Thursday, February 7, 2013

Mimpi 56 tahun..



Sejarah 56 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN telah lama orang sebelum kita lihat dan kini kita juga telah melihatnya sendiri.Namun itu,sejarah yang mereka pahat itu semakin lama semakin mengarut.Mereka mencanangkan merekalah jaguh kemerdekaan sebenar walhal mereka hanyalah penumpang titisan darah pejuang sebelum mereka.Mereka kata mereka membangunkan negara walhal rakyat di bawah bangunan sensara.

Selama mereka memerintah negara ini dengan penuh selesa rakyat sentiasa dihambat bebanan hidup.Ya! negara kita aman makmur tapi Singapura,Brunie juga aman makmur.Jika negara dalam keadaan sejahtera bukankah masa itu sangat2 sesuai untuk sesebuah negara memberi sesuatu yang lebih baik?

Mereka bijak meracuni fikiran rakyat sebelum ini dengan hanya bersandarkan kepada kemakmuran negara tetapi itu dulu.Dulu kita sentiasa di tipu malah mudah di tipu oleh mereka untuk menutup kegiatan mereka tetapi ruang maklumat kita pada masa tu sangat terbatas.lihatah kekayaan mereka dan keluarga mereka sekarang ini.Apa yang kita tak mampu miliki, mereka dah lama milikinya dan kita hanya mampu milihat kemewahan mereka.

Sanggupkah anda memberi peluang 56tahun lagi kepada mereka?Jika anda sanggup teruskan mengundi mereka tetapi jika anda sudah tak sanggup, lakukan perubahan untuk mencipta sejarah ini bersama2.Kita sama2 saksikan sejarah ini dengan mata kepala kita sendiri.

Dulu apa mereka salurkan dalam berita keluaran mereka kita akan terus percaya namun sejak berlaku revolusi penyampaian maklumat baru kita tahu cerita disebalik "tabir" mereka.Kita lihat bangunan tinggi kita akan rasa bangga.Kita lihat keamanan negara, kita rasa selesa dengan cara mereka memerintah.Itulah "tabir" mereka yang menyebabkan kita kabur kegiatan sebenar mereka.

Kita bersusah payah untuk mendapatkan apa yang dihajati tetapi mereka tidak pernah berasa susah seperti kita.Anak2 dan kroni mereka dapat projek berjuta2 kita pula terkial2 bertanding tender.Selama 56 tahun kita "terbuai disebalik tabir" mereka rakus mengambil peluang.

Dalam mimpi selama 56 tahun kita dihanyutkan tatapan pembangunan yang hanya mampu kita tengok sambil berkata "aku bangga melihat pembangunan negara" "keamanan negara berbilang bangsa" tetapi himpitan hidup beransur menekan kita saat kita bermimpi dalam lena yang direka.

Nah!Sekarang ini kita telah terjaga dari lena mimpi indah dengan melihat pada diri apa yang kita miliki.Hakikatnya 56 tahun sudah berlalu kini baru kita beransur sedar betapa tekanan dalam hidup realitinya sentiasa menekan.Harga rumah,barang2 harian,keperluan asas semakin meningkat adakah kita mahu menambah keperitan itu 5-10 tahun lagi?

Mereka juga sedar kita telah terjaga dari buaian mereka lantaran itu mereka mencari jalan untuk melenakan kita semula dengan dengan wang.Mereka ingin mendodoi kita dengan lagu baru "Janji Ditepati" "kerajaan prihatin".Sejarah sudah mula tercipta apabila dalam tempoh 56 tahun pemberian tunai kepada rakyat melambangkan mereka khuatir kita telah sedar sepenuhnya.

Jangan kita berasa untung dengan pemberian ini kerana mereka bukan mahu membantu kita tapi mereka menagih bantuan dari kita untuk kekal berkuasa.Dikesempatan itu "tabir" yang mereka bina akan sentiasa tertutup rapi.

Kepada pengundi terutama pengundi atas pagar kami mohon bantuan dari anda semua untuk memilih calon dari parti PAS,PKR dan DAP dalam PRU13 nanti.Undi anda sangat2 bermakna untuk mencipta sejarah baru di tanah air tercinta.Selagi masih ada hanyat saya,rakan2 saya dan anda masih mampu melihat sejarah baru itu.



Friday, January 11, 2013

Polis sendiri membuat propaganda...ada gambar..

Propaganda...oh propaganda...Jangan main-main dengan propaganda...Baru-baru ini telah berlansung satu sesi "basuh otak" di Kota Bharu..Sesi ini merupakan sesi penerangan jenayah dan isu-isu semasa.Namun,hanya beberapa minit selepas itu sesi bertukar kepada propaganda politik yang memburukan pembangkang dan memuji kerajaan.

Wajarkah pihak polis bertindak sedemikian malah turut membuat propaganda tentang keburukan memilih pembangkang terutama DAP.Tidak sepatutnya polis yang diamanahkan rakyat menjaga keamanan negera bertindak melancarkan propaganda sedemikian..

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan..

 Penceramah berpropaganda laungan Azan tidak dibenarkan jika PR memerintah..
 Seorang polis perlu berlaku adil kepada semua.Jika mahu bercakap politik mereka perlu bercakap diluar waktu bertugas @ terus menyertai parti politik..Tidak menjadi kesalahan kepada pihak polis untuk menyokong mana-mana pihak tetapi janganlah membenarkan mana-mana pihak menggukan anda untuk menjadi jurucakap politik mereka.gaji yang anda terima juga hasil cukai yang dibayar oleh rakyat yang menyokong pembangkang.Apakah anda yang bercakap untuk UMNO/BN akan meletak jawatan sekiranya ditakdirkan PR menjadi kerajaan kelak?
Islam tidak melarang perkahwinan campur malah Islam menuntutnya..dengan syarat lelaki mahupun perempuan perlu memeluk agama Islam jika ingan berkahwin dengan lelaki@perempuan Islam.

Isu ini pun nak dipropagangdakan..nak bercakap pasal agama biarlah berilmu dulu..Jangan main hentam saja..
 Memainkan isu sebegini amatlah memalukan kerana penghapusan sekolah agama rakyat dulu telah dilakukan oleh Tun M...di mana suara menentang pihak polis pada ketika itu?
Komunis lagi...
 Pertubuhan Melayu yang rasis perlu lah dihapuskan..kalau bertujuan untuk menjaga Melayu janganlah terpekek telolong salahkan kaum lain..



 Aku rasa Mas rugi dulu sebab orang Melayu bawak lari duit..



 Ahhhh sudah...habislah kuasa Melayu...takutnyaaaaa...
Oit sapa yang eksport minyak sawit ke Israel?Sapa yang menggunakan penasihat orang Israel?Apco itu company dari mana?
 Haha Islam sendiri menyeru agar hari jumaat adalah cuti untuk beribadah..Dah terlaksana sekian lama di negeri Terengganu,Kedah dan Kelantan..





Apa yang ditunjukan dalam gambar di atas adalah merupakan gambar-gambar yang digunakan oleh penceramah sebagai propaganda untuk tujuan menakutkan rakyat.Pihak polis telah digunakan untuk melancar propaganda ini untuk menakutkan rakyat agar tidak memilih PR terutama DAP dalam PRU13 nanti.

Mungkin mereka ingat rakyat sebagai "kanak-kanak" yang ditakutkan agar tidak nakal..sebab itu mereka membuat propaganda sebegini...Hanya yang bodoh saja yang berasa takut tapi tidak kepada yang berilmu.. 


Thursday, January 3, 2013

Giant iklan ayam tak sembelih

 Apa yang tak kena pada gambar iklan ini?Ia bagaikan permainan cari barang tersembunyi.Seorang rakan saya telah terperasan gambar iklan ini lalu menunjukan kepda saya..apa lagi dasar blogger pantang dapat isu niru saja saya tadahkan..hehehhe

Adakah harganya?atau tulisan atau ayam?Jika anda seorang yang bermata cerah semestinya anda akan menjumpainya.

Ayam ini murah dan segar tp..........
Apa yang saya nak tunjuk ialah ayam ini tidak disembelih..Walaupun hanya gambar tapi bagaimana ayam ini dimatikan untuk dijadikan model ayam untuk pengiklanan?

Setiap apa yang nak diiklankan perlulah mengambil kira sensitiviti agama.Jika dilihat betul-betul ayam ini tiada kesan disembelih namun persoalanya, adakah supermarket ini menjual ayam tanpa sembelih atau menjual baangkai ayam..

Diharap pihak berwajib menyiasat perkara ini dengan teliti.

Friday, December 28, 2012

Kocek Tak kosong itulah Kelantan......

Negeri Kelantan mendapat keberkatan Allah

Tahukah saudara semua bahawa rakyat negeri Kelantan sangat bertuah sejak dipimpin oleh para ulama'?Negeri yang dulunya selalu di "cop negeri miskin" kini telah menjadi antara negeri yang terkaya.

Dimuka bumi ini juga Allah melahirkan ramai para alim ulama' yang kini tersebar ke pelusuk negara mengajar ilmu agama.Buminya jugalah yang melahirkan seorang pemimpin yang memimpin kerana Allah bukan kerana wang ringgit,harta benda serta pangkat dan darjat.Mengambil masa 22 tahun lebih mendidik rakyatnya dipentas ceramah tanpa ada pablisiti dari media massa yang lebih canggih.Hasil didikan serba kekurangan ini Allah mengutuskan pula seorang Sultan yang beriman.Subhanallah!

Jika anda seorang yang beriman walaupun dengan selemah iman semestinya anda akan nampak keberkatan ini.Cuba perhatikan hasil bumi yang keluar dari perut bumi Kelantan yang melimpah-ruah dan belum terhenti lagi.Walaupun rata-rata rakyat negeri Kelantan belum merasai kenikmatan itu,sekurang-kurangnya mereka telah tahu hal berkenaan.Hanya perlu berjuang sikit saja lagi dengan orang yang menzalimi rakyat Kelantan.

Dalam anda tidak sedar rupanya Allah memberi kekuatan berterusan kepada Tok Guru memecah kebuntuan dari anasir judi,tahyul dan maksiat dengan menghapuskanya dari bumi Kelantan.Jika tidak rakyat Kelantan akan dilekakan dengan perkara ini dan sudah tentunya tidak akan ramai rakyatnya menjadi cerdik pandai.Bersyukur!

Allah juga menghalang memberi kuasa kepada mereka-mereka yang mahu merosakan bumi "sekebun bungai iman" ini.Anda lihat dinegeri-negeri yang dirintah oleh orang-orang yang tidak beriman,tanah-tanah rizab orang Islam semakin berkurangan,belum menerima peminpin yang wasatiah,hasil buminya tidak bertambah dan sebagainya.

Kehidupan rakyat dinegeri ini cukup nikmat kerana mereka tidak terlalu tertekan dengan mengejar dunia malah sempat membuat amal untuk bekalan di akhirat kelak.Kehidupan kekeluargaan yang sangat indah kerana mereka mempunyai cukup waktu untuk bersama keluarga.Mereka tidak dibebani jika mahu membawa anak-anak bersiar-siar,wang saku cukup untuk mereka melayani kemahuan anak isteri.

Kemajuan negerinya berlaku mengikut rentak pendapatan rakyatnya tidak terlalu jauh meninggalkan "kocek" namun tidak juga terlalu lebih isi "koceknya" jika terlalu lebih kebarangkalian akan melalikan.Semangat "sek kito" menjadi teras utama dalam kaedah "bersaing"(Berkawan) membuatkan rakyat Kelantan sedia menghulurkan bantuan tanpa mengira siapa anda.

Oleh itu,bersama-samalah kita menjaga keberkatan Allah ini untuk selama-lamanya sebelum nikmat ini ditarik semula.Indahnya kehidupan di negeri Kelantan.Allahu Akbar!






Satu penghinaan kepada rakyat Kelantan....

 Negeri Kelantan terus dipijak maruahnya apabila kerajaan pusat terus-menerus"memberitahu" rakyat dengan cara cukup mengaibkan rakyat Kelantan.

Gambar ini menjadi bukti penghinaan dari Kerajaan Pusat terhadap rakyat negeri Kelantan.Kenapa apa-apa projek pusat di label "Sumbangan"?

Pemberian sumbangan bermakna negeri Kelantan  tidak layak menerima projek pembangunan dari persekutuan sekiranya wakil kerajaan tidak mengizinkan.
Bangunan ini dibina untuk kemudahan rakyat tetapi melalui sumbangan dari kerajaan pusat.

Kerajaan persekutuan seolah-olah ingin memberitahu rakyat bahawasanya negeri Kelantan yang diperintah oleh Ahli Dewan undangan Negeri(ADUN) dikalangan orang parti PAS gagal.

Dimanakah sebenarnya keikhlasan wakil rakyat dari UMNO dalam melaksanakan amanah rakyat?

Jika dahulu,setiap label projek baru ditulis Projek Kerajaan Barisan Nasional kini perkataan sumbangan pula digunakan.Apakah Kelantan ini hanya berhak terima sumbangan sahaja?

Dengan cara ini,pembinaanya hanya untuk dilihat baik di mata rakyat serta menyatakan secara sinis bahawa Kelantan sangat miskin walaupun hasil minyaknya dirampas.

Jika anda seorang yang pernah belajar agama semestinya anda faham perumpamaan ini "Memberi orang tak tahu sebaik-baik ke ikhlasan dari hati".Anda boleh nilai dengan baik.'

Sunday, October 14, 2012

Taman Rekreasi Tengku Anis Kota Bharu Kelantan

Kehijaun di taman ini akan membuatkan anda merasai keindahan lanskapnya.
 Bersantai bersama keluarga cukup sesuai kerana persekitaranya yang bersih.
 Laluan pejalan kaki dan berjogging yang cukup selesa.
 Susur gajah yang dibumbungi dengan tumbuhan menjalar.
Padang yang sesuai untuk kanak-kanak bermain..



 Pondok rehat yang kreatif..
 Seni bina yang bercirikan masyarakat setempat.
 Ruang yang digunakan sebaik mungkinuntuk keselesaan pengunjung.
 Labu sayung menjadi tarikan kepada pengunjung untuk bergambar kenangan.

 Taman air untuk kanak turut disediakan.Caj sebanyak RM2 seorang untuk sekali masuk.

Ruang meletak kenderaan yang cukup luas..

Wednesday, October 10, 2012

Tempat makan sohor(popular) di Kelantan

Warung Pak Mat yang terletak di Kampung Pulau Pisang(Kedai Buluh) cukup terkenal dikalangan penjawat awam dan swasta.

Walaupun terletak di ceruk sebuah kampung warung ini tetap menjadi salah sebuah kedai makan yang diminati orang ramai.

Waktu operasi bermula pada pukul 8-3 petang.Menurut Pak Mat kebiasaanya lauk akan habis awal.


 Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari ahad.Pemandangan di hadapan warung Pak Mat.
Sambil menikmati hidangan keindahan kawasan perkampung mendatangkan ketenangan.
 Antara hidangan popular di warung Pak Mat.Nasi ikan Tenggiri gulai kuning.
 Sup ikan merupakan kegemaran pengunjung di sini.Ikan Tenggiri dan ikan Merah menjadi pilihan ramai.
Teh Ais Madu merupakan minuman special yang tiada ditempat lain.