terdekat.
Kawasan tempat letak kenderaan yang selesa bagi pengunjung.Berdekatan dengan kawasan penduduk kampung yang cukup mesra.Medan ini juga bakal meningkatkan sumber ekonomi penduduk tempatan apabila di buka kelak.
Struktur bangunan yang agak menarik dan selesa.Namun kepad pengunjung yang membawa anak-anak kecil perlu mengawasi mereka dan tidak leka membiarkan anak-anak bermain sendirian.
Selain itu pengunjung juga boleh melawati Jeti Perikanan dan pantai mek mas yang terletak di penghujung jalan.
Pemandangan berlatar belakangkan Sungai Kelantan yang luas..Bagi kaki pancing tempatan kawasan ini merupakan lubuk ikan Gelama pada setiap tahun.Kemeriahan aktiviti memancing boleh di lihat sekitar bulan 4 setiap tahun.
Udara yang segar dan pemandangan yang mendamaikan dapat menenangkan diri.
Keindahan pemandangan yang begitu mengasyikan.
Ruang Medan yang luas dan selesa.
Kelebaran sungai Kelantan yang indah dan mempersonakan.

Subscribe to:
Comments (Atom)